- one

68 7 0
                                    

[HAEMI P.O.V]

"Oi gendutt~"

Aku menggulingkan anak mata dengan muka yang paling menyampah aku boleh buat. Aku berpaling ke belakang sambil betulkan tali beg galas aku. "Kau nak apa?"

"Nak masuk kelas ke?" Jooheon berlari ke arah aku. Dia sempat tied-in baju uniform sekolah ke dalam seluar bila ada seorang pengawas yang tunjuk aku-nampak-kau-tak-masukkan-baju.

Aku menjelingnya sambil terus berjalan ke kelas.

"Wey aku tanya ni." dia mengejar aku sambil menjerit gedik.

"Kau tak nampak ke? Aku tengah nak pergi pasar borong." aku makin melajukan langkah.

Dia menggaru-garu kepala. "Kenapa nak pergi pasar borong? Kau bukan nak masuk kelas ke?"

"Kau kalau aku cakap bodoh, marah. Tapi masalahnya kau memang bodoh! Dah nampak aku nak masuk kelas, boleh tanya soalan tadika itu pada aku." aku terus membelok masuk ke dalam kelas diikuti Jooheon.

Wait kenap-- Ouh dia satu kelas dengan aku.

Jooheon terus melencong ke tempat duduk dia. Aku letakkan beg dan keluar semula dari kelas untuk masuk kelas sebelah.

"Uitt Sara!" seorang pelajar kacukan Arab-Korea pandang aku sambil tersenyum.

Dia bangun dan terus berlari ke arah aku sambil mendepakan tangan. "Han Haemi!"

Aku tertawa kecil bila dia peluk aku erat sambil pura-pura menangis.

Aku terus ketuk kepala dia sambil tergelak kecil. Dia lepaskan pelukan dan pandang aku tajam.

"Tch over." dia mencebik.

"Kau seminggu tak datang. Fly mana?" dia menyilangkan tangan dan bersandar pada bingkai pintu.

"Aku fly shiiiuuuuuuu~~~~~ landing kat bulan." balas aku sambil tersengih-sengih.

Sara menepis angin sambil menjeling. "Sudahlah kau! Baik aku sambung belajar."

"Ye lah. Cikgu musang berjanggut pun tengah naik tangga tu. Merangkak lu."

Aku terus merangkak masuk kelas. Tengah sibuk aku merangkak di bawah meja untuk ke meja aku, ada satu biawak yang menghalang laluan aku. Pantas aku mendongak ke arahnya.

"Agak-agaklah nak jadi gila pun. Jangan nak viralkan dekat satu sekolah pulak."

Baru aku perasan, aku berhenti depan meja Minhyuk, ahli skuad biawak. Oh ini malang.

Aku tutup sebelah mata dan jelirkan lidah ke arah Minhyuk. "Diamlah biawak tak guna."

"Kau pun ahli skuad biawak. Sedar diri please."

"Class bangun!" satu kelas berdiri, aku terus jadi macam biawak kudung balik ke tempat duduk sebelah Hyungwon, my crush.

"Kau buat apa merangkak sana sini?" Hyungwon pandang aku seperti ada tahi cicak yang melekat pada dahi aku. Penuh dengan kepelikkan.

"Saja kutip sampah, buat kebajikan sikit." aku terus pandang cikgu di hadapan kelas sambil tersenyum.

Senyuman aku mati saat terlihat seseorang yang berdiri di sebelah Sir Ju ...... -On. Ya aku panggil dia Sir Ju-On. Come on, setiap pelajar ada gelaran untuk guru-guru yang mereka sayang, bukan?

Lelaki tu pandang aku lama sebelum dia pandang pelajar yang lain dengan senyuman yang melebar. Jika ada segumpal tahi biawak di sebelah aku, sudah tentu aku orang pertama yang akan melemparkan tahi itu tepat pada mukanya. Hipokrit sungguh.

"Selamat pagi, Sir Ju!" laung ketua kelas merangkap ketua skuad biawak, Shownu.

"Selamat pagi, Sir Ju.... -on." aku dan Hyungwon sambung dengan suku kata 'on' senyap-senyap.

"Okay duduk." satu kelas duduk.

Mata aku masih tertancap pada lelaki yang berdiri di sebelah Sir Ju-on tu. Aku tak kenal dia, tapi aku rasa.... Dia lain. Ada yang tak kena pada dia. Terutamanya pada senyumannya.

Bila mata aku dan lelaki itu bertembung, dia mengenyitkan matanya pada aku dan ia membuatkan aku tersentak. Aku menarik nafas lega, untung Hyungwon tak nampak.

Alamak!

Kihyun pula yang nampak.

Ini semua buntus!

"Hari ni ada pelajar baru yang akan join kelas kita." kata Sir Ju-on sambil tersenyum jahat. How taik he is. Okay sorry.

"Aku tau suatu hari nanti, drama klise ni akan tetap jadi." bisik aku perlahan.

"Annyeonghaseyo. Saya Im Changkyun. Panggil saya I.M. Saya baru pindah dari Gwangju. Selamat berkenalan." dia tunduk hormat kepada satu kelas.

"Okay kamu boleh duduk sebelah Jongin." kata Sir Ju-on sambil menunding ke arah tempat kosong di sebelah Jongin.

Aku cari Jongin. Aku lega bila dia angkat tangan jadi aku dapat cari dia dengan mudah. Dan barulah aku sedar, tempat kosong tu rupa-rupanya sebelah meja aku. Cuma laluan sahaja yang memisahkan meja aku dengan meja kosong itu.

"Not bad." bisik Hyungwon di sebelah aku. Dia pandang I.M sampailah I.M duduk di sebelah Jongin.

Aku terus menunding tajam jari telunjuk aku pada hidungnya. "Kau jangan kata yang kau mula jadi gay!" jari telunjuk aku menekan-nekan hidungnya sambil berkata dengan perlahan.

Hyungwon terus menunjal dahi aku untuk terus menjauhinya yang terasa rimas kerana aku menekan-nekan hidung mancungnya. "Aku rasa kau demam lah Haemi." dia menjeling aku dan kembali pandang kehadapan apabila Sir Ju-on mula menulis pada papan putih. Tak usah dikatakan, kami tahu kami maju.

Aku pandang I.M dan malangnya, eye contact terjadi. Nafas aku tertahan dan jari aku menguis di dalam laci meja. Jantung aku sangat laju sekarang.

Dia memandang aku dengan pandangan yang sangat dalam. Lalu, kepalanya disengetkan sedikit ke arah aku untuk mengelakkan sesiapa perasan yang dia betul-betul sedang memandang aku.. Tak, dia tenung aku. Aku jadi kekok dan aku dapat rasa yang pipi aku makin panas.

Buntus.

Aku blushing.

Buntus!

"Hai beautiful."

And then, he smiles at me.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now