- thirty four

15 2 0
                                    


Majlis graduasi. Hari ini aku berpenampilan yang lain dari sebelumnya. Kalau sebelum ini aku hanya mencuci uniform sekolah seminggu dua kali, semalam aku mencuci baju aku hampir tiga kali hanya untuk memastikan baju aku betul-betul wangi. Dan kalau sebelum ini, kasut putih aku dibiar tidak dibasuh sehingga menjadi kelabu, semalam aku melakukan tiga kaedah hanya untuk membasuh kasut. Aku menghantar ke dobi menggunakan duit tabung aku yang tak pernah bertambah. Yang kedua, aku membasuh kasut menggunakan tangan dan yang terakhir, aku memasukkan kasut ke dalam mesin basuh dan meletakkan separuh daripada plastik sabun basuh dan dua penutup pewangi. Syukurlah, semuanya berkesan.

Aku dipuji oleh skuad biawak bahawa aku nampak lebih kemas berbanding sebelum ini dan mereka juga sempat mengutuk betapa selekehnya aku sebelum ini. Biarlah mereka. Kot bewarna coklat cair senget dibetulkan sedikit lalu aku menepuk-nepuknya seolah ada habuk yang melekat padanya. Aku juga kerap membetulkan rambut aku yang disanggul kemas.

Aku agak hipokrit hari ini. Biarlah. Hari ini sahaja.

Tiba-tiba, Daniel melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman yang melebar. "Korang, majlis graduasi dah nak start dekat dewan tertutup. Jom!"

Aku memandang skuad biawak dengan dada yang berdebar. Hyungwon meraih tangan kanan aku lalu digenggam erat. "Goodluck!"

Aku tersenyum semangat lalu mengangguk dengan laju. "Kau pun!"

Maka, kami semua terus bergerak ke dewan tertutup bersama beg galas yang sememangnya sekadar hiasan dan kosong tanpa buku.

*****

"Haemi! Cikgu Dean suruh kita gerak pergi belakang dewan sekarang." panggil Minhyuk yang sudah berdiri di tepi dewan sambil menunjuk ke arah skuad biawak yang sudah beratur di belakang dewan.

Aku menunjukkan tapak tanganku padanya untuk menyuruhnya tunggu sebentar. Beg sandang aku diletakkan di atas kerusi yang aku duduk sebentar tadi. Anak rambut yang agak serabut aku betulkan untuk kali terakhir.

Aku berdiri dan bergerak ke arah Minhyuk yang mencebik ke arah aku. "Kau dah cantik dah tu. Lambat dah ini. Cepatlah."

"Iya iya sabarlah."

Aku beratur di belakang Jooheon manakala di belakang aku sepatutnya Changkyun. Ah sudah! Aku tak patut mengingatkannya sekarang. Aku perlu fokus ketika majlis graduasi aku.

Suara lantang pengacara majlis membuatkan sel-sel dan otot-otot badan aku menjadi cergas. Aku ukirkan senyuman manis aku lalu menarik nafas yang dalam.

"Seterusnya, pelajar Soo Haemi yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan dengan aktiviti sukan yang banyak diceburi, pembelajaran yang efiksien dan disiplin yang sangat baik. Dipersilakan pelajar untuk naik ke pentas menerima sijil tamat persekolahan."

Yang part last itu tipu, aku merangkak di bawah meja, conteng dinding tandas, merayap di sekitar sekolah. Itu disiplin yang sangat baik ke? Ceh, sempat lagi ya kau, Haemi. Tak reti bersyukur?

Aku melangkah naik ke pentas dengan berhati-hati. Dan aku tak mahu adegan-adegan klise yang sering berlaku kepada pelajar graduasi berlaku pada aku, seperti jatuh ketika menaiki tangga, terpelecok ketika berjalan. Aku tak mahu, TOLONGLAH! Ia akan menjadi kenangan yang paling memalukan pada majlis graduasi aku.

Aku tersenyum memandang kamera lalu pengetua sekolah yang menyampaikan sijil tamat persekolahan memeluk aku sambil berbisik. "Tahniah dan semoga berjaya pada masa akan datang."

Aku tersenyum gembira sambil membalas pelukannya. "Terima kasih, puan."

Aku melangkah turun dari pentas dan disambut oleh skuad biawak. Mereka terus berkejar ke arah aku lalu memeluk aku dengan gembira. Ucapan 'tahniah' dan 'congrats' diulang berkali-kali. Aku tergelak kecil.

"Ya ya korang pun tahniah." aku memejamkan mata dan membalas pelukan mereka. Aku pandang Hyungwon yang sedang tersenyum.

Pelukan dilepaskan lalu aku beranjak ke arah Hyungwon. Dia terus merangkul badan aku lalu wajahnya dibenamkan pada leher aku. "Tahniah."

Aku menepuk-nepuk belakang badannya dengan lembut. "You too. Congratulations." dia pantas leraikan rangkulan dan mencebik ke arah aku. "Mentang-mentang dah graduasi, speaking pula kau ya." kami tergelak bersama-sama.

"Esok date?" tanya Hyungwon sambil menghalakan penumbuknya pada aku.

Aku terdiam lalu menyengih padanya. "Kol!" aku turut menggengam penumbuk lalu menghentamnya pada penumbuknya.

Aku akan rindukan saat ini. Skuad biawak. Sekolah. Kenangan.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now