CHAPTER 249 | BEFORE DAWN

5.7K 389 9
                                    

ZAPPPP!!

PRAKKK!!

ZUPPPP!!

Patung kayu ditetak bertubi-tubi! Serpihan kayu tercampak ke serata tempat! Gadis berambut putih susu memusingkan badan! Kakinya diangkat ke udara!

BRAKKK!!

Patung kayu patah lalu tercampak ke dahan pokok rendang! Dedaun berguguran dek hentakan kuat tersebut. Ciryla mendarat di atas tanah. Pedang disisip semula ke pinggang.

"Huff...Huff..."

Gadis serigala menghela nafas. Peluh diseka dengan hujung jari. Arria hanya memerhati ibunya berlatih sambil meneguk air. Suasana di hadapan kediaman Allucard kelihatan menenangkan.

Perlahan-lahan Ciryla berjalan menghampiri Arria. Nafasnya masih lagi kencang. Anak serigala menghulurkan botol air kepada Ciryla.

"Ibu dahaga...?"

"Erm, thanks sweet bun..."

Arria tersenyum melihat Ciryla meneguk air di sisi. Matanya tidak putus-putus memerhati gelagat si pemburu. Ciryla menjeling anak gadisnya itu.

"Kenapa pandang ibu macam tu, erm?"

Ciryla menyoal seraya meletak botol air ke sisi. Arria tertawa. Rambut anak gadisnya itu diusapnya lembut. Pedang silver dipacakkan ke atas tanah.

"Ibu hebat! Macam mana ibu boleh bertarung macam tu!?"

Arria menyoal teruja. Ciryla menyimpulkan senyuman. Pipi Arria dikucupnya perlahan. Anak serigala tersengih apabila Ciryla menyisir rambutnya ke belakang.

"Ibu hebat? Arria lagi hebat...You're the daughter of Allucard..."

"Ibu lagi hebatlah! Ibu satu-satunya pemburu wanita di Arastosa yang setanding dengan ayah!"

Ciryla tertawa kecil mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Pedang silver tadi digapai, lalu diserahkan pada Arria. Mereka berbalas pandangan seketika.

"Kehebatan bertarung tidak menjamin kebahagiaan, Arria...Remember this, walau sekuat mana pun Arria, just dont lose yourself..."

"Dont lose myself...?"

"Jangan lupa daratan...Ingat siapa diri Arria..."

"Oh, macam Master Lycans dan King Aiden?"

"Yes..."

Arria tersenyum seraya mengangguk. Ciryla membalas senyuman Arria lalu menoleh ke sisi. Air diteguk sekali lagi.

"Hebat apanya, Arria...Ibu kau ni terlalu gilakan Aiden dulu..."

Air di dalam mulut tersembur dek teguran pedas tersebut! Ciryla bingkas mendongak ke depan. Allucard kelihatan berjalan selamba mendekati mereka berdua.

"Ayah! Awal ayah balik hari ni...?"

Arria bingkas mendapatkan Allucard. Si serigala elit mendukung anak gadisnya itu dengan sebelah tangan. Ciryla mengesat bibir dengan belakang tapak tangan. Wajahnya masam mencuka.

"Haha, ayah malas nak lepak lama-lama kat istana tu...Sunyi betul bila King Vlad takde..."

"Ayah belikan apa? Daging bakar pedas ke?"

Arria menyoal apabila dia perasan Allucard menggenggam beg kertas. Allucard mengangguk. Beg kertas tersebut disuakan pada anak gadisnya itu.

"Makanlah...Ayah nak berbual dengan ibu kejap..."

"Ok! Arria nak pergi jumpa Aeryz kejap!"

"Jangan lama-lama..."

"Yelah-yelah..."

Arria berlari meninggalkan mereka berdua. Beg kertas berisi daging bakar dijinjing dengan sebelah tangan. Allucard memeluk tubuh melihat anak gadisnya perlahan-lahan menghilang menuruni anak tangga.

PAKKK!!

Kasut but besi singgah di kepala tatkala Allucard mahu menoleh! Si serigala menyeringai menahan sakit. Ciryla mengetap gigi menahan geram.

"What the hell, Ciry...!? Its damn hurt!"

"Padan muka! Saja je nak malukan saya depan Arria! Grrr!"

Ciryla merengus. Dia memeluk tubuh, kaki disilangkan. Allucard menggaru pipi. Kasut but besi tadi, digapai semula dari atas tanah.

"Janganlah marah...Abang cuma bergurau, takkan itu pun nak terasa..."

"Hurmm...Whatever..."

"Lol, you sulking just like a little girl...How cute can you be...?"

Ciryla memalingkan muka tatkala Allucard mendekati dia. Kasut but tadi dipakaikan semula di kaki gadis serigala.

"Ciry...."

"Hurm...?"

"Abang ada terfikir...."

"Erm...?"

Allucard tersenyum apabila Ciryla memalingkan muka. Mereka berbalas pandangan, lama.

"What...?"

"Kita akan berperang tak lama lagi, kan...?"

"Yes...?"

"So, i've been thinking....Kalau kita selamat...Dan..."

"Apa ni? Cakap jelah? Tak perlu segan macam ni...I know who you are, Allucard Venzella..."

Allucard menggaru belakang kepala. Ciryla mengerut dahi melihat suaminya seakan berat untuk membuka mulut.

"Ermmm...Aiden dan Eilya ada dua anak, bukan? Aeryz dan Euryca..."

"Yes, mereka kan kembar..."

"I think...Its gonna be fun to have a twin..."

"Apa abang cuba nak sampaikan ni...? Saya tak faham...?"

"Can we try again? To get a twin? Lagipun, Arria mahukan adik, kan...?"

Ciryla kembali memeluk tubuh. Lirikan matanya seakan menjeling sinis pada Allucard. Si serigala menggosok belakang leher menanti jawapan dari si isteri.

"Ohhh...Nak cuba lagi...?"

"Yes..."

"Sure...You're my husband after all..."

"Really? Ciry tak kisah?"

"Saya juga mahukan kembar...But..."

Allucard merenung tajam apabila Ciryla menggaru pipi. Mereka berdua terdiam seketika.

"Apa Ciry? Tell me..."

"Buat masa sekarang...Saya tak nak mengandung...Peperangan semakin dekat kan? Saya mahu berlatih...Bersedia untuk bertempur..."

"Haha, sure...But, after war...We gonna try hard, ok...?"

"You try hard...I'm just lay down...And..."

"Ok, just shut up..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now