- thirty eight

16 2 0
                                    


"Maaf tapi saya tak kenal awak."

Minhyuk tergamam lalu lekas melepaskan rangkulan yang mengikat mereka dengan teragak-agak. Dahinya berkerut menerima reaksi tidak seperti yang diharapkan. Segala pemikiran negatif dibuang jauh lalu dia menepis angin.

"Ayyy kau ni, I.M. senang sangat lupa mem--"

"Dan saya bukan I.M." lelaki itu memandang Minhyuk dengan ekspresi yang serius. "Oh ya. Pangkat saya tinggi jadi sila guna bahasa formal."

Minhyuk terus menyepi, terperangkap dalam kekeliruan hakiki. Dia menunduk lalu tergelak kecewa. Otaknya sedang ligat untuk berfikir secara logik dan positif walaupun hatinya bagai diremuk apabila merasakan betapa dirinya tidak mempunyai watak yang penting dalam hidup I.M sehingga lelaki ini lansung tidak cam akan dirinya.

Pelanduk dua serupa, barangkali.

"Maaf, saya emosional." Minhyuk menunduk maaf.

"Tak mengapa. Silakan duduk." lelaki itu tersenyum lalu duduk diikuti Minhyuk.

Wajah Minhyuk ditenung dengan agak lama. Dia menongkat sikunya di atas meja sambil mengaitkan jari kanan dan kirinya bersama. "Jadi, apa yang buatkan awak rasa saya patut ambil awak bekerja di sini?"

*****

Jarum jam sudah menginjak ke angka 12 lebih namun kelibat Changgyu masih belum muncul di sebalik pintu utama di ruang tamu itu. Selang beberapa saat, telefon rumag yang terletak di sebelah meja kopi menjerit minta diangkat panggilan yang menanti di hujung talian. Dengan langkah yang malas, dia bergerak ke arah telefon tersebut lalu gagangnya dilekapkan ke telinga sebelah kanan.

"Hello?"

"Changkyun, aku ini."

"Hish! Kau dekat mana? Sekarang dah pukul berapa? Bila kau nak balik? Apa kau ingat ini hotel? Kau--"

"Wowowo chill lah. Aku lambat lagi nak balik ni. Tiba-tiba tadi ada emergency dan aku terpaksa drive  pergi Daegu nak jumpa client dari US. PENTING. Tak boleh tunda, esok baru aku balik."

"Urgh lain kali bagitau tahun depan je."

"Alaa sorry lah beby bushuk mashemm."

"Kunyit haram jadah!"

"HAHAHA kau okey tak kalau duduk rumah sorang-sorang? Nak aku call makcik sebelah kasi kau tumpang rumah dia malam ni?"

"Jangan buat perangai bodoh kau tu. Aku okey."

"Ha baguslah. Tak ada lah aku nak semak kepala otak aku fikir pasal kau pula HOHOHO."

"Kwaja. Sudahlah kau. Aku nak tidur."

"Okey, night."

Talian diputuskan.

Televisyen yang menyiarkan cerita Moana dimatikan lalu dia menapak ke suis yang terletak di tepi tangga untuk mematikan lampu dan kipas yang terpasang sejak tengah hari tadi. Setelah memastikan semua peralatan elektronik di ruang tamu rumahnya mati, dia mendaki tangga ke biliknya.

Pintu biliknya dibiarkan terbuka sedikit untuk memastikan bahawa rumahnya baik-baik sahaja memandangkan tiada siapa di rumah. Sebuah novel hitam yang dijumpai di dalam bilik Changgyu dicapai lalu dia menghempaskan badannya di atas tilam dengan mata yang terpejam. Leganya.

'Ada apa di belakang pintu.'

Kalau diikutkan, bukan minatnya untuk membaca novel pada lewat malam begini lagi-lagi novel yang bergenre seram begini. Cuma bila teringatkan tentang betapa Changkyun menyesal kerana telah melanggan astro first yang menayangkan cerita Moana berulang kali dan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam periuk air panas untuk memasak ramen betul-betul membuatkan emosinya jadi tidak stabil. Ingin saja dia pecah-pecahkan periuk yang berisi air dan telah menenggelamkan telefonnya tetapi dibatalkan niatnya apabila menyedari tentang silapnya.

Changkyun sendiri yang memasak ramen sambil menonton Naruto di aplikasi Youtube. Lagipun matanya masih membulat segar. Sekurang-kurangnya, dia tidaklah bosan sangat jika membaca novel itu.

*****

Sangkaannya meleset bahawa dengan membaca novel hitam itu akan membuatkannya mengantuk dan dia akan lansung tertidur. Tetapi, manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukannya. Semuanya tidak diduga apabila dia terbaca sebuah kisah benar 'Lembaga Berbungkus'.

Kyungsoo memandang ke arah pintu biliknya yang terkuak sedikit akibat kucingnya yang ingin masuk sebentar tadi. Entah rasa apa yang datang, hatinya tergerak untuk menatap ruang di antara pintu itu, seolah-olah menanti sesuatu. Lampu biliknya terbuka jadi ruang di luar biliknya kelihatan betul-betul gelap. Jadi barangkali, dia tidak nampak apa yang berada di luar tetapi 'benda' yang berada di luar biliknya sedang ligat memerhatikan gerak-gerinya sedari tadi.

Mata Kyungsoo terbuntang saat pintu biliknya seperti ditendang dengan sangat kuat dari luar sehingga pintu tersebut terbuka luas dan menampakkan satu entiti berbalut kain putih yang berdiri di tengah-tengah pintu. Entiti itu memandangnya dengan mata yang merah dan kain yang membaluti tubuh entiti itu disaluti lumut melompat-lompat ke arahnya lalu..

PAAP!

Novel itu terus ditutup rapat dengan kuat apabila telinganya menangkap bunyi lompatan di luar biliknya. Mengapa? Mengapa saat-saat seperti ini Changkyun rasakan bahawa penulisan dan rangka cerita yang baru dibacanya tadi sedang menggambarkan keadaan sekarang apabila hati membentak dia untuk memandang ke arah pintu bilik yang terbuka.

Dengan kewarasan yang berbaki, Changkyun pantas menampar pipinya dengan kuat lalu menarik selimut yang berlipat di hujung kaki menyelubungi dirinya yang dikecilkan. Novel hitam tadi sudah selamat terbang ke atas meja kerjanya. Ketika itu, dia terdengar bunyi pintu biliknya terbuka.

Atas nama katak yang masuk dalam rumah petang tadi, aku takkan sentuh novel hitam itu lagi.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now