Ch 25

1.6K 197 33
                                    

Matahari seakan akan menusuk masuk ke dalam mata aku. Aku celikkan mata beberapa kali. Aku gosok mata aku menahan ngantuk.

Aku alihkan tangan Sir Jin yang melingkari pinggang aku. Bawah perut aku terasa sedikit sakit. Aku kutip baju aku yang bertaburan di lantai dan pakainya secara ala kadar.

Aku mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri.

Usai membersihkan diri, aku keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala.

Aku lihat Sir Jin sedang membelek phone sambil bersandar di kepala katilnya. Haih bukan nak bangun ke, bersihkan badan dulu ke. Budak zaman sekarang.

"Awak, bangunlah. Mandi. Lepas ni nak balik rumah omma" aku tarik selimut sedikit. Mendedahkan tubuhnya yang sedikit kekar. Haih mengancam :3

Aku berjalan lalu mengambil baju aku di dalam beg. Lalu menyarungkan nya satu persatu.

Aku menyikat rambut aku yang sudah paras pinggang. Haih, aku nak potong. Sesekali aku menguap. Ngantuk.

Aku berjalan ke arah katil lalu merebahkan diri di sebelah Sir Jin.

"Awak, pergilah mandi. Kasi saya tidur pula. Ngantuk" gumam aku perlahan lalu menutup mata.

"Awak penat?" tanya nya. Aku membuka mata. Ie besar kecik besar kecik je aku pandang dia.

"Ka-"

"Shut up Kim Seokjin. Pergi mandi. Saya nak tidur kejap. Jangan kacau"

Aku tarik selimut menutupi wajahnya aku. Aku rasa macam dipeluk. Tapi lantaklah. Yang penting aku ngantuk sekarang.

[Skip]

Aku terjaga dari tidur. Pukul berapa sekarang ni? Aku lirik jam dinding. APAKAH?! PUKUL 9?!

Aku menolak selimut dan terjun dari katil. Aku perasan Sir Jin masih lagi tertidur lena. Haih dia ni.

"Awak,bangunlah. Dah pukul 9 ni" ujar aku sambil menggerakkan tubuhnya yang dibaluti selimut.

"Nantilah.." balasnya perlahan.

"Kim Seokjin, bangun. Dah pukul 9 ni." ujar aku sedikit geram sambil membetulkan rambut aku yang sedikit serabai.

"Kim Hani, tak nak"

"Fine, biar saya balik rumah omma sendiri" balas aku lalu beredar dari bilik.

"Hani-ah!!" aku berhenti melangkah tatkala nama aku dipanggil. Aku menoleh memandang Sir Jin yang terduduk di atas katil.

"Apa?"

"Ye saya bangun. Jangan tinggalkan saya" balasnya. Aku mencebik. Ingat apa lah tadi.

"Tak ada nya saya nak tinggalkan awak. Dah pergi mandi. Pukul 10 awak tak ada kat bawah, saya pergi sendiri" ugut aku.

Sekelip mata dia berlari ke dalam bilik air dengan selimut yang membaluti tubuh nya. Masuk sahaja ke dalam bilik air, dia terus mencampakkan selimut itu ke luar. Aku menggeleng.

Aku cabut cadar dari katil lalu masukkan ke dalam bakul baju kotor.

Aku buka almari dan mengambil cadar serta selimut bersih untuk membaluti katil ini. Setelah siap, aku turun ke bawah.

[Skip]

"Hani tak nak duduk lama lagi ke kat sini?" soal omma mertua aku. Aku tersenyum singkat

"Tak pe lah omma. Lagipun Jin ada kerja. Tak boleh lama lama. Nanti kalau ada masa lagi, kami datang sini" balas aku sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

Aku lihat Sir Jin turun dari tangga. Lalu duduk di kerusi kosong di sebelah aku.

"Morning sayang" ucapnya lalu mengucup dahi aku singkat. Aku tergamam. Ditambah pula dengan omma yang tersenyum senyum memandang kami.

"Ya-yah!" aku meneguk air teh hijau untuk menutup malu. Haih.

Tiba tiba aku terlihat Taehyung di muka pintu. Wajahnya kelihatan letih. Ditambah pula dengan beberapa fail dan kertas di tangannya.

