Vol II Remaja, CH1

6.8K 178 17
                                    

Previously on Chapter 30, Volume I of REMAJA

Hisha ketuk pintu bilik kuat-kuat. Kejadian minggu lepas kena tumbuk dengan Haikal memang buat dia sakit hati. Kalau dia dapat budak tu depan mata hari ni, memang lumat budak tu. Dia tunggu dari pagi tadi kat Dewan Makan, budak tu takde. Dia tunggu masa lunch pun. Check masa prep pun takde. Mana je la budak ni pergi. Hisha panas. Dia longgarkan tie dia kasar. Hisha ketuk lagi kuat-kuat. Tangan dia da gatal-gatal tak sabar nak tumbuk Haikal.

Pintu bilik perlahan-lahan terbuka. Adam gosok-gosok mata. Nampak sangat budak ni baru bangun tidur. "oh Hisha. Kenapa?"

"Haikal mana?" Tanya Hisha kasar.

"Haikal?" Adam pandang pelik.

"Ye la, siapa lagi. Aku carik dia dari pagi tadi. Da la tak pergi prep. Ponteng kelas. Dia buat banyak masalah hari ni. Aku nak bawak dia pergi bilik disiplin kejap." Hisha bagi alasan. Padahal dia nak tumbuk Haikal sampai budak tu pandai eja ampun.

"Haikal kan takde."

"Takde?" Hisha kerut dahi. "Dia pergi mana?"

"Kau tak tahu ke? Dia kan da pindah. Sebab tu la dia memang takde kat dalam kelas, kat dalam prep semua tu. Aku pun baru tahu bila aku balik malam tadi sebab barang kat tempat dia semua da kosong. Sebelum ni memang la kosong tapi sikit je. Aku tak expect dia nak pindah."

"Oh okay." Hisha terasa kosong. "Dia pindah mana sekolah mana?"

Adam gosok-gosok belakang kepala dia sebelum menguap. "Dia bukan setakat pindah sekolah, dia pindah negara terus." Mata budak tu da kuyu makin mengantuk. "Dia da tak balik Malaysia da. Terus duduk sana kot. Hari tu dia cakap bapak dia da selesaikan segala hal tanah, rumah kat negara yang dia nak pindah tu. Tapi tak tahu la pulak dia pergi negara mana. Dia tak bagitahu kau ke Hisha?"

Hisha geleng-geleng kepala. "Eh Adam, aku chow dulu la. Ada hal jap." Lepas tu terus Hisha belah dari situ. Dia turun tangga dengan pantas sambil jantung dia dup dap. Haikal da pindah?


Paan duduk kat padang tu. Dia lap peluh kejap guna lengan. Dia memicing pandang suatu arah. Takde pulak petang ni budak tu stalk aku. Da masuk empat hari dia rasa budak tu da tak stalk padang masa budak-budak main ragbi. Dia pulak rasa gelisah. Mana je la budak tu sorok? Dia pun da tak nampak Haikal kat Dewan Makan ataupun kat dalam bilik mandi ataupun masa prep petang.

Selalu dia akan perasan yang Haikal akan stalk dia dari kelas yang paling hampir dengan padang. Dia terasa nak tergelak je tetiba. Mesti Haikal rindu dia. Dia pun sejujurnya rindu pada Haikal. Budak lelaki tu selalu buat hidup dia ceria. Haikal. Bisik Paan perlahan.

Tetiba dia terasa nak ajak budak lelaki tu pergi pantai.

Lepas tu nak ajak budak lelaki tu pergi pasar malam. Tetiba terasa nak makan rangka ayam. Dia telan liur kesar. Mak aih, mengidam ke apa ni?

Nanti la, ajak budak lelaki tu.




"Kau apesal pusing sana, pusing sini." Tegur John dari meja belajar. Budak tu masih siapkan latihan biologi dia. "Tak dapat tidur ke?"

Hisha baring telentang. "Aah. Aku rasa aku macam kurang sesuatu la hari ni. Sebab tu kot tak dapat tidur. Aku asyik terpikir je apa yang kurang ni." Hisha gosok-gosok dahi. Ades, apasal tak dapat tidur ni?

"Sebab Haikal takde kot." Kata John perlahan.

Damn. Terasa macam ada benda hempap kepala dia. Dia da terbiasa tidur dengan Haikal. Dia da tahu kenapa dia tak boleh tidur. Dia da takde bantal peluk. Hisha mengeluh kuat. Ah mengarut la semua tu! Takde budak tu pun aku still boleh tidur. Terus dia menghadap dinding sambil peluk bantal erat. Oh mata. Tolonglah tutup. Tapi ye, dia mengaku, memang susah nak tidur da lepas tu.

Volume II RemajaWhere stories live. Discover now