- seventeen

31 3 0
                                    

Aku membuka pintu slide yang memisahkan ruang tidur dan bilik mandi aku. Kekusutan berkaitan dengan kerja khusus yang perlu dihantar esok membuatkan diri aku dipenuhi dengan rasa frustasi yang meninggi. Sekeping envelope coklat yang diberikan oleh pengetua sewaktu di sekolah sebentar tadi aku campakkan kasar di atas katil.

Setelah beberapa minit aku termenung di dalam bilik air, aku membuat keputusan untuk berendam di dalam tab mandi terlebih dahulu. Pili air dibuka dengan kadar sederhana, kemudian, aku membuka segala pakaian yang membaluti tubuh aku.

Setelah memastikan air di dalam tab mandi ialah air yang suam, aku terus melangkah masuk ke dalam tab. Dengan perlahan-lahan aku membaringkan tubuh aku kebelakang membiarkan molekul-molekul air suam meresap ke dalam pori kulit aku. Menghasilkan satu kelegaan yang luar biasa.

Aku memejamkan mata sambil menggaritkan senyuman senang. "Leganya..."

Tiba-tiba, telefon aku yang terletak di sebelah sinki bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Oleh sebab aku terlalu selesa, mesej yang memasuki telefon aku biarkan sepi.

Hampir 5 mesej yang menembusi inbox dan kemudian ianya terhenti. Aku tersenyum lega saat tiada lagi pencemaran bunyi yang mengganggu ketenangan aku lagi.

Namun, semua itu tidak kekal lama.

Telefon aku berdering kerana ada panggilan yang masuk.

Aku abaikan.

Telefon berdering untuk kali kedua.

Abaikan lagi.

Berdering untuk kali ketiga.

"Ish!" aku mengeluh dan menepuk permukaan air yang memenuhi tab sehingga airnya terpercik mengenai hujung telefon aku yang terletak di tepi sinki. "Potong steam betul lah!"

Bathrobe yang berlipat di atas kepala aku capai dan sarungkan ke badan setelah aku selamat melompat keluar daripada tab.

Aku berdiri menghadap cermin sambil mata aku tajam menikam telefon aku. Dan aku merasakan bahawa telefon aku sudahpun bocor dek pandangan tajam aku yang menembusinya.

"Call lah lagi." aku menggumam lalu menggulingkan mata tanda menyampah. Bila dah ditunggu tak nak call pula. Kang aku sambung berendam dalam tab tu ada je nak berbunyi.

Aku baru berpaling untuk mencapai ubat gigi yang tergantung di tepi tab mandi, telefon aku kembali berdering untuk kali kelima. "Akhirnya." hujung bibir aku terangkat sedikit.

Aku mengelap tangan kanan yang basah di bathrobe yang tersarung lalu pantas menggamit telefon di tepi sinki. Ikon hijau ditekan lalu aku melekapkan telefon di telinga.

'Hello?'

"Ya, hello. Siapa ni?"

'Haemi?'

"Ya, saya. Siapa ni?"

'Ni Changgyu.'

Kening aku bertaut. "Ya, kenapa?"

'Awak buat apa sekarang?'

Aku tergelak kecil kerana pelik dengan soalan Changgyu yang dikira mempersoalkan waktu privasi aku. "Finish take a bath. Why?"

Aku mendengar dia menggumam di talian hujung sana. 'Changkyun.'

Senyuman aku mati. "Continue."

'Dia masuk hospital. Masuk hari ni, dah 4 hari.'

"Send location sekarang. Dekat whatsapp."

'Okay.'

Panggilan ditamatkan dan aku terus mandi dengan sepantas kilat yang mampu.

• • • • • • •

Aku melangkah masuk ke halaman rumah yang berjarak hampir 5 biji dari rumah aku. Nafas yang tercungap-cungap aku kawal dengan tenaga yang aku mampu.

Pintu utama rumah itu aku ketuk bertalu-talu sambil memanggil. "Heon! Heon! Aku ni Haemi! Buka pintu ni!"

Setelah ketukan aku hampir meruntuhkan rumah banglo dua tingkat ini, barulah pintu utama dibuka. Jooheon melangkah keluar sambil menggosok-gosok matanya.

"Apa?"

Aku mencapai tangan Jooheon yang lincah menggosok matanya. Wajah aku melakar reaksi serius. "Kau betul-betul kena tolong aku sekarang."

"H-huh?"

"Hantar aku pergi hospital."

Air mata aku mula bertakung.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now