Aku lega. Akhirnya aku sedar semua tu hanya mimpi. Semua tu hanyalah khayalan aku semata-mata. Semua tu tipu muslihat. Dan semua tu hanya imaginasi aku yang berlebihan. Aku lega yang aku tahu aku koma selama ni. Selama 1 bulan ni. Yang paling penting aku sedar. Cuma satu perkara yang nyata. Perkara yang Kyun katakan.
Aku penghidap bipolar disorder.
Penyakit ini, balasan untuk apa? Apa yang aku telah lakukan? Bukankah aku telah meminta maaf kepada Tuhan? Bukankah? Aku dah mendapat balasan yang setimpal. Dengan tragedi aku diro-- ahh lupakan.
"Kyun--"
"Aku bukan Kyun. Itu orang lain." ingatannya kembali pada Kyun.
"I.M, hyung balik dulu ya?"
"Hmmm."
Aku mendengar Changgyu mengeluh di belakang aku. Bunyi kerusi diseret kedengaran, kemudian barulah pintu slide ditutup menandakan Changgyu telahpun keluar.
Aku turut memejamkan mata tanda geram. Lengan diletakkan didahi. Aku kusut dengan segelintir masalah. Tapi, aku tak ingat masalah apa yang aku hadapi.
Dan, aku tertidur.
• • • • • • •
Aku tersedar dari lena saat ada objek lembut yang menyentuh lembut bibir aku. Aku membuka mata perlahan, gelap. Bermakna sekarang sudah malam. Mata aku dibuka luas lagi untuk melihat sesuatu yang menempel di bibir aku.
Mata aku membulat. Ciuman dirungkaikan lalu aku menolak badannya menjauhi aku. "Apa kau buat ni?"
Dia mengetap bibirnya dan menunduk. Seketika kemudian, dia menggeleng.
"Apa yang kau gelengkan, Haemi?" aku menggenggam bahunya lembut sambil mencari anak matanya yang sengaja disembunyikan.
"A-awak marah?"
"Untuk apa aku marah?"
"Sebab saya c-cium awak." dia makin menunduk.
"Tak marah. Aku suka." senyuman aku lakarkan. "Tapi..... kenapa?"
Dia tergelak kecil. "Kelakar bila kita tak menghargai bila orang tu ada di depan kita dan mula menangis bila orang tu mula menghilang."
"Kenapa ni?" aku memandangnya dengan kasih. Kepalanya aku usap perlahan sambil aku mula duduk dari pembaringan. "Kau okey?"
Dia pantas menggeleng kepalanya dengan laju. "Tak. Tak okey. Saya r-rindukan awak."
Aku tersenyum terdengarkan ayatnya. "Kenapa kau rindukan aku?"
"Sebab...... sebab saya cintakan awak?" matanya yang kemerahan bertembung dengan mata aku.
Senyuman aku menghilang. "Berhenti Haemi." tangan aku dibahunya melorot jatuh.
"H-huh?" keningnya bertaut."Hentikan perasaan cinta kau pada aku."
"Tapi, kenapa? Saya sukakan aw-"
"Kau hanya sukakan aku dan bukan sayangkan aku, Mi." aku memandangnya kelat.
"Nak tahu saya sayangkan awak atau sukakan awak? Nak tengok bukti sebenarnya?" badannya mula disengetkan kedepan seolah-olah mengarah aku untuk berbaring.
"Apa kau nak buat?"
Dia memandang mata aku dalam. "Just a simple thing."
Dan pada saat itu, bibirnya mendarat di atas bibir aku.
She kissed me.
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .