"Hanseok! Janganlah buli adik tu!" tegur Jin apabila Hanseok mengambil patung barbie dari tangan Hana.
"Adik yang kacau Hanseok dulu!" balas Hanseok tak mahu kalah. Hana menjelirkan lidahnya lalu merampas barbienya semula dan berlari ke arah Jin.
"Dah dah, dah tengah hari ni. Jom makan dulu" ajar Jin. Hanseok dan Hana mengangguk dan memegang tangan Jin untuk masuk ke dalam.
"Omma!" jerit Hanseok. Hani tersenyum sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.
[Skip]
Hani bersandar di kepala katil. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam namun dia belum mengantuk. Jarinya ralit menscroll instagram miliknya.
"Sayang? Kenapa tak tidur lagi?" soal Jin. Dia juga bersandar di kepala katil menyamai kedudukan nya dengan Hani.
"Tak boleh tidur lah. Tak ngantuk" balas Hani ringkas. Jin melabuhkan kepalanya di paha Hani. Hani tersenyum dan mengusap rambut Jin perlahan.
"Sayang, ingat tak masa awak lahirkan Hana?" soal Jin sambil menutup mata.
"Gila tak ingat. Masa tu awak dah nangis dah. Hudoh beno muka tu" seloroh Hani lalu ketawa kecil. Jin membuka mata dan mengetap bibir geram.
"Memanglah. Saya panggil panggil tak ada respon. Risau tau tak. Punyalah cuak masa tu. Awak ingat lawak ke?" balas Jin sambil membuat muka.
"Alaa, saya gurau je. Janganlah merajuk. Tau lah awak takut awak hilang saya kan?" soal Hani sambil menjongketkan keningnya.
"Memanglah. Gila tak takut" balas Jin. Hani tergelak kecil. Telefon nya diletakkan di atas meja.
"Bangunlah saya nak tidur ni" ujar Hani. Jin tak berganjak dan terus menutup mata.
"Awak, bangunlah" Hani menolak sedikit kepala Jin. Jin menggeleng.
"Hani, saranghae" ujarnya sambil menutup mata.
"Nae nado Jin. Dah bangun"
"Hani, saranghae" ujarnya lagi.
"Ye saya tau awak, saya sayang awak juga"
"Hani, saranghae" ujarnya sekali lagi.
"Awak nak apa ni?"
"Baby baru"
YATOHANNNN
End
Kim's family out.
YOU ARE READING
History Teacher || K.S.J || (S2/S2)
CasualeHighest rangking : #9 in random Aku Min Hani. Aku, paling benci mata pelajaran Sejarah. Siapa yang suka weyh ha tell me. Sejarah tak penting pun an an. Buat apa nak tau kisah masa silam. Move on lah wey. Tapi guru sejarah aku sem au. Sem nak matey...