"Eh! eh! aduh, minyak habis lah pula, eishh...minyak pun aku lupa nak isi, hushhh..," Darwisy mengeluh.
Maghrib kian terlepas, senja kian menjadi gelap.
"Huishhh....kalau aku tahu minyak nak habis, tak mahulah ikut jalan ni, harap lampu jalan jer, rumah pun tak ada, dah lah pokok pun besar-besar, huh! nak call siapa ni," Darwisy menekan nombor Adam, Rafiq, Tengku Mustakim, namun seorang pun tidak mengangkat panggilannya.
Darwisy melihat persekitarannya, kelihatan jauh menara petronas kebanggaan Malaysia berdiri teguh sebagai pencakar langit. Kelihatan juga menara Kuala Lumpur yang berwarna-warni dengan pancaran cahaya dari lampu led mengikut rentak lagu.
"Assalamualaikum Zas, tolong abang boleh tak, kereta habis minyak lah, ni abang dekat jalan bukit, selepas selekoh sungai kecil tu, Zas beli minyak yer, abang tunggu sini, ok, bai..," Darwisy lega, Zaskia menjawab panggilannya dan sudi datang membantunya.
Setengah jam kemudian, Zaskia datang dengan kereta Preve putihnya, di parkirnya di seberang jalan, dia keluar dari kereta dan mengambil tong berisi minyak.
"Hmm...lupa lagi lah tu nak isi minyak, apa yang abang ingat tak tahulah..," Zaskia menghulurkan tong berisi minyak.
"Ingat Swiss, hahaha, amboi! cantik sangat malam ni adik abang, dengan dress panjang, rambut sanggul, nak pergi dinner dengan pak we ke? Darwisy ketawa sambil mengisi minyak ke dalam tangki kereta.
"Cantik yer adik abang ni, hihihi, hah! lupa lagi lah tu, kan malam ni dinner rumah mama Hanim, eishhh.. abang ni, membebel nanti si Fiyya tu kalau tak nampak abang, cepatlah, nanti lewat pula kita," Zaskia ingin melintas ke keretanya.
Darwisy meletakkan tong kosong di dalam bonet keretanya.
"Vrooommmm...shhhhh....krekk," Tiba-tiba sebuah kereta Honda City berwarna biru berhenti di depan kereta Darwisy.
"Tiga lelaki berjeket hitam keluar dari kereta, mereka meluru ke arah Darwisy. Salah seorang dari mereka mencekik leher Darwisy, tumbukkan demi tumbukan mengenai perut Darwisy. Seorang lagi menendang Darwisy dan memijaknya.
"Aghhh...tolong, aduh...arghhh.. siapa kamu ni, kenapa pukul aku," Darwisy cuba bangun namun kepala dan mukanya di tumbuk bertubi-tubi.
"Hey! Cipan, pandang sini, tengok muka gua, lu kenal gua kan, lu!!! gua dah bagi warning hari tu, tapi lu tak dengar, lu tetap sentuh awek gua, lu sakit kah?! hahaha..," Ferdy Benjamin memukul kepala Darwisy dengan kayu besbol, Darwisy jatuh tersembam ke tanah, darah panas mengalir dari kepala membasahi bajunya.
Ferdy memijak kepala Darwisy dan menendang badan Darwisy, Darwisy memuntahkan darah dari mulutnya.
"Arghhh!!!," Darwisy mengerang kesakitan.
"Abang!!!! Ya Allah abang!!!, Ya Allah darah!!! eh!!! kenapa pukul abang aku hah!!, Ya Allah, tolong.. tolong.. tolong," Zaskia keluar dari keretanya dengan menjerit. Namun tiada kereta yang lalu.
"Oh! adik lu rupanya, hahaha, cantik, manis," Ferdy mendekati Zaskia. Di tariknya sanggul Zaskia dengan kasar.
"Arghh!!! lepas! lepas! sakit lah!," Zaskia meronta-ronta apabila salah seorang kawan Ferdy menarik tangan Zaskia ke belakang, dan di gengam erat.
"So beautiful," Ferdy membelai-belai pipi gebu Zaskia dan meraba-raba pinggang Zaskia.
"Tuihh!," Zaskia meludah ke muka Ferdy. Ferdy tersenyum, di lapnya ludahan Zaskia.
"Pang!!!!," Satu tamparan pedih hinggap di wajah Zaskia. Zaskia rebah, air jernih mengalir dari kelopak matanya. Darah merah mengalir keluar dari tepi mulut Zaskia. Ferdy menumbuk perut Zaskia, di tampar beberapa kali muka Zaskia.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...