"Apabila Lycans bertukar menjadi Dewa serigala...Itulah detik paling bersejarah bagi aku...Peristiwa tu, membuktikan bahawa Lycans bukan pemburu sebarangan..."
"Yeah...He can beat the fuck out of Hades..."
Merlin dan Deathwing berkata perlahan. Angin bertiup-tiup sepoi-sepoi bahasa di puncak gunung Arastosa. Mereka berdua berdiam diri seketika...
"But, Death...Kau tak ceritakan...Kenapa kau bertukar menjadi naga...?" Merlin menyoal lembut. Deathwing menyisir rambut merahnya ke belakang...
"Hurmm...Well..."
"Death...Merlin...Good to see both of you..."
Belum sempat Deathwing membuka mulut, satu suara menegur dari belakang. Mereka berdua bingkas menoleh. Lycans kelihatan memacu kuda perlahan-lahan mendekati Deathwing dan Merlin...
"Ahh, Lycans...Lambat betul kau...Naik jemu aku tunggu..." Merlin berkata seraya mendekati Lycans. Si lagenda turun dari kuda...
"Sorry la...Aku ada hal tadi..."
"Apahalnya kau nak jumpa aku dan Merlin?" Deathwing menyoal pantas. Lycans menepuk bahu sang naga.
"Death...Kau tahukan keadaan Vlad sekarang ni...?"
"Hurmm...Aku tahu...Dia tenat..."
"Kita kena selamatkan dia, Death...Aku tak boleh biarkan Vlad mati macam tu..."
Lycans berkata dengan nada tegas. Merlin dan Deathwing berbalas pandangan. Si lagenda memeluk tubuh memerhati mereka berdua...
"Lycans...Hades's poison...Bukan sebarangan...Kau selamat sebab Loralyn yang tolong kau...Kalau tak kerana Lora, kau sudah mati sekarang..."
"Yeah, I know...But, there must be a way to save him...Setiap racun mesti ada penawarnya..."
"Lycans...Aku tahu...Kau sayangkan Vlad...Kami juga sayangkan Vlad...But..."
"Aku ada satu cara..."
Kata-kata Deathwing terhenti. Lycans dan juga sang naga menoleh ke arah Merlin. Si ahli sihir memegang dagu sambil memeras akal...
"Apa caranya, Merlin...?"
"Racun Hades tiada penawarnya, bukan? The only cure is death itself...Am i right?"
"Apa kau mengarut ni, Merlin? Takkan kau nak biarkan Vlad mati!?"
"Relaks, Lycans...Biar Merlin jelaskan...Aku rasa, dia tahu caranya..."
Merlin berjalan ke arah tebing gunung. Lycans dan Deathwing mengikut si ahli sihir dari belakang. Pandangan Merlin tertacap pada pemandangan di bawah...
"Cuma kematian yang boleh rawat racun Hades..."
"Merlin...Apa kau cuba nak sampaikan...?"
"Lycans...Kau rasa sumpahan Medussa mampu sembuhkan Vlad...?" Merlin menyoal perlahan. Lycans mengerut dahi...
"Ha? Sumpahan Medussa...?"
"Ahh...Aku dah faham! Merlin mahu kita pancung kepala Medussa, bawa balik ke Arastosa, kemudian tukarkan Vlad menjadi batu!" Deathwing berkata teruja. Merlin tersengih.
Lycans mengetap gigi menahan geram. Tangannya mengepal penumbuk...
"Kau gila Merlin!? Like fuck i would do that!"
"Bila Vlad bertukar menjadi batu, it will consider as a fake death!" Deathwing menyampuk! Lycans tersentak.
"You mean..."
"Selepas Vlad bertukar menjadi batu, kita sembuhkan dia semula! Sumpahan Medussa ada penawarnya!"
Deathwing dan Merlin melontarkan pandangan pada Lycans yang masih terpinga-pinga...
"Apa penawar sumpahan Medussa...?"
"Mermaid's tear, my friend..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
FantasyMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...