Aku menekup mulut aku dengan kedua tangan. Aku pandang Jin. Dia tersenyum lebar.
"Selamat hari jadi sayang"
Aku lihat Yoongi, Minji, omma, appa, Taehyung serta Amber. Sebiji kek dihalakan ke arah aku. Aku pandang kek itu. 22 tahun. Tak sangka aku dah berumur 22 tahun.
Aku meniup lilin itu dan tepukan bergema di ruang tamu itu.
"Saya ingat awak lupa.." ujar aku perlahan sambil memandang Jin. Jin memberikan Hanseok kepada omma.
"Saya tak lupa sayang. Mana boleh saya lupa birthday isteri kesayangan saya ni" pucuk hidung aku dicuit.
"Udah udah ler tu bersawit. Aku lapar ni" balas Yoongi. Aku tersenyum dan mula memotong kek itu.
"Awak, ni rumah siapa?" soalku sambil menyuapkan kek ke dalam mulut aku.
"Ni? Ni rumah awak sayang" balasnya. Aku terkejut.
"Maksud awak?"
"Rumah ni sebagai hadiah birthday awak. Saya beli rumah ni atas nama awak. Sebenarnya dah lama. Dan kebetulan saya dapat kunci rumah ni minggu lepas" balasnya.
"Awak hadiahkan saya rumah ni? Mahal betul hadiah awak" selorohku. Dia tersenyum.
"Awak, Hanseok dan anak dalam kandungan awak hadiah paling berharga dalam hidup saya. Rumah ni saya dapat beli, tapi saya tak dapat nak beli keluarga saya" balasnya.
"Dan saya tak ada harta nak bagi awak. Saya tak ada syarikat besar untuk awak. Anggaplah rumah ni harta saya untuk awak. Saya nak awak terus tinggal sini kalau saya dah tak ada nanti" sambungnya.
"Apa awak cakap ni? Saya tak suka lah" balasku sambil membuat muka. Dia tersenyum nipis.
Tiba tiba perutku terasa sakit. Aku hanya mengabaikan. Lama lama kesakitannya menjadi jadi.
"Awak..." ujarku perlahan sambil memegang perut aku. Aku rasa ada cecair mengalir ke paha aku.
"Sayang? Awak okay ke?"
"Sakit.." ujarku perlahan.
"Jin, omma rasa Hani dah nak bersalin. Kamu bawalah dia pergi hospital dulu" ujar omma. Jin mengangguk dan mula mengangkat aku.
"Omma, Tolong tengokkan Hanseok tau"
"Nae, nanti omma follow"
[Skip]
"Awak.. Sakit.." aku pegang lengan Jin kuat.
"Tahan sayang, saya tau awak boleh" dia mengusap rambut aku lembut.
"Awak saya minta maaf.. Saya banyak salah pada awak.. Saya minta maaf.." ujar aku menahan sakit. Dia mengangguk.
"Saya dah lama maafkan awak. Awak tak ada salah pada saya." dahi aku dikucup singkat.
Setelah beberapa minit, tangisan bayi mula kedengaran. Sakit aku seolah olah telah hilang. Aku mengatur nafas aku.
"Sayang, kita dapat baby girl. Terima kasih sayang" dahi aku dikucup lama. Aku tersenyum singkat.
Nafas aku menjadi perlahan. Mata aku terasa berat. Aku pandang Jin.
"Awak.."
"Ye sayang?" aku tak menjawab. Aku pegang pipi dia lama. Mata menjadi makin berat.
"Sayang?" mata aku tertutup rapat.
"Sayang, sayang bangun! Sayang!" aku rasa pipi aku ditepuk perlahan. Tangan aku jatuh dari pipi dia.
Tbc
Ohyeahh aku takde kanser;-; ada tumor biasa je;-;
Chapter akhir aku update bila dah keluar hospital eh🐣💜

YOU ARE READING
History Teacher || K.S.J || (S2/S2)
De TodoHighest rangking : #9 in random Aku Min Hani. Aku, paling benci mata pelajaran Sejarah. Siapa yang suka weyh ha tell me. Sejarah tak penting pun an an. Buat apa nak tau kisah masa silam. Move on lah wey. Tapi guru sejarah aku sem au. Sem nak matey...