Derapan tapak kaki kuda menyambut pintu gerbang Pekan Stormcloak. Dua pengawal terpegun melihat kedatangan Aiden, Lycans, Allucard, Merlin dan juga Deathwing...
King Aiden turun dari kuda. Dia berjalan selamba mendekati dua pengawal tersebut. Lycans dan Deathwing hanya memerhati Aiden dari belakang...
"Ada apa Tuan ke mari...?" Salah seorang pengawal tersebut menyoal sopan. King Aiden memeluk tubuh...
"Aku datang sebab ada urusan dengan King Haffle..."
"Maaf sebab bertanya, urusan apa yang Tuan maksudkan...?"
"Tell your king, i've come to challenge him for the duel..."
Riak muka kedua pengawal tersebut berubah pucat. Mereka berbalas pandangan. Aiden memerhati mereka berdua dengan gaya selamba...
"Mengikut adat serigala, jika raja dicabar...Dia tidak boleh menolak...The duel of honor..King Haffle know this tradition..." Merlin menyampuk dari belakang...
"Errr..Maaflah...King Haffle sibuk sekarang"
"Accept the duel or we just crush this village to the fucking ashes..."
Dua pengawal tersebut menelan air liur mendengar balasan kata dari King Aiden. Pintu gerbang dibuka perlahan-lahan...
"Masuklah..."
King Aiden naik semula ke atas kuda. Mereka berlima memecut masuk ke dalam pekan Stormcloak, meninggalkan dua pengawal tersebut yang masih terkejut...
Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan istana Stormcloak, Aiden dan Lycans turun dari kuda. Seusai mengikat tali kuda, Aiden, Lycans, Merlin, Deathwing dan Allucard berjalan masuk ke dalam istana...
King Haffle kelihatan sedang duduk di atas takhta tatkala mereka berlima tiba di dewan luas...
"Ahh, Lycans...Aiden...Ada apa kalian datang kemari...?" King Haffle menyoal sopan. King Aiden mengambil pedang di belakang. Lycans hanya berdiam diri...
"Aku cabar kau, Haffle...Duel with me...The winner will get the crown..." King Aiden berkata seraya menghunus pedang ke arah sang raja...
King Haffle termangu-mangu. Pembantu peribadinya mengerut dahi mendengar kata-kata Aiden...
"Apa kau cakap, Aiden...You challenge me?"
"Yes, i am..."
"Bollocks! Kau bukan raja! Hanya raja yang boleh cabar raja!" King Haffle merengus seraya menghentak penumbuk. Wajahnya bertukar merah padam...
Allucard mengorak langkah ke depan. Segulung kertas berwarna kuning dihamparkan di kedua tangan. Aiden tersenyum sinis...
"Arastosa kini berada di bawah kuasa Aiden Lycans. King Vlademir mewasiatkan bahawa kerajaan Arastosa jatuh ke tangan Aiden, The son of Lycans apabila dia mangkat..."
Kata-kata Allucard membuatkan King Haffle bertambah bingung. Sang raja tersebut menggigit bibir melihat mereka berlima...
"Vlademir sudah mangkat...?"
"Yes...Now, Arastosa di bawah kuasa aku...
I am, King Aiden...Challenge you for a duel of honor..."King Aiden berkata selamba. King Haffle menyilangkan kedua kaki. Jari disulam dengan gaya megah...
"Jika aku tolak...?"
"Aku akan hancurkan kerajaan kau menjadi debu...Don't ever test me, Haffle..."
Lycans membalas dari belakang. King Haffle mengurut janggutnya perlahan-lahan...
"King Aiden, huh...? You're just a kid...And, yet you dare to challenge me...?"
"At least im not a coward like you..."
Sindiran Aiden berbekas di hati King Haffle. Dia merengus menahan bengang. King Aiden tersengih apabila Haffle bangun dari takhta...
"I'm not a coward...Aku terima cabaran kau" King Haffle berkata seraya berjalan selamba ke depan...
"Reassa...Give me my sword..." King Haffle meminta kepada pembantu peribadinya. Gadis bunian tersebut mengangguk. Dua bilah pedang bertatahkan berlian diberikan pada King Haffle...
"Kau nak bertarung sekarang, Haffle...?"
"Yes, i am...Aku ada banyak kerja...Lagi cepat cabaran bodoh ni selesai, lagi cepat kau berambus dari sini..."
"Well said..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
FantasyMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...