Pedal minyak ditekan dengan lebih dalam lagi. Aku rasa aku dah sesat. Aku nak cari kedai ke Secret Recipe tapi apa yang ada dekat sekeliling aku ni semua kilang biskut, snek dan spare-part kereta.
Sedang mata aku meliar ke sekeliling, aku terpaku pada seorang lelaki yang sedang mengangkat barang gantian kereta. Peluh membasahi seluruh badannya sehingga dia kelihatan seperti mandi dan aku rasa amat bersalah pada lelaki tu.
Telefon Nokia 3310 dikeluarkan dari laci dashboard. Contact dibuka dan satu kenalan dipilih untuk dibuat panggilan. Aku menarik nafas lega apabila nombornya masih lagi aktif. Mata aku masih melekat pada lelaki itu bersama telefon yang dilekapkan di telinga.
Angkatlah..
Dan seperti yang aku harapkan. Lelaki tadi mengeluarkan telefon dari poket belakang seluarnya dengan dahi yang berkerut. Lelaki itu melekapkan telefon pada telinganya dan serentak dengan itu panggilan yang aku buat tadi diangkat.
'Yeobeoseyo?'
Aku hanya berdiam.
'Hello. Siapa ni?'
"Sorry. Wrong number."
Keypad yang dicetak ikon end ditekan dengan pantas.
Aku memakirkan kereta di bahu jalan yang hampir dengan lelaki tadi. Enjin dimatikan dan kunci kereta ditarik dari soketnya. Aku menarik nafas dalam dan menghembuskannya dengan perlahan. Aku harus berjumpa dengan lelaki ni. Aku perlu minta maaf padanya kerana melukai adiknya, Taehee, sehingga hidupnya tinggal sebatang kara.
Aku melangkah keluar dari kereta sambil terus memandang lelaki itu yang kembali keluar untuk mengangkat barang lain yang jauh lebih berat. Hati aku makin dipukul rasa bersalah dan sedih. Pintu kereta ditutup dan dilock.
Langkah aku diatur ke arah lelaki tadi dengan pantas diiringi dengan degupan jantung yang berdegup hebat.
Bertenang, I.M. Kau boleh lakukannya. Semestinya dia akan maafkan kau.
Aku berlari ke arahnya sambil melaung nama penuhnya.
"KIM TAEHYUNG!"
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .