- three

45 6 0
                                    

[HAEMI P.O.V]

"JANGAN JADI BODOH!" bunyi loker pintu terhempas mengejutkan aku. Niat aku untuk ambil buku Bahasa Korea tertinggal terbantut. Aku menjenguk ke dalam lorong loker.

"T-tapi saya s-suka dekat awak. Since awak baru sampai sini--"

I.M menepuk kuat loker di sebelah perempuan tadi. Aku kenal budak perempuan tu. Jun Aeri, kelas kedua. "Aku kata jangan jadi bodoh." bisik I.M dekat telinga Aemi. Disebabkan telinga aku ni telinga biawak, jadi aku dapat dengar walaupun diorang berbisik.

"T-tapi say--"

"Blah!" I.M mengeraskan suaranya sambil memandang Aeri dengan tajam. Aku makin rasa ingin tau.

Aeri lap air mata dia dengan hujung lengan bajunya. Dia terus lari jauh dari I.M. Di pertengahan jalan, Aeri terhenti. Aku nampak dia pandang ke arah I.M lama. "Awak kejam." Aeri terus berlari keluar dari kawasan loker.

"Bitch." I.M menutup lokernya selepas mengeluarkan sejambak bunga ros putih dan coklat cadbury. Barang-barang tadi terus terbang ke dalam tong sampah tanpa teragak-agak.

Membazirnya.

Aku baru nak melangkah keluar dari tempat persembunyian aku untuk pergi ke arah I.M tapi tangan aku dicapai seseorang. Aku berpaling ke belakang dengan mata yang terbeliak. Comfirm hodoh.

"Kau buat apa ni?" Hyungwon menarik aku yang sedang membongkok untuk berdiri semula.

"T-tak aku tadi..." kata-kata aku terhenti bila aku berpaling ke arah loker tempat I.M berdiri tadi. Dia dah tak ada dekat situ. Mana dia pergi. Aku termenung seketika sebelum Hyungwon memetik jarinya di hadapan muka aku.

"Kau kenapa ni Mi?" kening Hyungwon terangkat memandang aku. Aku memandang ke kawasan loker dan Hyungwon bergilir-gilir. Aku menggeleng perlahan.

"Tak ada apa-apa."

"Really?" bahu aku digenggam lembut.

"Ya. Seriously."

Hyungwon mengangguk. Tangannya mencapai pergelangan tangan aku.

"Dah jom balik kelas."

• • • • •

"Aeri!" laung aku. Langkah Aeri yang laju kini semakin perlahan. Dia memberi pandangan ya-nak-apa?

Bukan nak bangga tapi aku rasa, aku ada kuasa untuk baca fikiran orang. Ceh. Jangan jadi poyo.

Aku berhenti di sebelah Aeri yang turut berhenti. "Saya nak tanya sikit, tapi sambil jalan. Boleh?"

Dia mengangguk.

Dia membetulkan pegangan buku di tangannya. "Awak nak tanya apa?"

Aku menggaru kepala perlahan. Rasa bersalah pun ada. Nak tanya ke tak? Tapi alang-alang dah mandi, baik terjun parit terus. Kan?

"Tadi... Kenapa awak ermmm... Gaduh dengan si uhhhh... Chang- i mean I.M?"

Langkah Aeri terhenti. Mata aku terlalu fokus perhatikan Aeri sampai aku boleh nampak ade peluh dingin yang keluar melalui celah rambutnya.

"Sebab dia-- eh errr umm a-abang saya dah sampai. S-saya balik dulu." Aeri terus berpaling dari aku dan keluar dari sekolah.

Aku rasa pelik dengan Aeri yang tiba-tiba lari jadi aku pandang kiri, kanan, depan, belakan-- oh god. Patutlah.

Aku nampak I.M bersandar dekat pokok mangga yang lebih kurang 7 meter dari aku. Aku kaku, terdiam. Aku buka mulut untuk cakap sesuatu tapi bila sedar yang aku nampak macam orang bodoh sebab tak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut aku, aku tutup semula mulut yang kerbau pun boleh masuk.

Aku baru nak pusing belakang nak keluar pagar tapi pergerakan aku terhenti bila ada satu suara yang tegur aku. "Han Mirae."

"Y-ya?"

"Good afternoon."

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now