- thirty one

20 4 0
                                    


Changkyun menolak aku dengan kasar. "Hentikannya."

Aku memandangnya dengan pelik. Entah apa yang bertandang di fikiran aku, aku terasa yang kutub emosinya betul-betul sedang bertukar arah. Langkah aku dipersiapsedikan untuk berlari ke arah loceng di tepi pintu masuk sekiranya Changkyun hilang kawalan.

Aku memandang tepat ke matanya. Matanya yang tadi kuyu mula membulat serta urat-uratnya yang memberi efeksi atas perasaan apa yang aku sendiri tidak pasti timbul menjadi warna merah. Telinga dan hidungnya turut merah. Aku pasti tentang suatu perkara. Dia tak akan menangis.

"Apa yang ada dalam fikiran awak?"

Bibirnya bergetar lalu tangannya mengepal penumbuk. Seketika kemudian, tangannya menumbuk dinding di sebelahnya menyebabkan satu bunyi yang bergema terhasil dan bahu aku sedikit terhinjut. Aku meneliti bekas tumbukan Changkyun yang mengakibatkan cat pada dinding itu merekah dan ada sedikit darinya telah terjatuh ke lantai. Oh Tuhan. Rasa sakit apa yang mendorongnya menjadi kuat sebegini.

"Salah kau."

Dia berjalan ke arah aku. Aku tak mampu bergerak kerana terlalu takut sehingga aku terpaksa melutut dan merangkak menjauhinya.

"A-awak.. hentikannya."

Bibirnya tersenyum menyeringai. "Nak tahu satu rahsia?"

Aku terus berdiam menanti ayat yang seterusnya namun pergerakannya terhenti. "Benda ini paling bullshit bila kau tak jawab pertanyaan aku dan aku sangat bencikannya. "

Aku tersentak lalu terus mengangguk laju. "N-nak tahu."

"Kan bagus jika begitu." matanya semakin dikecilkan memandang aku. "Lupakan tentang rahsia tadi. Kau terlihat sungguh cantik hari ini." tangannya mengelus rambut tepi aku yang terjuntai lalu diselitkan ke belakang cuping telinga. "Dan aku tak puas hati dengan perubahan kecantikan kau saat sudah hampir 2 minggu kau hidup tanpa aku. Apa hidup kau sangat bahagia tanpa aku?" jari-jemarinya terus menerus bermain dengan juntaian rambut aku yang tidak dapat dikaup untuk diikat.

Aku terdiam lalu pantas menidakkannya. "Awak salah. Saya tak ada lelaki lain selain awak. Mengapa perlu berkata seolah-olah saya curang? Saya... cintakan awak."

Dia mengangkat bahu lalu membelakangi aku. "Oh, baguslah begitu."

Aku terasa seperti terbaring di atas taburan serpihan kaca. Itu sahaja? Setelah dia berkata dengan nada menuduh aku curang terhadapnya, itu sahaja yang dia mampu balas. Setelah hampir seminggu aku tidak berjumpa dengannya, ini yang aku peroleh? Layanan sebegini? Dia minta aku menciumnya lalu dia marah-marah aku. Mempersoalkan kesetiaan aku. Dia fikir dia siapa?

"Sudahlah." aku merapikan rambut lalu mula melangkah untuk pergi.

"Kau mahu pergi?" soalnya tanpa berpaling ke arah aku. Iya, teruskan pandang ke luar tingkap itu. Pemandangan itu jauh lebih cantik dari aku, bukan? Tak guna.

"Iya. Untuk apa saya di sini tapi awak menghabiskan masa memandang ke luar tingkap. Apa yang awak cari? Perempuan yang jauh lebih canti--"

"Kau akan tinggalkan aku lagi. Jangan nafikan. Aku tahu. Kau akan tinggalkan aku sebab kau tak mahu ada teman lelaki yang menghidap bipolar. Dan aku pula, umpama lelaki deseprate kerana menganggap kau teman wanita aku. Walaupun kita tiada apa-apa hubungan." Dia mengeluh dengan nafas yang berat. "Pergilah, Haemi. Jangan datang semula." dan akhirnya dia memandang aku sambil melakarkan satu senyuman yang pahit.

Aku menggeleng. "Tak nak."

"Pergi sebelum aku ubah fikiran dan kau akan menyesal."

Dia melangkah ke arah aku lalu menarik kepala aku merapatinya. Bibirnya mencium dahi aku lama lalu dia memeluk aku kejap.

"Selamat tinggal, sayang."

Dia terus melangkah ke arah meja tepi yang menempatkan satu gelas kaca lalu menghempaskannya ke lantai.

"Tekan loceng itu cepat." nafasnya mula tersekat dan matanya mula berkaca. "Dan katakan pada mereka.... aku sudah gila." air matanya terus jatuh dengan laju.

Tanpa aku sedar, aku terus menekan loceng tadi dan Changkyun sekali lagi menghempaskan pinggan ke lantai. Doktor masuk dengan terburu-buru bersama tiga orang jururawat dengan ubat bius di tangan mereka. Changkyun menjadi hilang kawalan dan itu menyebabkan doktor tadi terus menyuntik ubat bius ke lengannya.

Mata Changkyun terarah ke aku sebelum badannya rebah menyentuh lantai wad dan tidak sedarkan diri.

Doktor tadi menerpa ke arah aku. "Cik, apa yang jadi tadi?"

Bibir aku bergetar hebat dan tangan aku turut menggigil. Aku memandang ke arah tubuh Changkyun yang sedang dipapah oleh dua orang jururawat lelaki untuk dibaringkan ke atas katil kemudian aku memandang ke arah doktor. "Pesakit..... hilang kawalan. S-saya rasa dia dah gila."

Hati aku terus hancur.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now