SSR 26

2.3K 81 1
                                    

Usia kandungan Elzara dah masuk 9 bulan, tunggu masa untuk bersalin.

"El, kau biar betul ni, kenapa benarkan Gazni ke Istanbul, kat pejabat tu, ramai yang boleh wakilkan, kak Jannah, Encik Tajdid, kau sarat dah ni, dah la kembar ni, aku pun seram ni," Hanim Hezra mundar mandir di depan Elzara.

"Yerlah El, aku pun risau tengok kau ni," Fatin Medina mencelah.

"Aku yang suruh Gaz pergi sebab hal pengubahsuaian muzium tu kan dah masuk fasa akhir, orang sana nak seseorang yang fasih berbahasa turki, Gaz kan tahu, banyak perlu di bincangkan kat sana," Terang Elzara.

"Hmm...kau ni El, eh! esokkan flight Gazni ke Istanbul?," Hanim Hezra bertanya kepada Elzara.

"Yer Hanim esok, pukul 12 tengahhari, meh! semua mak-mak buyung minum air ni, kang cair ais dah tak sedap, hihihi," Elzara ketawa kecil melihat perut masing-masing dah menggunung dan di capainya gelas yang berisi jus mangga yang di bancuhnya tadi untuk kawan-kawannya juga.

"Yer Hanim esok, pukul 12 tengahhari, meh! semua mak-mak buyung minum air ni, kang cair ais dah tak sedap, hihihi," Elzara ketawa kecil melihat perut masing-masing dah menggunung dan di capainya gelas yang berisi jus mangga yang di bancuhnya tadi ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

******************

Sepuluh bulan telah berlalu, namun kata-kata Datin Tasha Aireen di majlis hari lahir Puan Seri Durra Ameena membuatkan hati Puan Seri Arni Bellita semakin sakit. Soalan demi soalan di tanya bertalu-talu oleh rakan-rakan Puan Seri Arni Bellita.

"Tahniah Puan Seri Arni Bellita!," Datin Tasha tersenyum lebar di depan rakan-rakan yang lain.

"Kenapa you ucap tahniah datin? i ada dapat apa-apa award ke?," Puan Arni Bellita kehairanan.

"Eh Puan Seri! you kan dah dapat menantu semalam, ermm...anak i, Syed Rizman Tajdid bagi tahu! yang Gazni dah bernikah, budak perempuan tu rasanya orang kampung, budak pulau youu...!, Pulau Langkawi!, youuu.... Puan Seri! Puan Seri! sampai hati you tak bagi tahu kita semua," Puas hati Datin Tasha sambil tersenyum gembira melihat Puan Seri Arni Bellita gumam.

"Tak mungkin Datin Tasha, you sengaja buat ceritakan, sengaja nak malukan i kan!," Puan Seri Arni Bellita menunjukkan jari telunjuk ke arah Datin Tasha.

"I tak tipu!, memang betul, puan seri tanyalah Gazni sendiri, oh! sebelum i lupa, nama budak perempuan tu Elzara Sofia, i dengar jabatan agama Langkawi buat serbuan ke bilik-bilik hotel kat sana, sabar yer puan seri, excuse me!," Datin Tasha Aireen tersenyum dan meninggalkan Puan Seri Arni Bellita yang di hujani pelbagai pertanyaan dari rakan-rakannya.

Lamunannya terhenti apabila pemandu peribadi keluarganya Encik Zafran Haikal menyapanya.

"Puan seri panggil saya?," Zafran menundukkan kepalanya.

"Iyer! kau dah buat seperti yang aku suruh?," Garang pertanyaan dari Puan Seri Arni Bellita.

"Ya puan seri, Elzara sekarang sarat hendak bersalin, esok Encik Gazni perlu ke Turki, mungkin ibu saudara Elzara akan datang menjaganya sewaktu ketiadaan Encik Gazni," Terang Zafran.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now