CHAPTER 233 | AIDEN'S FIRST CRUSH

5.7K 395 18
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

"Stop following me, you pervert wolf!"

"What!? Aku bukan serigala pervert!"

"Then?! Kenapa ikut saya!? Tak malu!"

Ciryla membentak seraya mencekak pinggang. Aku memeluk tubuh sambil memerhati dia. Kami berbalas pandangan, lama...

Budak perempuan serigala menggeleng kepala, kemudian dia memusingkan badan. Aku menggaru pipi melihat dia beredar dariku...

Hurmmm...

Sombongnya dia ni. Aku cuma nak berkawan. Itu saja. Nothing else. I swear!

Ok, you know, right...? The 'i swear' part was just a lie. Hahahaha!

"Please stop following me..."

Ciryla berkata dengan nada geram tatkala aku mahu mengorak langkah mendekati dia. Aku merengus menahan bengang...

"Sombongnya kau ni...Aku cuma nak kenal kau..."

"Nope...Saya ada hal penting nak dibuat...Jangan ganggu saya macam ni..."

"Hal apa? Aku boleh temankan..."

"No need, thanks..."

Aku menelan air liur mendengar kata-katanya. Ciryla memasamkan muka. Pedang besinya dikemaskan seketika. Aku berdiam diri...

"Hurmmm...Fine...Aku tak ganggu kau..."

Aku membalas kata-katanya tadi. Ciryla memerhati aku beredar dari bawah pokok oak rendang. Budak perempuan serigala segera berlari ke arah bertentangan...

Dari jelingan mata, tubuh Ciryla sayup-sayup kelihatan di celahan orang ramai. Kemudian dia menghilang begitu saja. Helaan lemah, aku lepaskan...

Aku berjalan sambil menggosok rambut. Fikiran menerawang memikirkan kata-kata Ciryla sebentar tadi...

Dia cantik. Boleh tahan comelnya. But, sombong nak mampus...

Or...

Aku ni tak cukup kacak untuk tarik perhatian dia...?

"Apa kau fikirkan tu, ha?"

Aku tersentak apabila satu suara menegur tiba-tiba. Pandangan mata dialihkan ke arah pelantar kayu yang terletak di bawah pokok epal...

Seorang budak lelaki asyik menguyah buah epal. Rambut hitamnya beralun mengikut deruan angin. Aku mengerut dahi membalas pandangan matanya...

"Kau ni...."

"Kau lupa nama aku...? How rude of you..."

"Hurmm..."

"Aku Dylan lah...Kita kenal semasa kau menyorok di gerai senjata milik bapak aku"

"Oh..."

Dylan bangun dari pelantar kayu. Dua sabit kecil, diselitkan ke celah tali pinggang. Aku berjalan mendekati dia perlahan-lahan...

"Apa kau buat kat sini...?"

Aku menyoal seraya duduk di atas pelantar kayu. Dylan menyisir rambut hitamnya ke belakang...

"Ibu dan bapa aku sedang baiki gerai...Aku bosan...Jadi, aku duduklah sini..."

"I see...."

"Aku nampak kau tadi...Kau asyik ikut budak perempuan berambut putih tu...Lepas tu, korang bergaduh...What was that?"

Helaan lemah dilepaskan buat kali kedua. Dylan menjeling aku dari sisi. Kami berdiam diri seketika. Pandanganku dilontarkan ke arah tasik di sebelah...

"Hurmmm...You like her...Isn't?" Dylan meneka. Aku menggaru ubun-ubun kepala.

"Yeah..."

"Hahahahahaha! Dude, you're just 5 years old! And, yet...You want to be her companions! Good luck! Hahahaha!"

Dylan tertawa terbahak-bahak di sebelah. Aku mencebik seraya memeluk tubuh...

"Shut up...You know nothing..."

"But, aku rasa dia cantik juga...Look so modest...Apa namanya...?"

Dylan menyoal setelah tawanya surut. Aku menyilangkan kaki...

"Ciryla..."

"Ciryla, huh? Cute name...Just like the owner..."

"Kau fikir...Aku cukup layak untuk tarik perhatian dia...?"

Budak lelaki berambut hitam mengerut dahi mendengar pertanyaan aku. Kami berbalas pandangan...

"Kau nak jawapan jujur or bohong...?"

"Hurmm...Bohong...?"

"Aku rasa kau kacak...Rambut coklat kau ni buatkan kau nampak gagah..."

"Ermm...Jujur...?"

"Segala apa aku cakap tadi...Semuanya bohong...Rambut coklat kau ni buatkan kau nampak gay...Plus, you look weak..."

KRAKK!!

"OK! OK! AKU MINTAK MAAF! JANGAN CENGKAM TETEK AKU!"

"SAY IT! AKU SERIGALA KACAK!"

"KAU SERIGALA KACAK!"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now