"Boleh saya tanya satu soalan?""Bayar dulu baru boleh tanya." jawab aku dengan mendatar.
-senyap.
Aku mengerling ke arah Minhyuk yang tidak membalas. Aku hampir tergelak saat melihat dia sedang memuncung sambil menyelak-nyelak proposal yang baru tadi selesai disemak oleh aku.
"Tak gentle okay lelaki nak merajuk lagi-lagi dengan muncung tu."
Dia tetap diam sambil menyelak helaian proposal dengan lebih keras. Aku jadi risau pula jika kertasnya koyak jadi Minhyuk perlu menulisnya semula dan oh tidak. Ini bermakna aku juga perlu menyemaknya lagi. Aku tak sanggup lagi-lagi Minhyuk banyak melakukan typo. Ia memenatkan kepala otak aku dan aku boleh jadi mental. Kau bayangkan saja. Perkataan 'membina' boleh menjadi 'membooi'. Aku jadi pening memikirkan perkataan yang sebetulnya.
"Sudahla tu. Jangan diselak kertas-kertas tu macam itu. Koyak nanti siapa susah?"
Dia mengeluh lalu meletakkan fail itu pada ribanya. "Saya tanya boss betul-betul. Jadi hilang mood saya."
"Yelah yelah. Awak nak tanya apa?"
Dia berjeda sebentar lalu memandang sekeliling bilik aku sebelum memandang ke arah aku dengan riak minta kakinya. "Boss kenal Im Changkyun?"
Aku jadinya terkedu dengan soalannya lalu dia menyambung.
"Iyalah. Muka boss sama gila dengan muka kawan saya masa sekolah menengah dulu tapi dia hilangkan diri. Lagipun saya jadi pelik. Nama boss pun Im Changgyu, dia adik-beradik dengan boss ke?" dan dia memandang aku dengan penuh sangsi sebelum seseorang mengetuk pintu bilik.
"Hyung, aku-" lelaki itu terhenti sebaik sahaja terpandang Minhyuk yang sememangnya sudah keras seperti batu.
Aku turut terkaku apabila lelaki itu menerjah masuk tanpa mengetuk pintu.
"C-changkyun."
*****
Keadaan di meja makan itu sepi. Dan Hyungwon yang berada di situ kelemasan dalam suasana yang sepi lagikan senyap. Bunyi-bunyi orang di sekeliling yang bergelak-tawa lansung tidak dapat menembusi fokusnya terhadap Sara yang menunduk sedari tadi.
"Awak."
"Hmmm."
"Makanlah."
"You pun. Kata lapar"
"Saya okay."
Dan keadaan kembali senyap. Sara lansung tidak mengangkay wajahnya menyebabkan Hyungwon rasa serba salah untuk mengutarakan apa-apa.
Saat Hyungwon menarik satu potongan pizza, Sara mendongak memandangnya sambil tersenyum payau. "You pun makanlah. Kata tadi lapar."
Hyungwon terasa seperti ada arus elektrik yang mengalir dalam badannya saat pandangannya bertaut dengan mata Sara yang sedikit sepet dari kebiasaan. Hatinya dipukul rasa bersalah saat melihat senyuman lembut Sara.
Dia mengeluh lalu potongan pizza tadi diletakkan ke atas pinggan seramik putih di hadapannya. Hyungwon menggenggam tangannya di bawah meja lalu mengetap bibirnya. Dia mencuba sedaya upaya untuk menghilangkan rasa serba salah dan kasihan ini. Bibirnya diketap, gementar.
"Apa yang you fikirkan? Beritahu i."
Hyungwon bernafas berat lalu bersuara. "Saya dah tukar panggilan 'i-you' jadi 'saya-awak'. Saya dah padam nombor telefon awak. Saya dah simpan semua album gambar kita dan letak dalam stor. Saya dah tak pakaikan seatbelt masa dalam kereta tadi. Saya tak pakai perfume yang awak hadiahkan masa birthday saya. Awak cantik, sangat cantik sampai saya rasa yang saya ni terlalu tak layak untuk awak. Tapi tolong dengarkan saya kali ini."
"Tentang apa?"
"Kim Sara, saya nak batalkan perkahwinan ini."
*****
Mata aku terasa pedih tatkala cahaya pada siling bilik menerjah kejam retina mata aku dan terus membuatkan kepala aku seperti dicucuk-cucuk dengan jarum. Setelah pasti yang mata aku sudah boleh menerima kuantiti cahaya di dalam bilik ini, aku cuba mengangkat kepala aku untuk melihat sekeliling.
"Urgh!" aku terbaring semula apabila terasa kesakitan yang menyengat di belakang kepala aku. Kesakitan yang betul-betul terasa memaksa aku menjerit untuk meminta bantuan. "Tolong!"
Selang beberapa saat, terdapat seorang doktor lelaki dan jururawat perempuan bergegas ke arah aku untuk memeriksa keadaan aku. Tunggu.
Ada doktor.
Ada jururawat.
Bau ubat.
Tahi, aku di hospital.
"Cik! Cik, okay?"
HAHAHAHA soalan bodoh apakah ini?
"Saya tak nak mencarut." aku menjeling jururawat itu lalu menekan-nekan kepala aku yang berdenyut dari tadi.
"Syukur awak dah sedar." doktor lelaki itu memandang aku sambil tersenyum ikhlas.
"Huh?" aku baru sedar jadi otak aku masih belum berfungsi dengan baik.
Doktor lelaki ini terus-terusan memeriksa keadaan aku dengan lebih teliti. Nadi aku stabil apa tidak. Jantung aku berdegup atau berdentum. Apa aku suka makan dobeokki. Apa perasaan aku sekarang. Aku sudah ada teman lelaki atau be-- okay stop.
Yang penting, doktor ini kacak.
Tak tak. Aku bukannya gatal, aku cuma rasa berminta untuk lihat lelaki ini yang suka tersenyum dan matanya membulat. Lebih-lebih lagi apabila dia sedang menukar pek air yang disalurkan ke dalam badan aku, bibirnya yang berwarna merah jambu itu juga kelihatan lembut. Telinganya yang agak capang itu buatkan aku ingin menggigitnya.
Tunggu, apa aku ini.
Ish.
Gatal betul kau ni Haemi!
"Cik, biar saya terangkan sesuatu. Awak dah koma selama dua bulan."
Dan buat seketika, semua rasa gatal aku terhadap doktor kacak ini hilang seperti tahi yang diflash di dalam mangkuk tandas.
"Doktor, saya tak rasa kaki saya."
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .