Ch 39

1.3K 187 38
                                    

Author pov

"Nae? Ada apa?" Soal Jin kepada Seok Rin yang tak senang duduk.

"Kunci. Minta kunci"

Amber merampas kunci dari tangan Jin lalu membuka pintu. Bulat mata mereka tatkala melihat Hani terikat di kerusi.

"Krystal!"

Readers pov

"Krystal!"

Aku terjaga tatkala ada suara menerpa masuk ke dalam telinga aku. Aku baru perasan yang aku dah terikat.

Terasa sakit di pergelangan tangan serta perut aku. Sakit. Seolah olah dia mahu membunuh kandungan aku.

"Awak.. Sakit.."

Dia cuba mendekatiku tetapi aku dengar ada suara menjerit.

"Jangan dekat! Kalau tak aku bunuh perempuan ni! Jangan dekat!" dia mengacukan pisau di leher aku. Aku cuba menahan esakan.

"Krystal.. Krystal.. Letakkan pisau tu. Kita bincang nae?" pujuknya lembut.

"Kau tipu!" jeritnya.

"Keluarga aku dah buang aku sebab anak tak guna yang ada dalam perut aku ni! I have nothing! Jebal, tanggungjawab untuk anak ni. Jebal.."

Author pov

"Krystal Jung!"

"Ba-baekhyun.." menggigil badan Krystal tatkala melihat Baekhyun.

"Maafkan saya. Krystal, letak pisau tu nae? Saya tahu, anak tu anak saya. Letak pisau tu nae? Maafkan saya"

"Awak tipu Baek! Awak lari dari saya! Awak lari dari tanggungjawab awak!"

"Nae saya tahu, mianhae. Jinjja mianhae.. Saya janji akan tebus balik. Kita mulakan hidup baru nae? Kita pergi jauh dari sini nae? Lepaskan dia Krystal"

Perlahan lahan pisau di tangan nya jatuh ke lantai. Dia terduduk lemah di lantai dan menangis teresak-esak.

Baekhyun mendekati Krystal lalu gadis itu dipeluk erat.

"Janji dengan saya, jangan tinggalkan saya.."

"Nae, saya janji"

Jin membuka ikatan Hani. Tubuh Hani yang seperti mahu rebah sempat disambut. Perutnya terasa sakit.

"Awak.. Sakit.." ujarnya perlahan sebelum dia tak sedarkan diri.

[Skip]

Jin meraup wajah nya kasar. Sesekali dia memandang isterinya yang sedang terbaring lemah di atas katil.

Pintu wad dibuka dari luar. Tersembul wajah Taehyung serta Amber.

"Hyung, macam mana?" soal Taehyung

"Macam tu lah"

"Tae ada belikan nasi goreng kimchi untuk hyung. Makan lah. Dari semalam hyung tak makan kan?" Taehyung meletakkan bekas polisterin itu di atas meja.

"Nanti hyung makan"

"Jin"

"Hm?" Jin memandang tepat ke arah Amber.

"Minggu depan saya kena balik Busan. Kelas dah nak start. Jadi, tak apa kan?"

Tak sampai hati juga dia ingin meninggalkan Hani dengan keadaan gadis itu. Namun, pelajaran harus disambung semula.

"Tak apa. Saya faham. Gomawo, sebab dah tolong jagakan Hani sepanjang saya sibuk ni."

Amber tersenyum nipis.

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now