Season 2 - 8

928 125 8
                                    

Sudah hampir empat hari Jin meninggalkan rumah. Empat hari itu jugalah Hanseok meragam. Rindukan Jin mungkin.

"Paa.." lamunan aku terhenti. Pandangan aku tertumpu pada Hanseok yang dengan meniarap di atas katil.

"Mandi jom dik" ujar aku apabila melihat jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 6 petang. Aku buka baju Hanseok dan hanya tinggal pampers.

Belum sempat aku mahu bangun dan menuju ke bilik air, phone aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku tersenyum lebar tatkala mendapat video call dari Jin.

"Annyeong sayangg!!"

"Annyeong awakk!!"

Aku halakan camera phone ke Hanseok yang leka bermain dengan pampers nya. Matanya memandang screen.

"Paa.." dia merangkak mendekati aku. Jarinya mengenggam ibu jari aku.

"Aigo Hanseok, appa rindu adik jugak. Adik susahkan omma tak?" soal Jin. Aku mencebik.

"Dia meragam sepanjang awak tak ada."

"Tu lah, saya ajak awak,awak tak nak. Awak tak rindu saya?"

"Tak. Maaflah busy dengan assigment sampai lupa nak rindu awak" aku ketawa kecil sambil letakkan Hanseok di lantai.

"Sayang!"

"Aigo gurau je. Saya rindu awak. Tapi awak asyik nak rindu Hanseok je. Mana pandang omma Hanseok lagi dah"

"La awak jealous sayang? HAHAHAHAH"

Aku mengetap bibir geram. Sedap ketawa nampak.

"Klah! Bye!" aku terus menamatkan talian. Aku mencari Hanseok.

Benda pertama yang aku lihat di lantai adalah, pampers dia. Pantang buka baju, pampers mesti dia yang tanggalkan.

"Hanseok-ah!" mata aku melilau mencarinya. Tiba tiba aku terlihat rambut halus di belakang bakul baju kotor. Aku mendekatinya perlahan lahan.

"Bah!" dia mengekek ketawa. Seronok betul dia main nyorok nyorok.

~

Suapan aku terhenti apabila mendengar loceng pintu. Siapa pulak datang memalam ni. Aku dukung Hanseok dan berlalu ke pintu hadapan.

"Budakkk!!!"

"Yoongi!"

Aku menutup pintu setelah membenarkan Yoongi masuk. Dia berjalan ke sofa dan melabuhkan punggung di situ.

"Sawan apa yang serang kau sampai kau datang sini memalam?" soalku.

"La tak boleh ke? Tak aku rindu budak kecil ni. Bak sini" aku memberikan Hanseok.

"Satu lagi sebab.. Aku ada surprise untuk kau. Confirm kau suka"

"Nae? Apa dia?"

"Amboi, laju je kan?" sindirnya. Aku menyengir tak bersalah.

"Nah" dia memberikan sampul surat kecil. Aku membuka dan membaca isi kandungan nya. Mata aku membulat.

"Jinjjaa?!" Aku baca ia berkali kali. Yoongi mengangguk sambil ketawa kecil

"Aigo takyah lah buat muka macam tu sekali. Buruk lah." dia mengusap rambut Hanseok lembut.

"Serious ke ni? Aigoo" aku baca tarikh pada tiket flight itu. Esok. Pukul 10 pagi.

"Betul lah. Kan kau kata Hanseok asyik meragam je sebab rindu Jin Hyung. Tu yang aku belikan. Tu pun sebab anak buah aku eh. Bukan kau" selorohnya. Aku mencebik.

"Hentam lah nak. Janji dapat. Makcehhh"

"Ni kad bilik Jin hyung. Kat situ dah tertera alamat dengan nombor bilik. Pepandai lah kau cari" dia menghulurkan sekeping kad. Aku membeleknya.

"Mana kau dapat?" Yoongi hanya tersenyum sinis.

"Well"

Tbc

Hai, acaner trial? Aku baru start trial ujian mendengar HAHAHAHAHA
Ujian mendengar BI cam harom lanak bende dia cakap tah. Loghat pekat gila yaallah

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now