CHAPTER 226 | WRATH OF THE KING

5.6K 429 9
                                    

Dua pengawal bertombak berlari anak ke tengah dewan istana Azeroth. King Furion yang asyik meneguk wain merah termangu-mangu apabila dua pengawal tersebut memberi tunduk hormat...

"My king!"

"Ada apa? You look pale..." King Furion menyoal lembut. Gelas kaca tidak terlepas dari tangannya. Dua pengawal tersebut bingkas mendongak.

"King Aiden serang pintu gerbang, Tuanku! Dia datang bersama tentera Stormcloak!"

King Furion terkedu mendengar kata-kata pengawal elitnya itu. Dia bangun dari takhta. Langkahnya laju menuju ke beranda batu.

Dari jauh, dia melihat asap tebal berkepul dari balik bangunan batu. Bunyi bingit penduduk menjerit membuatkan suasana bertukar huru-hara.

"In the name of Lord Barathum...What is happening!?" King Furion menjerkah. Dia mencampak gelas kaca ke sisi! Dua pengawalnya itu tertunduk.

"Aiden sudah naik takhta, Tuanku...Dia bercadang mahu tawan setiap Pekan..."

"Dia dah gila!? Kerahkan semua tentera! Fight him! Kill him if you must!"

BOOOOMMMM!!

Satu letupan kuat bergema tatkala King Furion memberi arahan! Dia bingkas menoleh! Pintu gerbang istana Azeroth sudah berkecai dirempuh tentera King Aiden!

Dari atas, dia melihat King Aiden sedang bertempur di bawah. Lycans, Merlin, Allucard dan Deathwing juga ada bersama sang raja serigala!

"This is madness!" King Furion menjerkah lalu berlari ke depan. Dia mengambil kedua pedangnya yang terlekat di belakang taktha.

Dua pengawal elitnya tadi terus turun ke bawah. Mereka cuba bertahan dari serangan mendadak King Aiden!


♎♎♎♎♎

Belasan ribu tentera Stormcloak bertungkus-lumus melawan serangan tentera Azeroth! King Aiden terus menerus berasak tanpa memberi peluang!

Lycans dan Merlin bertahan di sebelah kanan, manakala Deathwing dan Allucard bertahan di sebelah kiri!

Pintu agam istana Azeroth kini roboh! Belasan ribu tentera Azeroth tumbang di medan peperangan. King Aiden menghunus Excalibur ke depan!

"CHAAAARRRRRRRGEEEEEEEE!!"

Laungan King Aiden bergema lantang! Tentera Stormcloak terus berasak keras! Tentera Azeroth kian berundur ke belakang!

"Urgh! They're so strong! Berundur! Berundur!" Panglima perang memberi arahan!

Lycans memaut lengan Aiden! Tanpa membuang masa, si lagenda melambung Aiden ke depan! Sang raja melayang di udara!

"HIARGHHH!"

Belum sempat panglima perang tersebut menoleh, Excalibur terlebih dahulu mencantas pangkal lehernya! Seluruh tentera Azeroth tergaman!

Aiden menendang kepala panglima perang tersebut. Eraman serigala kedengaran garau. Dia menghunus pedang ke arah ribuan tentera Azeroth...

"Tell me, where's your king...? Or, aku pancung kepala kalian..."

Ugutan King Aiden membuatkan semua tentera Azeroth menelan air liur. Salah seorang dari mereka menunjuk ke arah atas...

King Aiden melompat ke atas bagaikan seekor serigala mencari mangsa. Tentera Azeroth kini dikepung tentera Stormcloak. Lycans mengawal keadaan di bawah...

Pintu dewan ditendang kasar. King Aiden berjalan selamba ke arah takhta. King Furion bersedia untuk bertempur melihat kedatangan Aiden...

"Furion..." King Aiden menegur seraya berjalan perlahan-lahan mendekati dia. King Furion menghunus kedua pedangnya ke depan...

"Aiden...Kau dah gila..."

"Aku tak gila...Dunia yang gila...Raja bacul macam kau yang buat dunia ni gila..."

King Aiden membalas selamba seraya mengambil Excalibur di belakang. Desahan nafas King Furion kian berdebar kencang...

Sekilas pandang, King Furion ternampak mahkota Stormcloak terlekat kemas di pinggang King Aiden...

"Haffle...Kau bunuh dia...?"

"Yeah...Now, its your turn..."

King Aiden berkata lalu memecut ke depan! King Furion tergaman! Kedua bilah pedangnya tercampak ke sisi dek tendangan sang raja!

BRAKKK!!

King Furion terseret ke kanan apabila tendangan lutut Aiden singgah di pipi! Darah terhambur dari mulut! Dia termengah-mengah...

"Hah...Hah...Aiden...Why you do this...? Kita boleh berbincang..."

"Berbincang hanya buang masa...This is the way to kept the world clean..."

"Aiden...Aku merayu...Don't..."

KRAKKKK!!

Bilah Excalibur memecahkan tengkorak kepala King Furion. Darah meleleh ke lantai. Mahkota Azeroth jatuh dari kepala...

King Aiden mencabut pedangnya dari terus terbenam di kepala Furion. Mahkota Azeroth digapai perlahan...

"Azeroth sekarang berada di bawah kuasa aku..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now