[CHANGKYUN P.O.V]Aku dah tak kisah tentang apa-apa yang jadi sekarang ni. Malah, aku rasa lega sebab aku dah tak macam dulu dan tahap kewarasan aku juga dah mencapai ke tahap yang stabil. Aku betul-betul lega mengetahuinya.
Tapi, hari ini lain. Tiba-tiba terpampang di skrin telefon aku bahawa aku pernah set tarikh untuk sesuatu peristiwa dan aku makin pelik apabila aku menaip sedikit nota pada alarm tersebut.
The day where i met you is the best day that i should keep in my memories.
To lovly SHM.
Aku terpana. Apa maksud SHM? Siapa yang aku jumpa. Aku mengeluh panjang lalu terus meletakkan telefon di atas meja kopi untuk menghilangkan rasa kusut yang tiba-tiba hadir.
Remote control ditekan berkali-kali untuk mencari saluran yang boleh menarik perhatian aku malangnya, abang aku agak kedekut jadi dia hanya membeli ASTRO Njoi. Sejenis cawangan yang membekalkan 30 saluran asas sebagai percuma dan dibayar seumur hidup sekali. Akhirnya, aku hanya menonton berita yang sedang bersiaran lansung.
Pandangan aku hampir-hampir menembusi kaca televisyen saat aku perasan yang aku tidak fokus menonton berita malah info tentang gadis terjun ke sungai Han tidak sedikit pun mampu mengembalikan aku ke alam sedar. Kadang-kadang aku jadi pelik juga. Adakah aku menghadapi kemurungan? Aku ada terbaca sebuah artikel di satu laman web yang tertulis bahawa sikap sering termenung merupakan salah satu faktor kemurungan. Jadi, aku sedang sedaya upaya untuk menyibukkan diri aku jadi masa aku akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Dan Changgyu seolah-olah minta dipijak apabila dia sekeras-kerasnya menghalang aku untuk keluar rumah.
"Soo Haemi, gadis yang dipercayai lemas di dalam Sungai Han setelah terjun dari jambatan setinggi 70 meter telah ditemui pagi tadi dan dimasukkan ke dalam wad ICU. Mangsa disyaki koma." Suara pembaca berita membuatkan aku rasa terpukul. Aku tergamam dan aku seperti pernah mendengar nama itu. Malangnya saat aku memandang ke arah kaca televisyen, berita tadi telah bertukar ke segmen sukan. Aku mengeluh hampa.
Telefon dicapai lalu aku menekan satu contact dan dilekapkan ke telinga.
"Hello?"
Aku bernafas lega saat panggilan diangkat dengan laju. "Oh hey hello Changgyu. Aku nak tanya sesuatu ni."
"Ya, apa dia?"
"Ermm kau... kenal tak orang yang nama Soo Haemi?"
Tutt.. Tutt..
Aku menjongketkan kening saat panggilan terus terputus dan aku hampir mencarut akibat terpandang aku notis yang menunjukkan bahawa kredit aku tinggal RM 0.02.
Mood aku jadi hilang. Jaket dipakai lalu aku menuju ke 7eleven. Buat masa ini, aku perlukan top up.
*****
Minhyuk melangkah masuk ke dalam pejabat itu apabila seorang kerani memberi arahan bahawa giliran dia pula untuk menjalani sesi interview.
Fail-fail yang terletak di bangku sebelah di kutip lalu disusun dalam pelukannya. Rambutnya yang tersisir tegak setelah dicalit sedikit Pomade bewarna coklat gelap ditekan-tekan sedikit untuk memastikan yang rambutnya masih kemas. Beberapa kali dia menarik nafas dan dihembus berkali-kali untuk menghilangkan rasa gementarnya. Langkahnya diatur berpandukan arah yang ditunjukkan menuju ke bilik CEO G.Y Properties. Pintu kaca yang kabur itu perhati lama sebelum diketuk sebanyak tiga kali.
Selang beberapa saat, satu suara menyahut dari dalam. "Come in!"
Minhyuk masuk dengan wajah yang tenang sambil tersenyum ringkas. Matanya mencari wajah CEO yang tersembunyi disebalik skrin komputer yang agak besar dan yang terlihat hanyalah lengan CEO itu sahaja.
Lelaki di sebalik skrin komputer itu berdehem sebelum bersuara. "Introduce yourself."
Minhyuk memperkemaskan posisi dirinya agar kelihatan lebih dedikasi.
"Saya Lee Minhyuk. Berumur 22 tahun."
"Baiklah, Minhyuk. Silakan duduk." serentak CEO itu duduk tegak untuk memandang calon staf barunya.
Minhyuk terpana lalu dia tersenyum pilu. "Yah Im Changkyun!"
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .