- twenty eight

23 3 0
                                    

Tali beg yang berselimpang pada badan aku betulkan kepada posisi yang lebih selesa. Kali ini, aku tidak akan maafkannya jika dia hilang lagi.

Bagasi yang disenggol oleh orang yang lalu-lalang di ruang legar itu ditarik semula merapati aku. Sesekali aku mengerling jam pada dinding yang disediakan di lapangan terbang ini.

Mengapa dia terlalu lambat?

Adakah dia sengaja elakkan diri dari aku lagi? Apa aku mengganggu rutin hariannya? Dia ada janji temu dengan orang lain? Aku tak cantik ke hari ini?

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala dengan laju. Aku tak boleh terusan begini. Berubah Haemi berubah. Pesanan nenek kembali pada pendengaran aku.

"Ingat. Jangan menghukumnya selagi kamu tidak mendengar penjelasannya. Jangan bertindak mengikut pancaindera tapi bertindak mengikut akal dan hati kamu. Sentiasa beri ruang untuk dia beri penjelasan dan dengar penjelasannya. Jadi seorang yang memahami, Haemi."

Mata aku meliar ke sekeliling kawasan itu untuk mencari kereta yang aku nantikan sejak satu jam yang lepas. Aku mengeluh kerana aku terasa sangat lenguh akibat berdiri selama satu jam. Dan aku makin rasa menyampah saat perut aku turut berbunyi minta diisi. Baru beberapa langkah aku berjalan ke arah Dunkin' Donuts, aku kembali berpaling dan akhirnya aku mula tersenyum gembira apabila melihat kereta Honda yang bergerak menghampiri tempat aku berdiri. Aku patah balik ke tempat tadi bersama senyuman yang tidak pernah lekang, aku kenal akan kereta itu.

Tingkap kereta itu bertinted agak gelap jadi aku tidak melihat pemandunya. Ah tidak kisahlah. Yang penting, aku tahu kereta itu. Kereta itu terparkir di hadapan aku lalu cermin tingkapnya diturunkan.

"Maaf sebab lambat." dia tersengih.

Senyuman aku pudar saat aku melihat rambutnya yang berwarna hitam pekat.

Dia bukan I.M.

• • • • • • •

Sepanjang di dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang minat untuk memulakan apa-apa perbualan. Sungguh hati aku sedang dalam keadaan yang remuk. Memang ini cara yang dia akan gunakan untuk tunjukkan pada aku bahawa dia tidak menyukai aku? Tapi, apa salah aku? Dia mental!

Tali pinggang yang melilit pada badan aku genggam dengan rasa yang geram. Jika nanti dia ada, aku pasti akan membalingnya dengan batu.

"Haemi?"

Aku menjeling Changgyu melalui side mirror lalu mengangguk.

"Hmmm?"

Dia berdiam agak lama membuatkan aku jadi gelisah. Mata aku terkedip berkali-kali lalu jari-jemari aku lincah meramas tali pinggang di dada aku. Aku mengalah dalam pertandingan tanpa suara ini. Aku mendengus lalu memandang Changgyu di sebelah.

"Awak nak cakap apa ni, Changgyu?"

Tanpa aku perasan, Changgyu tidak lagi memandu dalam laluan menuju ke kawasan perumahan aku malah laju membelok ke kanan menyebabkan aku tersenget sedikit akibat hilang keseimbangan badan. Aku berdecit.

"Bawa slow sikit boleh tak?"

Changgyu menggaru kepala lalu mengangguk. Tekanan pada pedal minyak direndahkan dan kereta meluncur dengan perlahan. Terlalu perlahan. Aku memandang ke belakang untuk memastikan bahawa tiada kereta yang menunggu di belakang.

"Janganlah pandu terlalu lamba-- ergh!"

Aku mendengus saat tali pinggang yang melilit badan aku menyentak dada aku dengan kekunci automatiknya saat Changgyu menekan brek dengan mengejut. Aku bersumpah dengan nama biawak. Jika aku sudah lama kenal dengan lelaki ini, sudah pasti aku telah menumbuknya.

"Kita di taman." ujarnya.

"Ye. Saya tau." aku mengangguk walaupun aku baru perasan yang kami berada di tempat letak kereta sebuah taman di kawasan perumahan aku pada 0.9 detik yang lalu.

"Haemi--"

"Berhenti memanggil nama saya. Dari tadi awak panggil Haemi Haemi tanpa menyatakan niat awak memanggil saya. Sekarang cakap, apa dia?" aku duduk menyenget menghadapnya.

"Tolong jangan marahkan Changkyun."

Dahi aku berkerut.

"Haa?"

"Saya tau awak marah saat saya yang jemput awak di lapangan terbang tadi. Berdasarkan pipi dan ketapan bibir awak, saya tau awak marahkan Changkyun. Tapi percayalah, kalau dia sedar sekarang ni pasti dia yang menjemput awak tadi."

Aku terdiam dan air liur yang ditelan terasa begitu kelat sekali.

"Apa maksud awak 'jika dia sedar' ni?"

"Haemi. Changkyun tengah pengsan. Sekarang dia di hospital sakit jiwa."

Aku kehilangan kata.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now