Ch 19

1.4K 184 19
                                    

"Awak siapa ye?" tanya Sir Jin. Aku tergamam. Begitu juga dengan omma mertua aku.

"Jin tak ingat dia?" tanya omma mertua aku. Sir Jin menggelengkan kepala.

"A.. Awak tak ingat saya?" tanya aku. Air mata aku perlahan lahan mengalir.

"Mianhae, tak"

Aku menutup mulut aku menggunakan tangan kiri aku. Tak percaya, mungkin.

"Jin, takkan Jin tak ingat dia? Dia kan isteri Jin" balas omma mertua aku. Sir Jin memandang ommanya pelik.

"Isteri? Jin dah ada isteri? Ish apa omma merepek ni? Jin kan baru je habis belajar. Jin-"

"Jin, umur Jin sekarang dah 25 tahun. Jin dah kahwin dengan dia lebih kurang 6 bulan yang lepas. Jin betul betul tak ingat?" tanya omma mertua aku lagi. Sir Jin hanya menggeleng lalu memandang aku.

[Skip]

Doktor menolak tirai(?) setelah selesai memeriksa keadaan Sir Jin. Aku lihat Sir Jin tertidur pulas. Mungkin effect ubat tidur.

"Pesakit mengalami hilang ingatan. Mungkin kesan hentakan kuat di kepalanya. Tapi tak begitu serius. Dia masih boleh ingat orang orang terdekat dia. Biasanya, perkara ni tak lama. Cuba ingatkan dia tentang memori yang lalu. Tapi jangan paksa dia untuk ingat sesuatu perkara. Takut keadaan dia jadi lebih teruk" terang doktor yang merawat Sir Jin panjang lebar.

Mata aku mula berkaca. Tiba tiba ada seseorang yang mengusap bahu aku perlahan. Aku toleh ke belakang.

"Sabar k" ujar Taehyung sambil tersenyum nipis.

~

Sudah hampir seminggu Sir Jin di hospital, akhirnya Sir Jin dibenarkan pulang ke rumah. Namun, sejak akhir akhir ini, Sir Jin semakin dingin kepada aku.

Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kadang kadang hanya anggukan dan gelenggan sahaja. Kata omma, aku harus memulihkan ingatan Sir Jin. Sebab, Sir Jin hanya tak ingat aku. Hanya aku.

Setelah sampai di depan rumah, aku membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.

"Awak ingat rumah ni?" tanya aku. Aku tidak lagi menggunakan perkataan Sir Jin.

"I-ingat. Tak salah saya, rumah ni rumah pertama yang saya beli lepas habis belajar" balas Sir Jin lalu memandang sesekeliling ruang tamu. Aku hanya tersenyum singkat.

"Betullah tu. Dah sekarang, awak masuk bilik. Rehat. Saya nak masak bubur. Lepas tu awak makan dan-"

"Makan ubat ye saya tau" potong Sir Jin.

[Skip]

Aku tersenyum lebar sambil membawa dulang berisi semangkuk bubur serta segelas air suam.

Aku tolak pintu bilik Sir Jin menggunakan badan aku memandangkan kedua kedua tangan aku sedang memegang dulang.

"Awak, makan" aku meletakkan dulang itu di sebelah meja yang terletak di sebelah katil Sir Jin.

"Nanti saya makan" balas Sir Jin. Aku menggeleng.

"Mana boleh. Kena ikut arahan doktor. Nanti sampai besok pagi awak tak makan." balas aku lalu menyuapkan bubur ke dalam mulut Sir Jin.

Aku tersenyum tatkala Sir Jin mahu menjamah makanan buatan aku. Walaupun hanya sekadar bubur biasa.

"Awak tak makan?" tanya Sir Jin tiba tiba. Aku menggeleng perlahan. Lalu menyambung menyuapkan bubur kepada Sir Jin.

"Takpe, saya dah kenyang-"

"Dari semalam saya tengok awak tak makan apa apa. Awak hanya teman saya dekat wad. Awak makan apa? Saya tak nampak pun awak makan apa apa." jawab Sir Jin pantas memotong percakapan aku.

"Saya okay. Kalau saya lapar-"

"Kalau tu bila? Awak kena jaga kesihatan awak juga" jawab Sir Jin. Aku terdiam.

