"Uwarghh!" aku mengeliatkan badan setelah melangkah turun dari kapal terbang. Walaupun memakan masa kurang dari setengah jam, badan aku tetap terasa sengal kerana aku berada di posisi yang sama semasa di dalam kapal terbang.
"Terima kasih kerana menaiki pesawat kami." seorang pramugari menunduk sambil tersenyum manis ke arah aku.
"Ya." aku menunduk sedikit ke arahnya sambil turut tersenyum.
Pada saat itu, aku rasa terpukau dengan pramugari tadi. Dia tetap tersenyum walaupun aku tahu dia kepenatan menguruskan penumpang kelas bisnes yang cerewet--di mana kebanyakannya berpangkat tinggi. Tak usah tipu, aku lihat semuanya. Dia lah pramugari yang diherdik dan ditengking kerana tersalah memberi minuman kepada seorang penumpang saat aku menuju ke tandas di ruangan yang memisahkan dek kelas bisnes dan kelas ekonomi. Mata aku tertancap pada tag yang dipin kemas pada bajunya.
Kim Sara
Perjalanan aku terhenti saat telefon dipegangan tangan aku mulai bergetar. Dan aku pelik saat nombor yang tertera adalah nombor yang aku tak kenali. Dan ia berstatus private.
Ia mengambil masa hampir 10 saat untuk aku menjawab panggilan tersebut sementara dalam kepala aku masih memikirkan tentang siapa yang menelefon aku.
"Hello?"
Aku memulakan bicara.
'Ya, hello.'
"Ini siapa?"
'Kau apa khabar, Haemi?'
Aku terasa janggal. Tapi aku seolah-olah kenal dengan suara ni tapi siapa ya?
"Kalau awak tak cakap awak ni siapa, saya matikan."
'Okay okay. Ni aku lah. I.M.'
Aku terdiam sepi kerana agak terkejut. Dia menelefon aku setelah meninggalkan aku begitu sahaja. Apa itu logik?
"Ada apa?"
'Kau di mana?'
"Dan awak di mana saat saya datang ke hospital untuk ambil awak?"
Aku terdengar dia mengeluh di hujung talian.
'Okay dengar. Aku salah. Maaf. Kau di mana sekarang? Jangan buat aku risau, Haemi.'
"Kenapa awak perlu risau pul--"
'Haemi. Tak kelakar.'
"Ada saya kata ia kelakar? Urgh saya di Busan."
'Apa?!'
Aku menjauhkan telefon dari telinga sambil berkerut apabila Changkyun menaikkan oktaf suaranya.
'Kau buat apa di Busan?'
"Saya nak tenangkan diri. Jangan risau, 3 hari sahaja."
'Tapi, kau sepatutnya beritahu aku lebih awa--'
"Bye!"
Aku terus menekan ikon end call tanpa dia sempat menghabiskan kata-katanya. Mengapa aku tak beritahunya konon. Sungguh tahi. Jadi, mengapa dia tak memberitahu yang dia akan pulang dari hospital dengan sendiri. Tak pasal-pasal aku sendiri yang perlu habiskan 25 biji coklat Ferrero Rosche dan ia telah menghancurkam diet aku selama 2 bulan. Lihat betapa tahinya dia? Dan dia masih ingin menggunakan alasan mengapa aku tak beritahunya aku ingin ke Busan? Oh tolonglah.
Sila bin ninggal.
"Haemi?" aku lantas berpaling ke belakang dan senyuman lebar ditempel di bibir aku. Aku sungguh gembira seolah-olah masalah tentang Changkyun hilang dari fikiran aku.
Oh, aku perlu memanggilnya I.M atau dia akan marah. Ada aku kisah?
Aku berlari ke empunya suara dengan tangan yang buka luas memberi ruang untuk memeluknya.
"Halmeoni!"
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .