Season 2 - 17

774 128 5
                                    

"Sayang, bangun!" aku terjaga tatkala tubuh aku digoncang kuat. Dahi aku berpeluh. Pipi aku terasa lembab. Aku pandang Jin.

"Awak.. Saya mimpikan Hanseok.." ujar aku perlahan lalu peluk tubuhnya erat.

"Saya taknak awak fikirkan pasal ni lagi. Saya yakin Hanseok boleh sembuh" Jin mengusap rambut aku perlahan.

"Saya risau, kenapa Hanseok yang kena? Kenapa bukan saya?" aku pandang dia dengan mata berkaca.

"Sayang, saya tak suka lah awak cakap macam ni. Saya yakin Hanseok boleh sembuh. Kita akan cuba. Tolonglah jangan fikir bukan bukan"

Aku menunduk lalu mengusap pipi aku yang lembab. Dahi aku dikucup singkat.

"Dah tidur. Esok pagi kita tengok Hanseok" kata Jin. Aku mengangguk lalu mula merebahkan diri dan menutup mata.

~

Sampai sahaja di wad Hanseok, aku lihat dia sedang tertidur lena.

Aku tersenyum nipis lalu mula mengusap rambut halusnya. Dia terjaga dan memandang aku.

"Maa.."

"Ye sayang?"

"Cuu.." dia memuncungkan bibirnya. Aku tergelak kecil. Tiba tiba seorang nurse memasuki wad itu.

"Encik, doktor nak jumpa" kata nurse itu kepada Jin. Jin hanya mengangguk faham.

"Sayang, saya pergi jumpa doktor kejap eh" Aku mengangguk. Aku angkat tubuhnya. Aku cium pipi dia singkat. Satu malam rasanya seperti satu tahun.

"Mandi dulu ye dik?" dia menggeleng.

"Cuu.." aku tergelak kecil. Mungkin sebab satu malam tak menyusu. Sebelum tidur wajib untuk dia menyusu terlebih dahulu.

Aku ambil botol susu dia dalam beg. Aku goncang sekejap sebelum menyumbatkan dalam mulut dia. Aku betulkan kedudukan dia. Aku tersenyum nipis.

Dia menghulurkan botol susu nya yang sudah kosong. Aku menepuk nepuk belakangnya perlahan. Terdengar sendawa kecil dari mulutnya. Dia mula meronta ronta minta dilepaskan. Dia mula berlari dalam wad itu.

Tiba tiba pintu wad dibuka. Kelihatan Jin masuk ke dalam wad itu.

"Paa!" Hanseok berlari mendekati jin lalu memeluk kaki Jin. Jin mengangkat nya dan pipi Hanseok dicium singkat.

"Hanseok dah boleh discharge. Jom?" aku mengangguk lalu bangun dan mula beredar dari wad itu.

[Skip]

"Doktor cakap apa tadi?" soal aku memecahkan kesunyian. Aku pandang Hanseok yang sudah lena di pangkuan aku.

"Doktor kata, Hanseok boleh sembuh sepenuhnya. Ada harapan tipis. Tapi tiap dua minggu kena bawa dia checkup. Lepastu doktor ada bagi ubat. Nanti awak campur dalam susu Hanseok"

Aku tersenyum nipis. Masih ada harapan.

"Sayang, kita makan dulu nak? Dah nak tengahari ni" soalnya. Aku hanya mengangguk.

Dia memasuki simpang lalu memakirkan kereta. Dia mengambil Hanseok yang sudah terlena. Belakang Hanseok ditepuk perlahan.

Aku mengikutinya memasuki cafe itu. Lalu duduk di salah satu meja.

"Awak nak order apa?"

"Apa apa je" aku dengar dia mengeluh perlahan.

"Jjangmyeon 2, freash orange 2" pelayan itu mengangguk beberapa kali lalu beredar.

"Sayang, awak okay?" soalnya. Tangan aku dipegang. Aku mengangguk perlahan.

"Okay.."

"Awak risaukan Hanseok?" dia pandang Hanseok yang terlena dalam pegangan nya.

"Saya omma dia. Dia anak saya. Mestilah saya risau" dia terdiam.

"Btw, macam mana awak dapat Agak adik ada penyakit?" soal aku. Perbualan kami terhenti apabila pelayan tadi menghantar minuman.

"Omma pernah kata, dulu waktu saya sebaya dengan Hanseok, saya ada juga penyakit ni. But nasib baik dapat pulih sepenuhnya. Omma ada pesan hati hati. Sebab penyakit ni keturunan" dia memandang Hanseok.
Tbc

Saya dah kata kita akan jumpa bila 20 coment. So dah lebih. Jadi aku update harini.

Kita jumpa lagi pada 40 votes.

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now