Season 2 - 2

1.1K 145 39
                                    

Aku betulkan kedudukan Hanseok yang sejak tadi meronta ronta minta dilepaskan.

"Hanseok-ahh.."

Aku menepuk punggungnya perlahan. Namun dia terus terusan meronta untuk dilepaskan. Aku duduk di salah satu bangku sementara menunggu Minji.

"Maa.. Paa.." aku tersenyum singkat. Jarang aku keluar berdua dengan Hanseok. Biasanya Jin yang akan memegang Hanseok dan bermain dengan nya.

"Kejap lagi kita balik nae?"

"Hani-ah, maaf lambat. Ramai orang tadi" ujar Minji sambil mengusap rambut Hanseok yang leka bermain locengnya.

Loceng tu kan bestfriend dia.

"Takpe, aku nak pergi kedai buku. Jom?" aku menggendong Hanseok dan menyumbatkan puting ke dalam mulutnya.

[Skip]

Aku melangkah masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu. Hanseok sudah pun tertidur dalam gendongan aku.

Aku meletakkan Hanseok di dalam babycot. Sesekali aku tepuk punggungnya beberapa kali.

Setelah dia tertidur, aku menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Tiba tiba aku dengar pintu dibuka dari luar. Aku menjengah ke ruang tamu.

Kelihatan Jin merebahkan badannya di ata sofa. Aku tersenyum nipis lalu melangkah mendekatinya.

Aku longgarkan tali lehernya. Rambutnya yang sedikit serabai aku usap perlahan. Matanya terbuka

"Sayang, saya penat. Jangan kacau jebal?" matanya tertutup kembali.

Aku mengusap pipinya lembut. Haih kenapa dia comel sangat?

"Sayang, saya kata jangan kacau saya kan?" ujarnya sedikit meninggikan suara. Serta merta tangan aku berhenti. Aku mengetap bibir.

Aku sangat sangat tak suka sifat dia sekarang. Tak boleh nak bermanja langsung, mesti moody.

Aku bangun dan berkira kira mahu ke dapur. Tiba tiba dia memegang tangan aku erat.

"Sayang, ma-"

"Awak penatkan?" aku tarik tangan aku perlahan dan menuju ke dapur.

[Skip]

Aku masuk ke dalam bilik dan berkira kira mahu memandikan Hanseok. Aku lihat Jin sedang bermain dengan Hanseok.

Sekarang, Jin lebih banyak menghabiskan masa dengan Hanseok. Maaf saya jealous.

Aku mendekatinya dan menghulurkan tangan. Tiba tiba dahi aku dikucup lama. Aku tergamam.

"Sayang, maaf. Saya tak sengaja" ujarnya perlahan. Aku hanya mengabaikan dan mengambil Hanseok. Tiba tiba dia menghalang pintu bilik air.

"Awak, tepilah. Saya nak mandikan Hanseok"

"Maaf awak.."

Aku menghela nafas perlahan. Aku harus faham juga. Dia penat. Dan aku kacau. Haih. Aku usap pipi dia lembut.

"Takpe, maaf. Saya kacau awak" aku tolak tubuh dia perlahan dan masuk ke dalam bilik air.

"Paa.." aku memuncungkan bibir. Mentang mentang lah baru lepas main dengan papa dia.

"No appa appa" usai membuka baju serta pampers, aku meletakkan dia di lantai. Perlahan lahan dia merangkak mendekati bath tub. Dia menepuk bath tub itu beberapa kali.

Aku angkat tubuhnya kedalam bath tub. Aku tutup lubang air dan mula nyalakan shower. Aku dudukkan dia di atas paha aku.

Tiba tiba aku rasa cecair panas mengalir di paha aku.

Yatohan dik.

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now