Maafkan simen. Ch semalam terpaksa di unpublish sebab aku salah pun chapter. Lololol
Aku terjaga dari tidur. Kepala aku Agak sakit selepas banyak menangis semalam. Ya. Banyak menangis semalam.
Aku bangun dari katil dan membelek wajah aku di cermin. Sembab. Mata aku sembab. Aku lirik jam. Pukul 8 pagi.
Aku mengambil tuala yang tergantung lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Usai membersihkan diri dan memakai baju, aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk menyiapkan sesuatu. Apapun, dia masih suami aku, kan?
[Skip]
Jin pov
Rasa bersalah. Rasa bersalah sebab aku tertampar dia semalam. Aku hanya memandang siling putih.
Aku rasa, aku tak sayangkan dia. Tapi kenapa aku cemburu? Aku rasa, aku sayangkan Krystal. Tapi kenapa aku tak rasa apa apa?
Telefon aku berdering lagi, buat kali ke tiga. Aku melihat nama yang tertera di screen phone aku. Krystal. Aku hanya mengabaikan sehingga panggilan itu tamat.
Sebetulnya aku tak mahu diganggu. Pagi ini. Hari ini.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 9 pagi. Aku bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai membersihkan diri dan memakai baju, aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Aku yakin dia mesti ada di dapur sekarang ni.
Aku lihat dia sedang meletakkan pinggan di atas meja. Aku tersenyum singkat lalu mendekatinya.
"Awak.." panggil aku perlahan.
Aku lihat dia meletakkan segelas air di atas meja. Lalu dia memandang aku kosong.
"Breakfast. Makan ubat. Rehat." balasnya singkat lalu melangkah menuju ke bilik. Sepantas kilat aku memegang tangannya erat.
Dia berhenti. Lalu memandang tangannya yang aku genggam.
"Saya nak-"
"Siapa benarkan awak sentuh saya?" balasnya dingin. Dia dingin. Lalu dia merentap tangannya dari genggaman aku dan melangkah menuju ke biliknya.
"Masih marahkan aku"
[Skip]
Readers pov
Aku duduk di atas kerusi belajarku. Lalu aku ambil buku sekolah untuk menyiapkan homework kerana sekolah aku bermula lebih kurang 3 hari lagi.
Rasa sekejap. Sangat sekejap. 2 minggu rasanya berlalu dengan begitu pantas.
Aku ketuk pen di meja. Aku tak dapat nak fikir apa apa. Aku bangun dari kerusi lalu merebahkan diri di katil di sebelah anak patung aku. Lalu aku peluk anak patung itu erat.
"Kenapa dia tak sayangkan Hani lagi?"
"Dia janji tak nak buat Hani nangis, tapi dia tak tepati janji dia"
"Dia kata dia tak sayang miss Krystal, tapi dia tipu."
"Dia tak ingat Hani, kenapa dia boleh ingat Miss Krystal?"
"Dia jahat, Hani benci dia"
"Hani tak nak sayang dia lagi"
"Hani taknak jadi isteri dia lagi"
Aku menangis sepuasnya kepada anak patung itu. Mencurahkan isi hati kepada patung yang tak bernyawa ini.
Jin pov
YOU ARE READING
History Teacher || K.S.J || (S2/S2)
RandomHighest rangking : #9 in random Aku Min Hani. Aku, paling benci mata pelajaran Sejarah. Siapa yang suka weyh ha tell me. Sejarah tak penting pun an an. Buat apa nak tau kisah masa silam. Move on lah wey. Tapi guru sejarah aku sem au. Sem nak matey...