- forty seven

24 2 0
                                    


"Kau betul nak cari dia?"

Aku mengangguk sambil ligat menyapu jem kacang pada sekeping roti.

"Kau betul ini?"

"Iya."

"Serious? Kau betul-betul akan baik-baik saha--"

"Gyu."

"Y-ya."

"Kalau kau nak tolong aku, buat cara nak tolong. Aku masih hormat kau sebagai abang aku." aku berdiri dengan sekeping roti yang digigit di hujung bibir. "Aku nak keluar."

"Pergi mana?" wajah Changgyu yang dari tadi mengacau bijirin mempamerkan riak risaunya pada aku.

Aku mendengus keras sebelum menjawab. "Perlu ke kau tahu?"

*****

"Sayang!"

"Argh!" sebiji telur yang baru dikeluarkan dari peti ais pada pegangan aku terus pecah akibat aku menggengamnya dengan kuat. Oh ya, ia sakit.

"Oh my god! Honey, i'm so sorry!" dia pantas menarik beberapa helai tisu di atas meja makan di dapur lalu ditekapkan pada tapak tangan aku yang terdapat kesan terbelah dengan penuh berhati-hati.

Usai helaian tisu itu dilekapkan pada tapak tangan aku, dia pantas mencium lembut dahi aku. "Sorry, peach"

Oh lihatlah itu, bagaimana aku hendak memarahinya?

Aku tersenyum sambil menganggul dengan penuh kebudak-budakkan beserta rambut aku yang diikat kiri dan kanan olehnya sebentar tadi.

Dia tersenyum lega sebelum merangkul badan aku terus terperosok dalam pelukannya yang hangat. "Daging dalam peti sejuk dah nak habis kan? Jom pergi market?" penumbuknya diajukan pada aku.

Aku pandang mukanya dari sisi bawah kerana aku memang ditakdirkan untuk menjadi pendek, penumbuk aku dicantumkan dengan penumbuknya. "On!"

*****

"Yoongi! Dah lah tu, berapa banyak lagi makanan ringan yang awak nak ambil. Troli ni penuh dengan makanan ringan je tahu tak?"

Dia pandang aku yang tersengih. "Tak apalah. Kan saya yang bayar."

Aku menepuk dahi aku sambil menggelengkan kepala aku berkali-kali. Aku melepaskan pegangan pada troli lalu menuju ke bahagian coklat. Iyalah, kan Yoongi yang bayar.

"Hey! Sampai hati tinggalkan saaaa-- WOW banyaknya awak ambil coklat." matanya terpaku pada coklat di dalam pelukan aku.

Aku tersengih lalu menayangkan gigi ke arahnya. "Kan awak yang bayar." dan selepas itu, dia lansung tersenyum dengan rona pipinya yang memerah. Badannya di sandarkan pada sebuah tiang konkrit di dalam pasar itu lalu badannya melorot ke bawah menyebabkan dia terus terduduk sambil matanya terpaku pada satu arah.

Aku terkejut lalu pantas bergerak ke arahnya. "Yoongi, awak okey tak ni? Awak nak pitam ke?"

Dia menggeleng sambil terusan tersenyum tanpa memandang wajah aku.

"Habis, kenapa?"

Dia pandang aku bersama pipinya yang masih merah. "Saya tak kuat lah, honeycomb."

"Kenapa?"

Tangannya dilekapkan ke dada. "You're being shoooo adorable tadi. How can i'm not falling?"

Aku tergelak lalu menepuk bahunya kuat. "Buat saya cuak je."

"Haemi, what do you love?"

"I love chocolate." aku pandangnya wajahnya dengan tertanya-tanya. Belum sempat aku bertanya, dia pantas menjawab.

"But i love you more."

Aku terdiam sambil mata aku tidak berkelip memandangnya bersama senyum yang ditahan. "S-saya dah lupa nak cakap apa."

Dia tergelak lalu bibirnya menempel pantas pada bibir aku. "Revenge!"

Kemudian, dia terus berlari membawa troli tadi dalam arah yang tidak tentu hala dan hampir sahaja melanggar tempat akuarium ikan akibat hilang kawalan kerana lantai yang licin.

Aku jadinya makin sayang dengan lelaki ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now