Aku memasukkan barang barang aku kedalam bagpack. Senyuman aku tak lekang dari bibir sejak Jin dah benarkan aku.
"Maa.. Paa.." Hanseok terkedek-kedek mendekati aku. Tangannya menunjukkan ke ruang tamu. Aku mengangkat Hanseok dan menuju ke ruang tamu.
"Lambat awak balik" aku melabuhkan punggung disebelahnya. Aku melonggarkan tali lehernya. Aku berkira kira mahu mengusap pipinya namun cepat cepat batalkan niat.
"Busy" balasnya singkat sambil menutup mata. Aku tersenyum nipis.
Tiba tiba kepala aku terasa berpinar. Aku memicit-micit perlahan. Jangan lah buat hal. Jin memandang aku.
"Awak okay?"
"O-okay, sikit je" aku memberikan Hanseok kepadany lalu bangun dan menuju ke bilik.
Aku rebahkan badan atas katil sambil memicit-micit kepala aku. Aku selubungkan badan aku dengan selimut. Sejuk.
Aku terdengar pintu dibuka dari luar. Aku mengendahkan nya dan menutup mata.
"Sayang?" aku rasa bahu aku ditepuk dari luar selimut. Aku hanya berdehem perlahan.
"Awak okay?"
"Sejuk.." kataku perlahan. Dia memasukan tangannya ke dalam selimut dan menyentuh dahi aku.
"Panas, awak demam ni" dia alihkan selimut pada tubuh aku. Aku merengkok kesejukan.
"Awak sejuklah.." aku cuba mengambil selimut dari tangannya. Dia menjatuhkan selimut ke lantai dan mengangkat aku bridal style. Aku peluk leher dia kuat.
Dia dudukkan aku di atas mangkuk tandas yang tertutup. Dia menanggalkan pakaian aku. Tolonglah, aku tak ada masa nak malu.
Aku dengar shower dibuka. Aku dibaringkan di dalam bath tub. Rasa selesa bila terkena air.
"Janganlah tengok" aku tutup mata aku. Hm sekarang malu itu menjelma. Nasib baiklah aku masih mengenakan bra dan panties.
"Apa salahnya? Saya dah tengok semua-"
"Kim Seokjin!" gatal betul dia ni. Aku ketap bibir geram. Dia ketawa kecil.
"Baiklah, kalau ada apa apa nanti jerit je tau" balasnya lalu mula beredar dari bilik air itu.
Aku hanya menutup mata dan membiarkan air menenggelamkan tubuh aku.
[Skip]
Jin pov
Aku letakkan Hanseok yang sudah terlena ke dalam baby cot. Aku jeling ke arah bilik air.
Rasanya dah dekat sejak aku tinggalkan dia dalam tu. Takkan tak sudah lagi? Aku menghampiri bilik air dan mengetuk perlahan.
"Sayang?" tiada sahutan. Aku menolak pintu bilik air itu. Tiada lagi kedengaran bunyi shower.
"Sayang, bangun" aku tepuk pipi dia perlahan. Panas. Dia membuka kelopak matanya sedikit kemudian menutup semula.
Aku angkat dia dan dudukkan di atas tandas yang tertutup. Aku ambil tuala kering dan mula lapkan badannya yang masih basah.
Setelah selesai pakaikan baju tidur, aku baringkan dan selimutkan dia yang masih menutup mata. Aku lirik ke arah jam dinding. Pukul 8 malam.
"Awak buat saya risau tau" Aku kucup dahinya singkat.
"Paa.." aku mendekati baby cot Hanseok. Dia sudah pun terjaga.
"Cuu.." dia memuncungkan bibir kecilnya. Comel. Walaupun dia dah tidur, kalau tak minum susu memang tak sah.
"Okay jom buat susu" aku angkat dia dan berlalu ke dapur.
Aku letakkan dia di lantai sementara aku membancuh susu nya. Dia mula berjalan ke ruang tamu.
Aku mencari nya di ruang tamu. Mana pulak dia pergi.
"Hanseok-ah!" tiada sahutan. Bayangan dia pun tak nampak. Aku melangkah ke bilik. Aku lihat Hanseok sedang menepuk nepuk Hani yang berselubung dengan selimut.
"Maa.." panggilnya. Aku angkat tubuhnya dan bawa ke ruang tamu.
"Omma sakit, taknak kacau nae?"
"Atit?" aku mengangguk. Dia mengambil botol sususnya dan menyumbatkan dalam mulutnya. Dia betulkan kedudukannya dan berbaring menghadap aku. Aku tepuk punggungnya perlahan.
Tbc
Haih, saya tahu pt3 menghampiri, tapi tangan saya gatal nak update. Aku minta maaf sekiranya ada salah atau pun terbatak:3 wish me luck. Bubye🐣💜
YOU ARE READING
History Teacher || K.S.J || (S2/S2)
De TodoHighest rangking : #9 in random Aku Min Hani. Aku, paling benci mata pelajaran Sejarah. Siapa yang suka weyh ha tell me. Sejarah tak penting pun an an. Buat apa nak tau kisah masa silam. Move on lah wey. Tapi guru sejarah aku sem au. Sem nak matey...