- twelve

42 4 0
                                    

"Aku merayu. Cuba cintakan aku." aku melutut di hadapannya. Perlahan-lahan, dia menapak selangkah demi selangkah ke belakang.

"T-tak boleh." dia memandang aku sambil menggeleng laju.

"Tapi, aku betul-betul sayangkan ka-"

"Tak boleh, Changkyun."

Aku terdiam dan mula mengeluh kasar. "I told you not to calling me that."

"Cukuplah. Sampai bila awak nak kena hidup dalam masa silam? Kenapa nak kena simpan dendam dekat diorang? Dendam yang tak berpenghujung walaupun awak dah bunuh diorang. Sampai bila? Changkyun, sampai bila? Sampai bil--"

Aku menghentak meja batu dengan tangan aku yang dikepal. Kepala aku yang tertunduk mula naik memandangnya. Mata aku berair. Ya, aku menangis. "Fuck off."

Aku memandang sekeliling. Tiada sesiapa di taman lalu aku memandang tasik yang tenang. Rambut aku disisip ke belakang dan aku menggigit bibir bawah.

"Chang--"

"Sini kau." aku bangun lalu menarik tangannya pergi dengan lebih dekat di tebing tasik.

"Nak buat apa ni?" soalnya dia.

"Shhhh senyap." jari telunjuk aku diletakkan ke bibirnya. Kepalanya aku pegang. Dahinya aku cium sejenak.

"Kalau kau tak boleh cintakan aku, bagi aku peluang untuk rasa cinta walaupun hanya pura-pura. Please." lafaz aku perlahan di telinganya.

Tak lama kemudian, dia mengangguk sambil tersenyum hambar. "Saranghae." ucapnya sayu.

Aku mengetap bibir dan menutup mata. "Nado."

Aku memandangnya dengan tajam. "Close your eyes."

"H-huh? Untuk ap-"

"Sung Nayeon." dia mengeluh dan menutup matanya.

Aku terus mengangkatnya dengan cara bridel style. Dia terkejut dan terus berpaut pada leher aku. Dia memandang aku dengan mata yang membulat. "Apa ni?!" suaranya meningkat satu oktaf.

"What did I said?" dia menggulingkan mata dan menutup matanya kembali. Riak wajahnya bertukar tenang. Biarlah dia tenang untuk kali terakhir ni.

Kasut Nike Air-max yang tersarung elok di kaki aku buka dengan pantas. Aku memandang Nayeon sekilas. Aku menarik nafas dan terus melangkah masuk ke dalam tasik tanpa kasut tapi bersarung stokin hitam ungu.

Aku berjalan sampailah air tasik betul-betul berada di paras pinggang aku. Nayeon membuka matanya saat air tasik mengenai belakang tubuhnya. Dia terus menggelabah apabila menyedari dia berada dia pertengahan tasik.

"A-awak nak buat a-apa ni?" dia mula menggigil.

Aku tidak memandangnya. Sakit hati.

"Awak~!" dia menggoncangkan badan aku. Dukungan aku pada badannya kian mengendur menyebabkan badannya semakin tenggelam dengan air tasik.

"S-saya tak pandai berenang." aku dapat dengar suaranya yang semakin bergetar.

Aku tersenyum senget. "Itulah yang aku nak dengar."

"I-I.M." matanya makin berkaca tapi aku abaikan.

"Kalau kau tak boleh cintakan aku, maknanya hati kau tak layak untuk cintakan mana-mana lelaki sekalipun." perlahan-lahan aku menurunkan badannya tenggelam ke dalam air. Senyuman aku makin disengetkan.

Matanya makin membulat. Dia memandang aku sambil menggeleng laju. "No! No no no no no no!"

Aku mengangguk. "Pernah dengar? Orang kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Tapi apakata..... ermmm kali ni kita tukar buaya tu jadi ular."

Air matanya mengalir makin deras. "Jebal. Help me."

Aku mencium dahinya sekali lagi. "Goodnight, princess." dengan itu, aku terus menekan kepalanya ke dalam tasik. Aku menolak badannya yang terkapar-kapar semakin ke tengah tasik. Setelah pasti bahawa kakinya tidak dapat menjejak permukaan tanah di dalam tasik, aku berlalu keluar dari tasik.

"Chang.......to.......long...... Arghhh!!!!...." aku hanya memekakkan telinga apabila Nayeon meraung meminta tolong. Aku berlalu ke guni di dalam semak berdekatan tasik.

Guni itu digoncang seketika. Tali ikatan guni dibuka lalu guni itu dicampak ke arah Nayeon yang sedang lemas di tengah tasik.

Aku hanya memerhati sambil tersenyum senang. Puas hati. Aku dapat lihat, ular kapak tadi mula melingkar di lengan Nayeon dan akhirnya, mematuk biji mata Nayeon dan mematuk ke lehernya. Aku menepuk tangan saat Nayeon mula tenggelam ke dalam tasik beserta ular kapak tadi. Show dah tamat.

May you have the sweetest dream ever, baby.

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now