[NO ONE P.O.V]
Changkyun bangun dari pembaringannya sambil menekan sisi kepalanya yang terasa berdenyut. Dia pelik, kepalanya dibalut kain.
Changkyun mengecilkan sedikit matanya untuk melihat di sekitarnya. Dia berada di sebuah bilik. Sebuah bilik yang tak seperti bilik tapi kelihatan seperti kolam. Ataupun katil yang dikelilingi kolam?
Dia mencari pintu bilik ini. Tiada. Jadi, bagaimana dia masuk ke dalam bilik ini? Dan bukan ke tadi dia baru tenggelam di dalam laut? Apa semua ni? Dia di mana? Changkyun berganjak ke tepi tilam bulat itu. Kakinya dilunjurkan keluar dari lingkungan tilam. Dia cuba berdiri tetapi kakinya tidak mengikut arahan.Dia memandang ke arah kaki kanannya yang terasa keras. Berbungkus. Haa baguslah tu, Changkyun. Bagus.
Sekarang dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang ni? Dia nak keluar tapi cuba fikir. Macam mana nak keluar dari tempat ni kalau tiada sebarang pintu? Changkyun menunduk dan menggaru kepalanya dengan kasar. Silap hari bulan, mau botak dia dibuatnya.
"Kau dah sedar?"
Dengan pantas Changkyun mengangkat kepalanya memandang pemilik suara. Changkyun tak berkutik, kaku. Kalau sebentar tadi dia pelik bagaimana tiada pintu di bilik ini, sekarang dia pelik. Bagaimana lelaki ini masuk tanpa melalui pintu?
"Suara kau hilang?"
Changkyun menggeleng.
"Kau boleh bercakap?"
Changkyun mengangguk.
"Jadi, bercakap."
-senyap.
Lelaki di hadapannya terkekeh saat Changkyun masih diam tanpa mengalihkan pandangan darinya.
"Kau tak kenal aku?"
Seketika kemudian, Changkyun terfikirkan sesuatu. Wajah lelaki di hadapannya sama seperti, orang yang rapat dengannya.
"Macam.....kenal." kening Changkyun bertaut lalu menonjolkan kerutan di dahinya.
"Kau tak kenal wajah ni?"
Changkyun masih terdiam."Kau betul-betul tak ingat siapa pemilik wajah ni?"
Dahi Changkyun semakin berkerut manakala matanya masih setia melekat pada wajah lelaki di hadapannya.
"Oh Tuhan." lelaki di hadapannya tergelak sambil memegang perutnya. "Bagaimana kau boleh tak kenal dengan wajah kau sendiri?" hujung bibir lelaki itu terangkat sedikit.
Mata Changkyun membulat penuh. Terkejut.
Ini hanya mimpi. Tolonglah.
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .