Merlin termengah-mengah mengambil nafas. Darah merah mengalir dari bibir. Sebelah tangannya sudah patah dek tendangan kuat dari sang dewa kematian. Allucard pula sudah terkulai tidak sedarkan diri.
Hades merenung mereka berdua dengan pandangan dingin. Aura hitam berkepul naik ke udara. Hembusan nafasnya menghasilkan wap hitam.
Prak...
Prak...
Prak...
Si dewa kematian berjalan perlahan mendekati mereka berdua. Merlin memapah Allucard. Hades mengangkat sebelah tangan ke arah mereka berdua.
SPREEECCHHHHH!!
Semburan racun hitam menyembur keluar dari telapak tangannya! Merlin menolak Allucard ke sisi, kemudian dia melompat ke kiri! Racun Hades tersasar ke tanah. Permukaannya bertukar gersang.
Nafas Merlin berombak kencang. Peluh dingin menitis ke pipi. Gigi diketap menahan gentar...
"Foolish mortal...You think, you can defy the power of gods...?"
Hades berkata dengan suara garau. Kedua tangannya diangkat ke udara. Merlin dan Allucard terawang bagaikan patung boneka!
Hades melempar mereka berdua ke pokok oak! Allucard terseret ke tanah, manakala Merlin menghentam dahan keras! Darah tersembur keluar dari mulut!
"Hurmmm...Mana Lycans? Call him to fight me..."
Hades berkata perlahan. Sebelah tangannya mencengkam rambut Merlin. Allucard langsung tidak bermaya. Nafasnya berombak perlahan. Darah memenuhi armor besi. Pedang gergasinya sudah tercampak entah ke mana.
"Erghhh...Hah...Hah..."
"Call Lycans, little wizard..."
Merlin meludah muka Hades. Gigi diketap sekuat hati menahan geram. Si dewa kematian merenung tajam mata si ahli sihir.
"KILL ME, YOU BASTARD! AKU TAKKAN PANGGIL LYCANS!"
Hades mencampak Merlin ke sisi! Si ahli sihir terseret ke tanah! Dia terbatuk-batuk menahan sakit. Tubuhnya menggigil.
Si dewa kematian menghasilkan bilah pedang dari telapak tangannya. Merlin merangkak ke depan, manakala Hades mengikut dia dari belakang perlahan-lahan.
"Erghh...Urghh...Shit...Shit..."
Merlin sedaya upaya cuba melarikan diri, tetapi dia tidak mampu. Sebelah tangannya yang patah membuatkan dia terkial-kial.
Hades semakin dekat dengannya...
Bilah pedang diangkat ke udara. Merlin memejamkan mata. Bila-bila masa sahaja, mata pedang Hades akan menembusi dadanya.
ROAAAARRRRRRRRRRRRRRRR!!!
Hades tersentak apabila ngauman naga memecahkan suasana! Merlin terus bergolek ke sisi! Deathwing membuka mulut!
ZOOOOFFFFFFFFFFFFFFFFFFF!!
BOOOOOOMMMMMMMMMMM!!
Belum sempat Hades mengelak, hamburan lava sudah dilepaskan! Kawasan pintu gerbang Pekan Arastosa meletup! Tanah bergegar kuat! Asap hitam berkepul naik ke ruang udara!
Deathwing mendarat seraya mengelongsor ke tanah! Sebelah kepaknya dihalakan ke tanah! Tubuh Allucard terlindung dari api. Merlin mengambil nafas dalam-dalam.
Sang naga membuka lebaran kepaknya. Merlin dan Allucard terlindung dari debu hitam. Deathwing mengeram perlahan sambil memerhati ke depan...
"Mana kau pergi, Death!? Urghh...Hah...Hah...So fucking late!"
Sang naga menoleh ke arah Merlin. Si ahli sihir mengangkat Allucard ke bahu.
"Sorry, mate...Aku lewat..."
"Aku dan Allucard cedera parah...We need to recover...Kau mampu bertahan di sini seorang diri...?"
Sang naga mengangguk. Merlin melafazkan kata mantera. Dia dan Allucard hilang dari pandangan. Asap tebal berkepul ke ruang udara.
Debu hitam perlahan-lahan menghilang. Hades tercegat di depan. Langsung tiada kesan walaupun letupan kuat bergegar sebentar tadi. Sang naga merenung tajam pada si dewa kematian...
"The World Destroyer...Kau datang untuk lindungi dunia? Such an irony..."
Hades menyindir selamba. Dia mengorak langkah. Sang naga juga berjalan ke depan. Masing-masing menghasilkan aura panas.
"I'll burn you to the fucking crisp, Hades..."
"You can trashtalk all the way you want, Deathwing...I was born from hell...Api kau tiada kesan pada aku..."
BRAKKKKKKKK!!
Hades terhumban ke belakang apabila libasan ekor sang naga menghentam dadanya! Si dewa kematian pantas membuat pusingan lipat ke belakang!
KRAKKKK!!
Belum sempat dia berpusing ke arah kanan, libasan pedang sudah menghiris daging bahunya! Darah emas tersembur keluar!
Lycans melompat ke atas dahan pokok seraya berpusing! Hades tersentak apabila Si lagenda melibas dadanya bagaikan puting beliung!
Hades terseret ke tanah! Lycans mendarat di sebelah Deathwing. Sang naga tersengih melihat kehadiran si lagenda.
"Lycans..."
"Hi, Death...How your wife?"
"Fine..."
"I see..."
Hades kembali bangun sambil memegang dada. Matanya menyala merah. Lycans dan Deathwing bersedia untuk bertempur.
"Aku ceritakan pada kau kemudian, first...We need to defeat this suck ass gods...."
"Death...Kita bukan lawan dia...Kita cuma perlu lengahkan masa dia..."
"Lengahkan masa....?"
"Ya, sehingga Aiden tiba ke sini..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
FantasyMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...