🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Rambut Sheera aku usap sambil tersenyum. Gadis berambut merah tertidur nyenyak. Sekali-sekali dia mengeliat kecil. Walaupun matahari sudah lama menjelma, namun Sheera masih belum terjaga.
Mungkin dia penat sebab malam semalam. No, its not like that. Dia penat sebab banyak muntah. Bukan sebab aku 'bermesra'dengan dia.
Just keep your though clean, alright? I'm not a pervert...
Well, maybe a little.
Selimut tebal digapai dari bawah kaki. Seusai menutup tubuh Sheera, aku bangun dari katil. Perlahan-lahan aku berjalan ke ruang tamu.
Tatkala aku mahu melangkah ke dapur, pandanganku tertacap pada seorang lelaki di ruang tamu. Dia hanya duduk di kerusi sambil memeluk tubuh.
Wait.
Ada orang ceroboh rumah aku? Seriously!?
Tanpa membuang masa, aku menghala tapak tangan ke arah lelaki tersebut. Keadaan ruang tamu yang agak kelam membuatkan aku tidak dapat melihat siapa gerangan lelaki tersebut.
"Who the hell are you...? Tunjukkan muka kau, atau aku bakar kau jadi debu..."
Aku berkata tegas. Lelaki tersebut tersentak seraya menoleh. Telapak tangan kembali digenggam apabila lelaki tersebut berjalan tenang mendekati aku.
"Death! Hahaha! Sorry! Aku takutkan kau!"
"Haih, kau ni Merlin...Nasib baik aku tak sumpah kau jadi babi..."
Merlin tersengih. Aku kembali berjalan ke dapur. Si ahli sihir mengikut aku dari belakang. Merlin menggosok belakang kepala apabila aku meneguk air suam.
"Macam mana kau boleh ceroboh rumah aku ni...?" Aku menyoal seraya meletak gelas kaca ke atas meja. Merlin duduk di kerusi kayu.
"Tadi aku ketuk pintu, kau tak buka...So, aku teleportlah ke dalam rumah..."
"How nasty..."
"Alah...Bukannya aku curi barang pun..."
"Sudahlah...Aku takde mood nak bertekak..Kenapa kau datang cari aku, Merlin? Something happened...?"
Aku menyoal selamba lalu mengambil biskut yang Sheera buatkan semalam. Merlin hanya berdiam diri apabila biskut tersebut diletakkan ke atas meja.
Aku duduk berhadapan dengannya. Merlin tertunduk. Dahinya ditekup dengan sebelah tangan.
Hurmm...
Aku kenal sangat dengan reaksi macam ni. He has some shit to deal with a girl, obviously...
"Tyara marahkan kau...?" Aku menduga tenang. Biskut halia disuap ke dalam mulut. Merlin menghela nafas lemah.
"Yeah...She's so fucking pissed..."
"Apa kau buat kali ni, ha...?"
"Well...Aku cuma berborak dengan Loralyn....Tapi, dia salah sangka...Now, she leaves me..."
"Leave you, huh? She make a good move...Aku rasa dia boleh dapat companions yang lebih baik dari kau, Merlin..."
Merlin memasamkan muka. Aku menguyah biskut dengan riak muka selamba. Si ahli sihir mengosok rambutnya, kuat.
"Aku tahulah! Aku ni tak guna! Useless wizard!"
"Damn right..."
"Death! Aku datang ni sebab nak minta tolong kau! Bukan nak dengar sindiran bodoh kau ni!"
Merlin menengking lantang. Aku menyimpulkan senyuman sinis. Si ahli sihir mengetap gigi melihat aku bersahaja.
"Death! Help me, dude! Kau pakar dalam bidang mengayat! Pujuk perempuan, itu cuma perkara senang bagi kau!"
"Heh, all you need is skill..."
"Skill pala bana kau!"
Merlin menyandar pada kerusi seraya merengus geram. Aku memeluk tubuh sambil terus memerhati dia. Kaki disilangkan.
"Kalau kau nak bersama Tyara...Kau cuma perlu buat satu benda...Kalau kau buat benda ni, aku jamin...Tyara akan kekal dengan kau..."
"What...?"
"Lupakan cinta kau pada Loralyn..."
"Hurmm...Death..."
"Merlin...Lora takkan jadi milik kau...She's belong to Lycans...Kau sendiri tahu kan? Lycans sayang betul dengan si musang tu?"
"Huurmm...Itu aku tahu...But..."
"Tak payah nak but, but...Kau ikut cakap aku...Jangan nak berlagak pandai...Kau ni cuma menyusahkan aku, kau tau tak..."
"Haih..."
Merlin menggaru pipi mendengar kata-kata aku. Dia tertunduk sekali lagi. Aku hanya memerhati gelagat dia.
"Sekarang apa aku patut buat, Death...?"
"Kau cintakan Loralyn ataupun Tyara...?"
"Both..."
Pakk....!!
Merlin tersentak apabila biskut halia dilontarkan ke muka dia! Kami berbalas pandangan seketika...
"Kau baling biskut kat aku, Death!?"
"JANGAN TAMAK SANGAT LA, SIAL! AKU BELASAH KAU NANTI!"
Merlin tergaman mendengar jerkahan aku. Dia memasamkan muka. Aku kembali memeluk tubuh.
"Fine...Aku pilih Tyara..."
"Then? Kau setia jelah dengan dia...Kau yang cari masalah, Merlin..."
"Eleh...Kau yang ajar aku jadi macam ni! 'Women is like a damn flower, just pick her if you like...Jika baunya sudah hilang, just pick another one'...Itu ayat kau dulu..."
"Itu dulu...Everyone can change..."
"Ceh..."
"Trust me...Kau patut setia dengan Tyara...Lupakan Loralyn..."
"Hurmm..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
FantasiMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...