"Eh Tae? Kenapa tak balik semalam?" tanya Omma mertua aku.

"Tae buat assignment dekat rumah kawan. Phone Tae mati. Charge pulak tertinggal. Kawan Tae pakai charge lain" balasnya sedikit lesu. Kakinya mendaki anak tangga perlahan lahan.

"Ha yelah. Tae rehat dulu. Kalau nak sarapan, turun bawah" balas Omma. Taehyung hanya mengangguk singkat.

Haih macam mana aku nanti? Haih belum ready nak jadi pelajar University.

"Ha! Termenung apa tu?" sergah Sir Jin. Aku menjelingnya.

"Sibuk"

[Skip]

Akhirnya aku sampai juga di rumah omma. Aku rindukan omma. Lebih lebih lagi Yoongi.

"Ommmaaaaa!!" jerit aku lalu masuk ke dalam rumah. Aku mencari omma di dapur. Omma kelihatan kaget dengan kehadiran aku.

Aku memeluk tubuh tua omma melepaskan rindu. Seya sangat rindu.

"Eh Hani?" omma membalas pelukan aku. Rambut aku dibelai.

"Mana Jin?" tanya Omma. Belum sempat aku membalas, wajah Sir Jin terpacul di dapur. Dia menyalami tangan omma.

"Omma, Hani nak duduk sini sampai dapat result eh?" ujar aku. Omma memandang aku pelik.

"Kenapa pulak?"

"Ala tak boleh ke?" aku sudah membuat muka.

"Bukan tak boleh. Habis tu Jin? Dia ada kelas kan?"

"Memang ada. Sebab tu Hani nak duduk sini. Kalau dia ada kelas, Hani tak lah boring. Tak pun tiap tiap minggu dia datanglah sini" balas aku sambil bermain bawang yang hendak dipotong oleh omma.

"Suka hatilah"

"Omma, Oppa mana?" tanya aku. Dah lama aku tak nampak Yoongi. Sibuk kah dia?

"Ada kat atas. Malam tadi dia balik lambat. Ada assignment kena buat dekat rumah kawan dia. Dalam pukul 4 pagi dia balik" balas omma. Aku mengangguk lalu berlari naik ke atas dan menuju ke bilik Yoongi.

Aku buka pintu nya perlahan lahan. Biliknya gelap. Mungkin sebab tingkap dan langsir tidak dibuka. Aku lihat Yoongi berselubung dalam selimut.

"Yoongii!!" Jerit aku. Aku lihat tubuhnya bergerak sedikit. Mungkin terganggu dengan suara aku.

"Yoongii bangunlah!! Adikmu yang gojes ini datang!!" jerit aku lagi sekali. Selimut dialihkan. Tersembullah kepalanya dengan mata tertutup.

"Shu. Keluar kau."

Ya tuhan. Berani dia halau aku? Ingat aku kucing ke.

"Alaaa bangunlah!!" aku tarik selimutnya kasar. Hanya boxer yang tersarung di tubuhnya. Haih. Ni mesti kes ngantuk yang teramat.

"Pergilah. Aku ngantuk ni. Aku penat" balasnya singkat lalu cuba mencapai selimutnya semula.

Tak sampai hati jadinya. Dia pun macam Taehyung. Balik lambat hanya disebabkan mahu menyiapkan assignment. Aku selimutkan tubuhnya hingga paras leher.

Aku usap rambutnya perlahan. Harini beralah lah kejap. Aku cium pipinya singkat.

"Good night. Jangan lupa bangun. Jangan tidur selamanya. Nangis tak berlagu aku nanti" ujar aku perlahan.

"Fuxk u and u" balasnya singkat lalu menyelimuti kepalanya.

"Aku care dia bagi fuxk? Anda kurang ajar Min Yoongi."

"Min Yoongi sayang anda Kim Hani" balasnya perlahan. Walaupun diselubungi dengan selimut, namun aku masih dapat mendengar dengan jelas suaranya.

"Kim Hani sayang anda juga, Min Yoongi" ucap aku sebelum berlalu keluar dari biliknya.

Tbc

Hambarious in your areahhhhhhhh
31 votes baru aku update. Tau batak (`∀')

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now