CHAPTER15:MISS YOU

593 62 1
                                    

Sudah 10 hari jimin tidak menghubungi jihyo. Jimin ingin menunjukkan bahawa dia kuat namun sebaliknya yang terjadi apabila jimin tidak mempunyai selera makan. Badannya sudah lemah. Sikap jimin pon berubah kepada seorang yang panas baran. Semua pekerja bawahan takut kepadanya.

Hari ini jimin hendak pergi ke pejabat namun hatinya menjadi berdebar-debar seperti ada sesuatu yang akan menimpanya. Namun jimin cepat-cepat menepis semua prasangka tersebut. Dia mencapai kot yang tersangkut elok di dalam almari..

Jimin masuk kedalam keretanya dan nenghidupkan enjin.. Dia berlalu pergi.. Disaat ini jimin memandu keretanya dengan agak laju kerana dia sudah lewat. Jimin tidak suka pergi lewat ke pejabat kerana dia seorang yang sangat pentingkan disiplin.

Jimin menunggu lampu yang sedang merah itu bertukar hijau. Selepas kira-kira satu minit dia pon memulakan perjalanan. Namun secara tiba-tiba sebuah kereta SUV menuju ke arahnya dengan laju sehingga jimin tidak sempat untuk mengelak..
"Pinnnnnn" kemudian pandangannya menjadi hitam..
Kepala serta badanya di seliputi oleh darah.. Selepas itu jimin terus di kejarkan ke hospital.

Jihyo pov

Aku yang sedang sibuk melayan pelanggan terhenti apabila telefon aku berbunyi. Aku menyuruh eunji mengambil alih tempat aku.

"Hello" kata jihyo pendek "hello ini cik song jihyo ke" tanya seseorang perempuan "ye saya bercakap. Awak siapa dan kenapa awak call saya" tanya jihyo. "Saya nurse yang bertugas di seoul hospital. Saya ingin memaklumkan bahawa teman lelaki cik sekarang sedang berada di hospital kerana terlibat dalam sebuah kemalangan jalan rayawaktu seakan-akan terhenti apabila aku mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan oleh nurse tersebut.. "Baik la saya datang sekarang". Kemudian aku terus berlari mencapai handbag dan kunci kereta aku..

Skip~

Aku terus berlari kearah kaunter pertanyaan. "Pesakit yang bernama park jimin ada dekat mana" tanya jihyo laju. "Dia sekarang tengah berada di bilik bedah di tingkat 3 cik" tanpa menangguhkan masa jihyo terus berlari kearah lif. Namun lif itu tidak terbuka aku pon pergi kearah tangga. Peluh sudah mula membasahi tubuh aku . Namun aku abaikan saja. Jimin lebih penting dari segalanya..

Setelah tiba aku pun pergi kearah bilik tersebut tapi aku tak boleh masuk kerana pembedahan sedang di jalankan. Air mata aku sudah mula membasahi pipi. Mata aku terpandang sebuah keluarga yang sedang menangis.. Aku mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang berdekatan. "Cik jihyo" tiba-tiba nama aku dipanggil. Aku mengangkat muka aku lalu berdiri. Tapi dengan tiba-tiba sahaja badan aku dipeluk oleh seorang wanita yang agak berusia.. "Ye saya song jihyo tapi puan siapa ya? " tanya aku seusai wanira itu melepaskan pelukan. "Saya omma jimin" aku terkejut buat sekian kalinya. "Macam mana puan kenal saya? " aku tidak pernah menemui omma jimin namun bagaiman dia boleh mengenali aku.. "Jimin selalu menceritakan soal jihyo pada ajumma.. Dia juga selalu menghantarkan gambar jihyo kepada ajumma. Tapi sejak dia balik dari jeju-do perangai dia berubah sangat dia jadi pemarah tambah pula perangai dia yang pendiam tu membuatkan keadaan dia lebih menakutkan. Ajumma sampai tak berani nak tegur dia." kata omma jimin sambil menangis.

Aku terpaku apabila ajumma menceritakan perkara itu kepada aku.. Air mata aku sudah keluar mencurah-curah. "Semua salah saya ajumma kalau saya percayakan kata-kata jimin semua ni tak kan berlaku. Kalau saya tak marahkan dia semua ni tak kan jadi. Saya yang bersalah ajumma" kata aku "tak jihyo ni bukan salah sapa-sapa pon. Jimin sendiri yang salah. Kalau la dia makan kalau la dia bersemangat semua ni tak kan jadi." kata ajumma sambil menangis. 'dia tak makan? Dia tak bersemangat? Semua ni salah aku. Aku yang buat dia macam ni" aku mula menyalahkan diti aku..


Setelah 3jam menunggu akhirnya seorang doktor keluar dati situ "macam mana keadaan anak saya doktor" tanya omma jimin. "Anak puan selamat tapi keadaan dia masih kritikal. Banyak luka-luka yang agak dalam. Sekarang anak puan akan dipindahkan ke bilik ICU" doktor itu terus berlalu.. Air mata aku sekali lagi jatuh bergugusan.

"Ajumma balik la dulu biar hyo je yang jaga kan jimin yaa.. Kalau ada apa-apa hyo call ajumma ya.. Hyo tahu ajumma penat. Balik lahh ye" pinta aku kepadanya. Aku kesian melihat muka ajumma yang kelihatan mengantuk. "Baik la hyo ajumma balik dulu. Nanti ajumma datang lagi ye. " kata ajumma kemudian dia memeluk tubuh aku dan berlalu pergi..

Aku masuk kedalam bilik jimin aku berasa sedih apabila melihat banyak wayar yang berselirat di atas badan jimin. "Maafkan hyo jimin. Ni semua salah hyo. Kalau hyo tak ego semua ni tak kan jadi. Kalau hyo percayakan jimin semua ni tak kan jadi." air mata aku sungguh mudah keluar. "Bangun la park jimin...hyo tunggu oppa ni" kata jihyo lagi.. "Hyo janji lepas ni semua akan kembali seperti sediakala. Hyo janji hyo akan jaga jimin. Hyo takkan maafkan diri hyo sendiri kalau apa-apa berlaku dekat awak.. I miss you park jimin. Saya dah maafkan awak. Sekarang giliran awak pula untuk maafkan saya walaupun saya tahu kesilapan saya sangat besar kerana tidak percayakan awak" aku mula teresak-esak.

Tbc~


FOREVER+ P.J.M ft. S.J.H [COMPLETED]Where stories live. Discover now