Aku? Aku Min Hani. Hoho sedap an nama aku? Yea I know. Aku ni tak de lah pandai sangat, tapi aku paling benci matapelajaran Sejarah. Seriously.
Aku sekarang ni tengah belajar. Gila haram aku nak belajar? Taklah aku tengah stalk crush kat IG. Sem au.
"Bangun!" datang dah. Benda yang paling aku tak suka.
"Good morning Sir Jin" maka kedengaran lah suara serentak antara mereka. Kecuali aku
"Good morning. Have a sit" Sir Jin meletakkan buku buku nya di atas meja. Lalu dia memandang ke sekeliling kelas. Mula dah. Baik aku tidur.
"Keluarkan kerja rumah sejarah kamu. Saya nak tengok" Mata aku terbeliak.
Kejap. Kerja rumah sejarah?! Satu hapa pun aku tak buat dumak. Matilanak.
Aku cuba merangkak keluar melalui pintu belakang. Gila kau merangkak pakai skirt? Eh ada aku kesah janji tak kena hukum.
"Kim Hani. Mana awak nak pergi? Awak buat apa tu? Nak buat eksperimen Tingkatan tiga bab 4 mukasurat 50 ke?" Wtf bab apakah itu.
Aku duduk bersila di lantai sambil membuat aegyo. Mohon cair sir.
"Kembali ke tempat awak. Tunjukkan kerja rumah awak" mati aku. Aku kembali ke tempat duduk lalu menunduk
"Mana kerja rumah awak?"
"Sa-saya tak siap" aku menundukkan kepala.
"Habis kelas saya, pergi bilik guru. Awak tak dibenarkan rehat selagi awak tak siapkan kerja rumah. Arra?"
"Ya" Sir ni memang nak kena. Sebab tu lah aku benci sejarah
Aku hanya mainkan rambut aku sepanjang penerangan Sir Jin.
"Okay class, Terima kasih. Kamu boleh keluar rehat. Kecuali. Min Hani" tak. Ni kenapa kau sampai nak sebut nama aku. Tau lah nama aku sedap.
"Min Hani, awak ikut saya ke bilik guru" aku mengambil buku aku serta pencil box aku menuju ke bilik guru. Aku lapar.
"Duduk" aku mengambil kerusi plastik lalu duduk di hadapan Sir Jin
Aku menyambung menyiapkan kerja rumah aku yang tertangguh. Tapi aku rasa macam, ditenung.
Yup. I'm right. Sir Jin tengah tenung aku sekarang ni
"Um Sir" aku memegang belakang leher aku
"Ya?"
"Boleh tak jangan tenung saya macam tu? Saya tak selesa lah"
"Awak buat kerja tengok buku, bukan tengok saya" tak masalahnya aku tak selesa. Faham tak.
Aku baru perasan yang kerja rumah yang Sir bagi ni banyak nak matey.
Aku lapar. Nak makan.
"Sir, ni yang Sir suruh beli" Hanbin, classmate aku memberikan dua kotak green tea serta coklat cadbury. Menguji betullah kau ni.
"Okay, tq Hanbin" Hanbin mengangguk lalu keluar dari situ. Untuk aku tak ada ke bahabi.
Aku menyambung menulis. Tangan aku dah sakit ni. Tolong.
Dengan noktah terakhir, akhirnya siaplah kerja rumah aku. Aku menghembuskan nafas lega. Tiba tiba aku terdengar bunyi yang menyakitkan hati
Loceng masa rehat tamat. Dan aku belum sempat nak makan apa apa lagi. Good.
Aku dah nak nangis ni. Aku betul betul lapar sekarang ni
"Okay sir. Saya dah siap. Saya balik kelas dulu" aku mengambil pensil box aku. Tak pe nanti pepandailah aku minta makanan dorang sikit. Hoho.
"Eh tunggu jap"
"Ye?"
"Nah. Sir tau awak lapar. Lain kali jangan tak siapkan kerja rumah. Arra?" Dia menghulurkan sekotak green tea dengan cadbury tadi.
Aku mengambil cadbury dan air kotak tersebut sambil tersenyum lebar
"Tq Sir. Sayang Sir. Kbye" aku keluar dari bilik guru tersebut.
~
Aku merebahkan badan aku ke katil. Akhirnya dah balik sekolah. Masa yang amat aku tunggu tunggu.