Tiba tiba Sir Jin mengambil mangkuk bubur di tangan aku.

"Sekarang, saya pula suap awak" Sir Jin menyuapkan bubur ke dalam mulut aku pula. Memang perut aku tak terisi sejak dari semalam.

"Tak pe awak. Saya dah kenyang" tolak aku apabila Sir Jin mahu menyuapkan bubur itu lagi ke dalam mulut aku.

"Kenyang? Tak sampai 2 sudu kot." protes Sir Jin. Aku hanya tersenyum singkat. Lalu aku mengambil 2 biji pil dari dalam botol kaca ini.

"Makan ni. Lepas tu awak rehat. Saya keluar dulu. Kalau awak nak apa apa, panggil saya dekat sebelah ye"

[Skip]

Aku merebahkan badan di atas katil. Sudah hampir seminggu aku tak dapat tidur lena. Hampir seminggu juga selera makan aku seolah olah hilang dan berat badan aku menyusut.

Belum sempat aku mahu memejamkan mata, pintu bilik diketuk dari dibuka dari luar. Dan tersembul lah wajah Sir Jin yang sedang mengukirkan senyuman nipis.

"Awak nak apa apa ke?" tanya aku sambil mengikat rambut aku yang terurai.

"Saya kacau awak ke?"

"Eh taklah. Sinilah" ujar aku lalu menepuk nepuk tilam di sebelah aku.

Sir Jin mendekati aku lalu duduk bersila di hadapan aku.

"Boleh saya tanya sesuatu?"

"Tanya lah"

"Kenapa kita kahwin? Sedangkan awak masih lagi sekolah kan? Saya sayang awak ke dulu?" tanya Sir Jin. Aku tersenyum nipis.

"Kita kahwin disebabkan omma awak dan omma saya. Masa tu kita cuma sebagai Sir and student. Omma saya cakap yang awak boleh jaga saya dan tolong saya dalam pelajaran. Lagi satu sebab omma awak dan omma saya kawan baik" jelas aku panjang lebar.

Sampai sekarang pun aku tak boleh nak fikir alasan yang cukup kukuh sebab omma suruh aku kahwin dengan Sir Jin terlalu awal.

"Awak sayang saya?"

"Sa-sayang"

"Saya sayang awak?"

"Awak kata awak sayang saya" aku memperlahankan suara.

Tiba tiba Sir Jin memegang kepalanya.

"A-awak okay?"

"Pening.."

'Yeay sayang Sir!'

'Namo kawan Sir. Mencik!'

"Sir" ujar Sir Jin tiba tiba.

"Apa?"

"Awak dulu panggil saya.. Sir?" tanya Sir Jin. Aku mengangguk perlahan.

"Ye, sebab saya dah terbiasa panggil awak Sir"

"Okay kalau macam tu, panggil saya Sir" ujar Sir Jin. Aku mengangguk perlahan.

"Dah, awak tidur. Gomawo" Sir Jin bangun dari katil aku. Lalu melangkah keluar dari bilik aku. Aku perasan Sir Jin jalan terhuyung-hayang.

Buk !

"Sir!!!" aku mendekati Sir Jin yang sudah terbaring di lantai. Aku alihkan kepala Sir Jin di paha aku. Lalu aku tepuk pipinya perlahan.

"Sir, bangunlah.. Janganlah takutkan saya.." aku gerakkan tubuh Sir Jin perlahan. Tiada respon.

Aku bentangkan selimut aku di lantai. Tak masalahnya aku tak larat nak angkat Sir naik atas katil. Kena faham tu.

Dengan kudrat yang aku ada, aku tarik Sir ke atas selimut yang aku bentang itu. Aku ambil bantal lalu letakkan di bawah kepala Sir.

Aku buka almari lalu aku ambil selimut extra yang ada. Aku selimutkan Sir Jin.

Aku rebahkan badan di sebelah Sir Jin. Agak tak selesa tapi nak buat macam mana? Takkan aku nak biarkan Sir seorang diri kat sini.

Aku pejamkan mata. Akhirnya aku tertidur.
Tbc

Hai, long time no see ya🌚🌚🌚🌚

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now