Hades terbang merentasi gunung ganang. Kepulan asap hitam memenuhi ruang tatkala dia tiba di medan peperangan. Mata merahnya tertacap pada si lagenda yang gagah bertempur di depan.
Makhluk undead terus menerus menerpa bagaikan ombak! Golem batu milik Merlin pula mengamuk di bahagian selatan. Allucard bertempur di sebelah Timur. Hanya Lycans bertahan di barat.
ZIUUUNGGGGGGG!!
Aura biru terhasil apabila Lycans melibas kedua pedang ke sisi! Ratusan undead terhumban! Jasad mereka terpotong bagaikan kertas! Darah hitam terhambur ke muka!
Dikala kekabutan tersebut, si lagenda melirikkan mata ke sisi. Susuk tubuh Hades kelihatan samar-samar kira-kira 100 meter darinya. Debu tebal menyeliputi suasana.
BAKKK!!
Lycans menumbuk makhluk berkepala babi, kemudian mengalihkan pandangan ke arah si dewa kematian. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Sange dan Yasha digenggam erat di kedua tangan.
"Hades, come face me! Be a man for once!"
Lycans mencabar lantang! Si dewa kematian tersenyum. Langkah diorak mendekati si lagenda. Lycans bersedia.
"Lycans...Aku mengaku, aku kagum. You're no ordinary wolf...Skill tempur kau masih hebat..."
Hades berkata dengan gaya bersahaja. Ratusan bangkai undead yang bergelimpangan di atas tanah, dijeling seimbas. Lycans merenung tajam pada si dewa kematian.
"Kita selesaikan pertarungan ni, Hades...Sudah ratusan tahun kita bermusuh...We need to end this..."
"Sure...Come to me, little wolf..."
Hades berkata seraya menguis jari telunjuknya ke arah Lycans. Si lagenda menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembusnya perlahan-lahan.
"This time, i'll kill you for sure!"
Lycans memekik seraya memecut ke depan! Hades hanya berdiri dengan gaya selamba. Mata pedang dihalakan ke arah si dewa kematian!
BRRRRAAAAAAAAAAMMMMMMMMMMM!!
Tanah bergegar kuat apabila tumbukan Hades hinggap di batang hidung! Pokok-pokok yang tumbuh melata, ranah begitu sahaja akibat impak tumbukan maha kuat tersebut!
Lycans terhumban ke belakang! Dia terpelanting jauh bagaikan beg guni! Tubuhnya merempuh golem batu milik Merlin! Si ahli sihir turut terseret ke tanah bersama si lagenda!
Hades mengusap perlahan buku limanya. Mata merah tertacap pada si lagenda yang terdampar di atas tanah kira-kira 500 meter darinya.
"Urghh..."
Lycans mengesat darah dari lubang hidung seraya bangun. Merlin mengurut perlahan bahunya yang sengal dek tersungkur tadi. Si dewa kematian hanya menyeluk poket memerhati gelagat mereka berdua.
"Damn, Lycans...Apa yang terjadi? Kau tercampak macam patung jerami..."
"This fucker punch me in the face, Merlin..."
Lycans berkata tenang. Kedua pedang digapai semula. Si ahli sihir bersedia untuk bertempur walaupun Hades langsung tidak berganjak.
"Merlin...Let me handle this fucker...Kau pergi tolong, Allucard..."
Lycans menolak tubuh Merlin ke sisi. Nafasnya termengah-mengah. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Si ahli sihir mengerut dahi.
"Lycans...Kau ok?"
"I'm fine..."
"Really? Kau nampak...Lembik...?"
"Lembik? Kau fikir umur aku berapa? Erghhh..."
Si lagenda melutut di atas tanah. Darah terhambur dari mulut. Impak tumbukan tadi terasa bisanya. Merlin mulai tidak keruan.
"Lycans! Baik kau berundur ke Azeroth! Kita bertahan di sana!"
"Hah...Hah...Aku boleh bertarung, Merlin..."
"Goddamn it, Lycans! Sikap keras kepala kau langsung tak berubah! Kita berundur! Come!"
Lycans menolak tubuh Merlin apabila si ahli sihir tersebut cuba memapah. Armor besi yang terlekap di bahu, dicampak ke sisi.
"Hidup atau mati, aku takkan biarkan Hades menang...Dia yang mulakan perang ni, Merlin...Cuma dia yang boleh hentikan perang ni..."
"Kau tak sekuat dulu, Lycans...Come with me, Lycans!"
SWOOOOSSSHHH!!
Belum sempat Lycans membalas kata-kata Merlin, Hades sudah menyerbu ke depan! Gerakannya pantas bagaikan kilat menyambar!
"ENOUGH TALKING! FIGHT ME, YOU OLD LEGENDS!"
Hades melepaskan tumbukan bertubi-tubi! Si lagenda menahan setiap tumbukan tersebut! Merlin pula melontar bebola api dari sisi!
BRAAAAKKKKKK!!
Lycans berpusar ke ruang udara apabila tendangan lutut Hades mengenai dagu! Sange dan Yasha terlepas dari tangan!
BRAAAAAAAAAMMMMMMMM!!
Belum sempat Lycans terhumban ke tanah, Hades melepaskan tendangan padu ke perut! Merlin tergaman melihat si lagenda terseret ke sungai kecil. Darah membasahi armor besi.
"Kau cuma serigala tua, Lycanstrophes...Where's your god mode? Show me..."
"Urghhh...Hah...hah..."
Lycans terdampar di tebing sungai. Rusuknya patah dek tendangan kuat tersebut. Merlin pula dicekak lehernya. Hades tertawa terbahak-bahak!
"I AM HADES! THE GOD OF UNDERWORLD REALM! NO ONE-"
KRAKKKKKKK!!
Lengan Hades terpotong tiba-tiba! Cekakan leher Merlin terlepas! Si dewa kematian tersentak!
BAKKKKKK!!
Allucard melepaskan tumbukan padu ke batang hidung! Hades tersungkur ke atas tanah! Darah emas membuak keluar bagaikan paip pecah!
"Don't fuck with my family, you bastard gods!"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
FantasyMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...