Pintu diketuk dari luar. Lalu terlihatlah, omma aku.
"Hani, nanti malam siap ye? Pakai baju ni" aku memandang omma dengan pelik.
"Kenapa pulak?"
"Pakai je lah, kita nak jumpa keluarga Kim." aku hanya meng'ohh' kan sahaja.
"Keluarga Kim tu siapa?"
"Dorang tu bestfriend omma dengan appa since Study dekat U lagi. Omma dah lama tak jumpa dia."
"Oh"
"Oppa?" aku teringat oppa aku, Min Yoongi.
"Oppa ada dating, dengan Yeochin dia. So dia tak ikut" Aku hanya mengangguk. Oppa. Kalau kau mengandungkan anak orang, aku mandulkan kau.
"Dah pergi tukar baju. Masam dah. Lepas tu makan. Omma dah masak" Aku hanya mengangguk lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi membersihkan diri.
~
Aku meneliti gaun hitam putih separas lutut yang tersarung di tubuh aku. Cantik.
Tak. Masalah nya kenapa omma suruh aku pakai macam ni. Selalu nya aku pakai sweater dengan jeans omma tak kesah pun.
"Hani! Dah siap belum" jerit omma dari bawah. Aku segera turun ke bawah
"Dah" Omma aku mengangguk lalu mula memasuki kereta menuju ke Restoran, mungkin. Tak aku lapar ni.
Kereta yang aku naiki betul betul berada di depan Restoran Garden. Aku pun tak pasti kenapa nama dia cegitu.
Appa aku mencari seseorang. Aku lihat ada seseorang yang melambai ke arah appa aku. Lalu kami pun menuju ke situ. Ayat klise gila.
"Sir?"
"Awak?"
"Eh? Korang dah kenal ke? Ha baguslah" aku hanya mendengar kata kata omma Sir Jin. Tak apa yang bagus sebenarnya.
"Dia cikgu sejarah Hani"
Aku disuruh duduk di sebelah Sir Jin. Aku tak pandang dia. Aku pandang makanan kat depan aku ni.
"Sebenarnya, kami nak jodohkan kamu berdua. Memandangkan kamu berdua dan kenal satu sama lain, baguslah" aku tersedak. Sir Jin tercekik.
"Jodohkan?" Aku dan Sir Jin pandang satu sama lain. Biar betul.
"Omma, Hani masih terlalu muda untuk semua ni. Bagilah Hani dua tiga tahun lagi" aku merengek. Aku tak nak jadi isteri orang ni.
"No no. Omma rasa sekarang masa yang terbaik untuk Hani. Tinggal beberapa bulan je then Hani akan graduan. Atleast ada orang boleh tolong jaga kamu."
"Uncle, aunty, saya pinjam anak uncle dan aunty kejap ye" Sir Jin meminta izin kepala omma dan appa aku
"Pinjam lah. Pinjam lama lama pun tak pe" ni dah lebih. Sir Jin menarik aku keluar dari restoran itu.
"Sir, saya taknak kahwin lagi. Saya ni terlalu muda tau untuk jadi seorang isteri. Saya ni, masak pun tak tahu. Bangun pun lambat. Ha apa lagi eh"
"Saya tak kesah pun. Awak tak pandai masak? Saya boleh tolong ajarkan" aku membeliakkan biji mata aku
"Ma-maknanya sir setuju" Sir Jin menganggukkan kepalanya.
"Sir..." Aku berharap Sir Jin tak setuju.
"Jadi saya boleh ajar awak sejarah. Lepasni, kalau awak main main dalam kelas saya, saya pulak akan main main dengan awak dekat rumah" Tak. Aku dah mula takut ni.
Tbc
1035 patah perkataan. First time ni. Excited gila buat ff 1000+ patah perkataan. Selama ni paling tinggi pun 700+ je XD mohon support key ╮(╯▽╰)╭
YOU ARE READING
History Teacher || K.S.J || (S2/S2)
RandomHighest rangking : #9 in random Aku Min Hani. Aku, paling benci mata pelajaran Sejarah. Siapa yang suka weyh ha tell me. Sejarah tak penting pun an an. Buat apa nak tau kisah masa silam. Move on lah wey. Tapi guru sejarah aku sem au. Sem nak matey...