Sudah 3 hari aku pulang ke Seoul dan selama 3 hari ini, aku masih belum berjumpa dengan Changkyun. Berdasarkan keadaannya sahaja, aku sudah sebak inikan pula mahu berjumpa dengannya. Aplikasi Whatsapp ditekan untuk meminta perkembangan Changkyun daripada Changgyu.Heyhaemi;
Gyu?ICG;
Ye saya. Ada apa?Heyhaemi;
Changkyun?
Dia bagaimana?ICG;
Oh iya.
Maaf saya lupa 😅
[Video duration 2.14s]Heyhaemi;
Thanks Gyu.ICG;
Okay 👍Aku menghela nafas lega saat Changkyun tidak melakukan apa-apa aktiviti yang pelik kecuali bersandar pada kepala katilnya sambil memeluk kakinya. Sekejap sekejap dia menangis kemudian tertawa lalu dia terdiam. Ia lebih positif daripada semalam.
Semalam.... dia hampir terjun bangunan tingkat 20.
• • • • • • •
[CHANGKYUN P.O.V]
Aku membuka kelopak mata dengan perlahan saat cahaya mentari yang menerobos melalui kibaran-kibaran langsir tepat memanah mata aku. Aku duduk dari pembaringan. Aku memandang ke sekitar ruangan yang seluas hampir 500m persegi. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu luas. Tetapi, kemana semua pesakit pergi?
Selimut yang menutupi badan aku diselak lalu digumpalkan menjadi bulatan yang tidak kelihatan seperti bulatan. Gumpalan selimut tadi diletakkan di bawah bantal tempat aku tidur untuk menyembunyikan bahawa aku tidak melipat selimut. Bijak bukan? Mana ada orang gila sebijak aku.
Pintu wad ditolak dengan sedikit kuat. Seketika aku mencarut kerana pihak hospital tidak bertindak dengan menukar engsel pintu yang semakin berkarat. Setelah ditolak 3 kali, pintu masih tidak terbuka dan aku dapat menjangka bahawa ini bukan disebabkan engsel. Aku mengintai melalui celahan pintu wad ini dan aku dapat melihat sebatang besi tebal yang diletakkan secara sengaja melintang di bahagian luar pintu wad ini.
Sial! Aku dikurung.
• • • • • • •
"Tolonglah Haemi."
"Tak nak. Saya tak sanggup."
Genggaman Changyu pada lengan aku dieratkan. "Please. Sudah seminggu dia dikurung. Awak tak nak melawat dia ke?"
Aku terkaku. D-dia dikurung?
"Apa awak cakap? Dia dikurung?"
"Tak. Sebenarnya tak."
Kening aku terjongket sebelah. Mungkin terlalu pelik dengan percakapan Changgyu yang seperti ular ini. Berbelit.
"Explain."
"Okay begini. Pada waktu malam, dia selalu berpesan pada nurse di situ untuk meletakkan palang besi pada bahagian luar pintu untuk mengelakkannya keluar daripada bilik itu dan melakukan perkara-perkara yang pelik seperti kejadian terjun bangunan. Tapi, semua nurse di situ pelik. Termasuk dengan doktornya."
Changgyu berhenti seketika untuk meneguk secawan air bancuhan oren. Spoil.
"Pelik kenapa?"
"Iyalah. Sudah terang lagi bersuluh dengan lampu spotlight yang Changkyun minta palang diletakkan pada pintu itu. Tapi pada waktu siang, dia menjerit-jerit dan menuduh pihak hospital telah mengurungnya di dalam wad itu. Jeritannya berakhir ketika dia jatuh terduduk, menangis sambil menggumam."
Posisi duduk pada sofa yang mulai tenggelam aku perbetulkan dengan duduk pada sebelah lain yang tidak tenggelam. "Apa yang dia gumamkan?"
"Nama awak Haemi. Han Haemi. Berulang-ulang kali."
Hati aku seolah-olah dipukul dengan pendayung sampan saat mengetahui betapa pentingnya aku pada sisi Changkyun sehingga dia selalu memanggil aku. Betapa dia memerlukan aku sedangkan aku menolak mentah-mentah untuk melawatnya.
Berdosanya aku.
---
Hey heyyo. Aku tak check typo. Eyehh memang chapter yang sebelumnya pun aku malas nak check.
Aku jenis tak pandai nak promote fic tau. Jadi sebab tu lah sambutan boleh dikira sebagai hahahahahahambar. Jadi kepada readers yang baca ni, tolonglah promote dekat kawan-kawan korang ya. Lav yahh.
Oh hey. Aku ada berita gembira. Aku dah lepas PT3. YEAYYYYYY. DAN SETIAP YANG BAIK PASTI ADA BURUKNYA KAN? Soalan sains susah weyyy. Aku jadi hantuk kepala dekat meja sampai bergema dalam dewan. Orang sebelah pun berpeluh-peluh nak jawab. Ada yang menangis-nangis. Ktipuje.
So kepada yang dah lepas pt3 tu tahniah lah ye. Kita samesame. Tapi jangan acah merdeka sangat 😹 masih ada SPM STPM IJAZAH MASTER PHD SEGALA TU SEMUA yang menanti. Kepada habang-habang dan hakak-hakak yang bakal men'sit' ESPIYEM, GUDLAKK YE.
K aku masih tak boleh moveon pasal video Boom boom tam tam versi teruk dekat yt. Oh ya. Aku suggest korang tengok vid TAK TUN TUANG. happening punya.
Kk tu je.
Bye, xoxoxoxoxoxoxoxoxoxo ❤
Changkyun sekeluarga ;)))
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .