Aku mengerdipkan mata berkali-kali kerana sakit disimbah cahaya putih yang terang. Aku menggosok mata aku berkali-kali. Tapi baru aku sedar, tangan aku sedang terikat.
Aku memandang sekeliling. Kosong. Putih. Tulus.
Aku mendongak, memandang langit yang turut putih bersih. Seolah-olah dilitupi berjuta-juta awan. Sehingga warna kebiruan langit mula hilang dari pandangan.
Aku memandang tangan aku yang diikat menggunakan tali yang diperbuat daripada kulit lembu. Mata aku dipejam.
"Tolonglah lepaskan ikatan ni." aku kembali membuka mata.
Aku keliru. Aku buntu. Tangan aku tidak diikat dan lansung tiada bekas sedangkan aku pasti, tadi ikatan tali pada tangan aku sangat kuat. Kerusi tempat aku duduk tadi berubah menjadi debu merah-merah kehitaman.
Aku melangkah ke hadapan. Tapi, aku tak rasa aku sedang berjalan. Aku memandang ke lantai. Memandang kaki aku yang sedang berdiri di atas eskulator. Mata aku membulat.
Ini mustahil.
Kini aku berada di tingkat 2 sebuah shopping mall. Kosong.
Aku masuk ke sebuah kedai kasut jenama Vans. Sepasang kasut aku ambil dan sarungkan ke kaki. Aku melangkah keluar dari kedai.
"Bawa aku pergi dari sini."
Dengan serta-merta sekeliling menjadi hitam dan kelam. Kaki aku yang sedang menjejak lantai kini jatuh ke pelosok bawah lohong hitam.
"Aku dimana?"
Aku menutup mata dan menekup telinga kiri dan kanan aku.
"Kau terperangkap dalam permainan sendiri." satu suara bergema di ruangan hitam kelam ini.
"Siapa kau?!" aku menjerit lantang.
Kedebuk.
Aku jatuh terduduk mencium lantai yang bewarna merah darah.
Aku menggaru kasar rambut aku dan melilau ke sekeliling. Apa yang aku nampak, aku dikelilingi dengan 10 sel penjara yang disusun dalam bentuk bulatan.
"Apa salah aku?"
Satu tangan muncul dari dalam satu sel penjara mencapai kaki aku.
"Kau tipu diri kau sendiri." suara tu muncul lagi.
"Tak!"
"Ya."
Aku menggeleng laju.
Tangan tadi mencapai kaki kiri aku yang melunjur ke arahnya. Badan aku ditarik sedikit.
Air mata aku mengalir laju. Jangan bawa aku pergi.Badan aku terus tertiarap ke lantai cuba untuk memaut sesuatu daripada ditarik ke dalam sel penjara tadi. Tapi, aku baru sedar. Tiada tali atau kerusi yang ada di lantai ruangan itu. Aku memejam mata rapat.
"Kau milik aku!"
Saat itu, kaki aku ditarik laju ke dalam penjara yang gelap tadi. Mata aku ditutup lagi. Dan aku dapat rasa, kepala aku terhantuk pada sesuatu yang tajam.
Apa yang aku tahu, sejurus itu aku pengsan.
• • • • • • •
Bunyi air yang melimpah membuatkan aku tersedar. Mata aku berbintang-bintang kerana pening. Bahagian kepala yang terasa panas dan pedih aku sentuh perlahan. Kemudian, tangan itu dibawa ke hadapan muka aku. Blood.
"Changkyun~"
Aku pantas memandang ke dalam tab mandi yang agak besar di sebelah kanan. Aku yakin, ada suara yang memanggil aku dari dalam tab mandi yang melimpahkan air bewarna ungu. Aku mengesot ke arah tab itu kerana kaki aku keras.
Aku sedang berdiri. Aku memandang kaki aku. Ini sungguh mustahil. Baru tadi kaki aku sedang mengeras dan aku mengesot untuk ke tab mandi ini. Tapi sekarang. Aku sedang berdiri malahan di dalam tab mandi. Aku melangkah keluar dari tab itu.
"Ini bukan caranya."
Aku melangkah ke hujung tab mandi dan berdiri membelakanginya. Apa yang aku perlu buat sekarang hanyalah...
Jatuhkan badan aku kebelakang.
1
2
3
Kedebush
Mata aku terbuka, dan kini aku sedang tenggelam di dalam laut. Aku menjadi terkapai-kapai kerana aku resah. Walaupun ini lautan, tiada seekor ikan pun di dalam ini.
Aku menjerit.
Aku sedar tindakan aku bodoh setelah aku mendapati aku telah melepaskan kesemua oksigen yang aku ada. Aku lemas. Mata aku terbuka dan aku menyedut air masin. Aku perlukan udara. Tanpa udara, aku akan mati. Jika aku mati, Haemi akan kesepian. Aku harus hidup.
Aku perlu hidup.
Tuhan! Jangan halang aku! Aku mahu hidup!
Tuhan! Aku tidak perlu bantuan kau. Aku perlu hidup!
Aku berenang naik ke permukaan dan pada saat itu, aku mula melihat ikan-ikan berenang di sekeliling aku. Ikan yang pelik. Ikan yang mempunyai kaki dan mempunyai sayap. Ikan yang tiada mata dan ekor. Aku endahkan. Aku tetap berenang naik ke permukaan sehinggalah kepala aku tidak lagi ditenggelami air.
Aku memandang langit dan terlihat sekumpulan burung camar terbang. Aku menghembus nafas lega.
Tiba-tiba satu deruman enjin yang meletup kedengaran di langit. Aku mendongak kembali. Sebuah jet pejuang tentera Amerika Syarikat meletup di langit. Suasana menjadi merah dan burung-burung camar tadi terbakar. Aku ketakutan kerana serpihan jet pejuang akan terhempas di laut dan terarah kepada aku.
Dalam sekelip mata, aku ditindih serpihan kaca yang besar lalu aku kembali tenggelam ke dalam laut dalam keadaan yang separuh sedar.
Tuhan, maafkan aku.
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .