Season 2 - 16

755 124 36
                                    

Sedang aku leka menyapu lantai, aku terdengar bunyi tangisan Hanseok di dalam bilik. Segera aku meluru ke arah itu.

Aku lihat Hanseok terbaring di atas karpet sambil menangis. Mukanya merah padam. Aku angkat dia dan duduk di atas katil sambil menepuk punggungnya perlahan.

"Adik kenapa ni?" tangisan dia semakin kuat. Aku semakin cemas apabila muka dia sudah menjadi merah padam akibat menangis. Aku cuba sumbatkan puting dalam mulut dia tapi dia mencampakkan nya.

Aku terpandang jari jari mungilnya. Terdapat sedikit kebiruan di hujung jarinya. Aku belek beberapa kali. Sah, bukan cat atau warna. Jadi lagi.

Aku letakkan dia di atas katil lalu ke dapur untuk membancuh susu. Separuh je. Aku kembali ke dalam bilik dan menggoncangkan botol susu itu sekejap. Lalu sumbatkan dalam mulut Hanseok.

Nasib baik dia tak menolak dan terus menyusu. Aku tersenyum lega. Tangisan dia sudah berhenti. Matanya sudah mula layu. Lama kelamaan dia terlena. Aku usap pipi dia yang terasa lembab dengan air mata. Lalu letakkan atas katil.

[Skip]

"Sayang, saya dah balik" aku meluru ke ruang tamu dan ternampak Jin tersenyum sambil melonggarkan tie nya. Aku peluk dia erat. Rindu. Dahi aku dikucup singkat.

"Mana Hanseok?" soalnya lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Sesekali dia menghembuskan nafas.

"Dalam bilik, tidur. Awak, saya nak cakap sesuatu tentang Hanseok" aku pandang tepat ke arah dia.

"Macam serius je. Apa dia?"

"Tadi dia nangis, kuat tau. Lepas tu saya perasan ada kesan kebiruan dekat hujung jari dia. Sebelum ni dah pernah terjadi, tapi saya tak ambil kisah sangat." balas aku. Dia kelihatan terkejut.

"Kebiruan? Muka dia merah padam?" aku mengangguk.

"Awak siap sekarang, siapkan Hanseok sekali, kejap lagi kita keluar" balasnya singkat. Aku pandang dia pelik.

"Pergi mana?"

"Hospital"

~

Lemah lutut aku tatkala Hanseok disahkan menghidap penyakit jantung berlubang tahap kedua. Nasib baiklah Jin sempat menyambut aku daripada jatuh.

"Dapat sembuhkan doktor?" soal Jin. Doktor tersebut menunduk. Aku ketap bibir dan membiarkan air mata aku mengalir deras.

"Agak susah untuk kanak kanak sembuh. Memandangkan antibiotik dia dan tubuhnya yang masih lemah. Tapi kami akan cuba yang terbaik."

"Dan kami akan tahan Hanseok untuk pemeriksaan lanjut. Harap tak kisah"

"Anything doktor, asalkan anak saya dapat sembuh. Saya merayu doktor.." ujar aku separuh menjerit.

"Saya cuba"

Setelah itu, kami memasuki wad Hanseok. Walaupun masa melawat sudah pun tamat.

"Maa.." dia menggerakkan tangannya beberapa kali dan menghulurkan tangannya.

"Paa.."

"Appa kat sini dik"

"Atit.." aku menutup mata. Cuba menahan air mata aku yang hampir jatuh.

"Hanseok kuat kan? Anak appa kuat kan?" rambut Hanseok diusap perlahan. Hanseok bermain dengan jari jemari Jin.

Aku sembabkan wajah aku di dada Jin. Kenapa bukan aku. Kenapa harus Hanseok? Jin mengusap rambut aku lembut.

"Maa.." aku pandang dia dengan mata berkabur. Dia menunjukkan matanya. Kemudian dia usap pipi dia. Aku tersenyum nipis. Lalu mengusap air mata aku yang tersisa di pipi.

"Hanseok duduk sini baik baik tau. Jangan susahkan nurse tau." perlahan lahan Jin melepaskan jarinya.

"Paa!" jeritnya apabila kami sudah mula keluar dari wad.

Tbc

Kita jumpa lagi selepas 20 comment

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now