Aku terus berlalu pergi sebaik sahaja Hyungwon meminta aku mendengar penjelasannya terlebih dahulu. Aku yakin dengan cara aku dengar penjelasannya pasti akan menambahkan lagi sakit yang aku rasa bahkan, aku bakal diminta untuk doakan dan terima hubungannya dan Sara. Kini aku hilang.... semuanya.Aku hilang Changkyun, orang aku sayang. Aku hilang Sara walaupun dia tidak menganggap yang dia kehilangan aku. Aku kehilangan Hyungwon, lelaki yang aku berpaut setelah aku jatuh. Haha aku baru sedar.
Mungkin aku terlalu jahat untuk mereka jadi sebab itu aku kehilangan mereka. Aku terlalu kerdil dalam menghargai orang sekeliling sebab itu Tuhan menarik mereka pergi dari hidup aku.
Kini aku sedar tentang semua. Aku rasa bersyukur kerana aku masih belum terlambat untuk menyedari semua ini.
Tembok penghadang jambatan yang merentasi Sungai Han aku panjat. Beg selimpang aku dijatuhkan ke atas kaki lima. Aku berdiri tegak di atas tembok itu sambil mendepakan tangan dengan mata yang terpejam. Bunyi hon kereta yang lalu kerana terkejut akan tindakan aku yang boleh dikategorikan kepada gila.
Aku tersenyum. "Terima kasih, Tuhan." Aku merebahkan badan aku ke depan lalu jatuh menjunam ke dalam sungai.
Aku ingin tenang.
*****
Changgyu rasa bersyukur. Pemergian Haemi sedikit sebanyak dapat membantu proses pemulihan Changkyun. Dan Changkyun yang sekarang, tidak seperti dahulu. Doktor yang merawatnya turut berpuas hati dengan reaksi yang diberikan oleh Changkyun. Penyakit bipolar Changkyun juga semakin hilang dari mengganggu emosinya.
Changgyu betul-betul bersyukur dan kini, dia mula rasa bersalah kerana terus-terusan mendesak Haemi untuk meninggalkan Changkyun. Entah apalah yang dia sedang lakukan sekarang.
Telefon pintar di poket seluarnya ditarik lalu dia melog masuk ke dalam akaun Instagramnya. Satu demi satu post dilihat sekali lalu sehinggalah ada satu gambar yang dikongsikan oleh akaun korean.news berjaya menarik perhatiannya dengan caption.
Petang tadi, seorang gadis mengambil tindakan berisiko dengan terjun daripada jambatan yang merentasi Sungai Han. Pihak penyelamat sedang giat melakukan usaha pencarian gadis tersebut yang dipercayai lemas. Terima kasih.
Sebetulnya, bukan caption itu yang menarik minat Changgyu tetapi gambar gadis tersebut yang ditangkap oleh cctv yang berhampiran. Saat diteliti dengan lebih dekat baru Changgyu sedar akan sesuatu.
Tidak pernah dijangka otaknya malah imaginasinya sehingga gadis ini sanggup melakukan tindakan drastik ini yang turut mengancam nyawanya. Dia betul-betul tergamam.
*****
Changkyun duduk di meja yang terletak betul-betul di tepi tingkap kafe itu. Setelah memesan menu, dia terus menongkat dagunya memandang ke luar. Matanya ligat memerhatikan sekeliling sehingga tidak sedar akan pelayan yang membawa pesanan.
"Encik?"
Changkyun pantas berdiri tegak. "I-iya. Maaf."
Pelayan itu mengangguk lalu tersenyum tenang. Secawan Ice americano beserta sepotong kek lobak merah dihidangkan dengan penuh berhati-hati lalu pelayan itu pergi selepas melakukan tugasannya.
Changkyun mengeluh hiba. Entah apa yang bersarang dalam fikirannya sehingga kadang-kadang dia terasa ingin menangis cuma kurang pasti akan sebabnya. Dia juga turut rasa seperti ditinggalkan cuma dia pelik. Siapa yang meninggalkannya?
"Perasaan aku je kut." bibirnya perlahan menyisip cawan yang berisi Ice Americano lalu mencuit sedikit kek lobak merah tadi tanpa niat untuk dimasukkan ke dalam mulutnya.
Changkyun meletakkan garfu pada pegangannya di sisi piring. Masih berteka-teki dengan hatinya sendiri yang sedang dilanda badai. Kadang-kadang satu senyuman tergaris elok tanpa dia sedar apabila ada pasangan kekasih yang lalu.
Dia mengeluh. "Ingatan apa yang aku lupa?"
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .