Put on your earphone and listen to the media for the full experience.
Soundtrack : The Awakening
🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱🔱
Titisan merah pekat mengalir dari hujung bilah pedang. Tanah bertukar warna dek limpahan darah ratusan ribu makhluk kegelapan. Bangkai-bangkai busuk berselerakan di depan pintu gerbang istana.
Aku menghembus nafas perlahan-lahan. Pedang disisipkan kembali ke belakang. Langkah diorak ke depan.
KRAKKKKK!!
Pintu gerbang istana kegelapan terbuka luas apabila tendangan aku menghentam permukaan. Tanpa rasa takut, aku berjalan ke ruang dewan istana. Obor api menyala tatkala aku melangkah masuk...
Hurmm, aku boleh rasa kuasa kegelapan dalam istana ni...
Tak lain, tak bukan...
Kuasa Hades, The God of Underworld...
Aku mendongak ke atas. Kelihatan puluhan tingkat untuk ke puncak istana. Dari jauh, aku boleh hidu bau Illydia...
Gadis serigala tu berada di sini. Tak salah lagi...
Aku mengorak langkah menaiki tangga. Deruan angin kian kencang apabila aku tiba di tingkat sebelas. Armor silver hasil perlindungan ekor Loralyn bersinar apabila cahaya obor menerangi kawasan...
BRRAAAAMMMMM!!
Aku bingkas membuat pusingan lipat ke belakang apabila satu tumbukan cuba memukul dari atas!
Tatkala aku mendongak, seekor makhluk gergasi bertopengkan tengkorak beruang memunculkan diri...
"Kau pantas...I'm impress..." Ia berkata lalu melompat turun ke bawah. Hentakan kakinya meranapkan lantai istana. Sebatang tukul gergasi disandarkan pada bahu...
Aku memerhati dia teliti. Dia menghayun tukul besinya ke arahku. Pandangan matanya yang tersembunyi di balik topeng, bersinar putih. Haba nafasnya menghasilkan wap panas...
Dia ni bukan makhluk sebarangan. Auranya jauh berbeza dari ratusan ribu makhluk undead yang aku tumpaskan sebentar tadi.
Saiz badannya teramat besar. Aku hanya separas perut jika dibandingkan ketinggian antara aku dan dia..."Siapa kau ni...? Hades's worshipper?" Aku menyoal tenang. Dia tersengih. Barisan gigi tajam bak pisau belati tersusun kemas di bibirnya.
"Nama aku Djinn Warlock...Hades is my..."
Belum sempat dia menghabiskan kata, aku sepantas kilat meluru ke arahnya! Dia tersentak!
BRRAAAAAKKKKK!!
Djinn sempat menahan tumbukan kuat aku dengan permukaan tukul besi! Dia terseret ke belakang! Aku memecut ke depan!
BAAAAKKKKKK!!
Tendangan aku mengenai pipi kiri! Topeng Djinn hancur! Dia tergolek ke sisi! Darah hitam terhambur dari mulut!
Aku melompat ke atas birai beranda batu. Djinn merengus menahan sakit. Aku memeluk tubuh sambil memerhati dia menggapai semula tukul besinya. Darah dikesat dengan ibu jari...
"Djinn...Aku tak bunuh kau, tapi dengan satu syarat..." Aku berkata dengan nada dingin. Pandangan Djinn tertacap padaku.
"You're the great legendary hunter, huh? Aku mengaku...Kau pantas...Teramat pantas...But..."
BRAAAAAMMMMMM!!
Bagaikan angin aku menerpa ke arah dia! Dagu Djinn ditumbuk kuat! Dia terhumban ke atas! Tukul besi terlepas dari tangan!
"SHOW ME YOUR GOD!" Aku menengking seraya melepaskan tumbukan bertubi-tubi! Djinn meledakkan darah dari mulut! Tubuhnya bagaikan beg guni!
PRAAAAKKKK!!
Djinn terhumban ke belakang! Pintu besi sebuah kamar mewah berderai! Aku terus merempuh masuk! Djinn bingkas membuat pusingan lipat ke belakang!
"YEARGHH!! HIT ME WITH ALL YOU GOT, LITTLE WOLF!"
Dia sempat mengejek tatkala tendangan aku tersasar dari mengenai perutnya!
Kaki aku ditangkap pantas! Djinn memusingkan badan! Aku terhumban ke depan apabila pegangan tangannya dilepaskan!
Aku mengimbangkan badan! Tapak kaki memijak dinding kamar mewah! Djinn meluru kepadaku! Tukul besi sempat digapai!
"Hiarghhh!!" Aku mengelak tipis serangan ganas dari dia! Djinn tercampak ke depan apabila tendangan aku singgah di belakang badan!
Aku mengepal penumbuk! Djinn meluru kepadaku sambil memegang tukul besi!
"NO ONE CAN FACE MY GOD!!"
"YOUR GOD IS FUCKING DEAD!!"
BRRRRAAAAAAAAAKKKKKKKKK!!!
Satu tumbukan maha kuat menghentam dagu Djinn! Dia melambung ke atas! 30 tingkat ranap begitu sahaja di bahagian siling dek rempuhan tubuh gergasinya!
Aku melompat naik melalui lubang terlohong tersebut! Tatkala aku tiba di tingkat 30, mayat Djinn sudah tersadai di tengah-tengah ruang kegelapan...
Ketika itu, mataku tertacap ke depan. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk di atas taktha dengan gaya selamba. Di sisinya, seorang gadis berambut putih susu membalas pandangan mataku...
"Good to see you, Lycanstrophes..."
"So...Di sini rupanya korang menyorok, Hades...Illydia...?"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
FantasyMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...