- thirty nine

17 3 0
                                    


[CHANGKYUN P.O.V]

Aku tersedar dari tidur yang dipaksa sambil otak aku ligat memproses kejadian malam tadi dalam keadaan kekal berselubung. Cuma satu sahaja. Jika aku dianugerahkan seekor jin dan diberikan peluang untuk satu permintaan, aku cuma mahu padamkan kejadian malam tadi bahawa aku terlalu takut hingga hampir terkencing.

Aku menarik sedikit selimut sehingga paras mata untuk menjenguk persekitaran bilik sama ada stabil apa tidak. Dan mata aku terpandang meja kerja yang agak jauh dari aku dan novel hitam semalam tiada di atasnya.

Izinkan aku mencarut.

Tahi.

Shit punya tahi!

Jangan begini. Pagi ini aku perlu melaporkan diri ke pejabat. Tolong jangan ganggu ketenangan hidup aku.

DANG!!

Pintu bilik terhempas kuat ke dinding akibat ditendang dari luar membuat aku rasa hampir pengsan.

"Argh babi!"

Dan aku makin rasa tidak puas hati tentang mengapa Dato' Sri Alif Syukri perlu berduet bersama sajat sedangkan banyak artis perempuan yang lebih top, famous, gojes-- hentikan.

Aku cuma rasa dihina kerana semua makhluk suka membuat aku rasa ingin terkencing!

"Hahahahaha sengal." satu suara garau yang berada di pintu bilik mengejutkan aku. "Aku cuma... Wah! Tak sangka yang kau sepenakut ini."

Lelaki berkot putih dan seluar biru laut itu menghampiri aku bersama novel hitam di celah kepitan lengan kirinya. Lalu dia tersenyum mengejek.

"Dasar hyung-babi-park!"

*****

Doktor yang berambut coklat hazelnut itu menghampiri salah satu kakitangannya yang sedang bersembang di kaunter pertanyaan.

"Emm... Gyushin." jururawat wanita itu pantas menoleh lalu menunduk ke arah ketua bahagiannya.

"Ya, Dr. Park?"

"Saya perlukan pertolongan awak ni, Shin."

Jururawat itu mengangguk faham lalu menjongketkan keningnya. "Tentang apa? Banyak?"

Doktor itu tersenyum lembut. "Iya. Banyak sangat."
*****

[HYUNGWON P.O.V]

Hari ini adalah pertengahan bulan Disember.

Hari ini adalah hari jadi nenek jiran aku.

Hari ini hari Sabtu.

Hari ini 16 hari bulan Disember.

Hari ini perjumpaan skuad biawak.

Ia hampir dua tahun. Tempoh itu cukup lama bagi mereka untuk memikirkan tarikh perjumpaan yang seterusnya setelah dua tahun tidak berjumpa? Mengapa hari ini? Di saat aku merancang untuk menghadiri perlawanan besbol untuk melihat group Cheerleader melompat-lompat dengan skirt pendek mereka dan ugh! Aku sakit hati. 

Dasar bontot berkurap bagi siapa yang menyarankan tarikh hari ini. Lagipun, aku terasa sedikit kekok bersama mereka. Iyalah. Cuba kau bayangkan, dua tahun aku tak berjumpa mereka. Dan sekarang, mereka menghubungi aku untuk mengadakan perjumpaan seperti dulu di mana aku tak ingat bagaimana. Aku bukan tak ingat lansung cuma you know. Tidak secara detail lah.

Sedikit bersyukur untuk perjumpaan kali ini. Jika dulu, akibat kami hanya budak sekolah menengah dan tidak mempunyai duit, bajet untuk membuat perjumpaan hanya cukup untuk makan dan bukan untuk menyewa sesuatu tempat. Jadi, pada waktu dulu perjumpaan diadakan di kafe McDonald's, gerai cendol belakang rumah senior Chanyeol, dan di bawah pokok taman belakang sekolah. Dan semuanya hanya untuk bercakap tentang perkara yang bodoh serba tahi.

Dan kali ini, semuanya berubah 360°.

Kami bukan lagi budak sekolah dan masing-masing sudah berduit dan berjaya. Jadi tempat perjumpaan kali ini disewa oleh Kihyun di Forest City Hotel di tengah-tengah bandar Seoul. Kami juga sudah meningkat ke umur 21 tahun dan fikiran kami sudah matang. Maka, perjumpaan kali ini mempunyai topik yang betul-betul masuk akal.

Ada aura hitam yang menyelubungi bilik ini. Ada suatu perkara yang betul-betul aneh terjadi. Jika aku beritahu, kau jangan terkejut ya? Skuad biawak ini hanya menyepi tanpa menjamah makanan di hadapan mereka.

Wow! Terkejut bukan?

Baru aku mahu membuka mulut, Jooheon terlebih dahulu menyergah kami.

"Guys."

Aku memandang wajah ahli skuad biawak yang muram satu persatu lalu aku mengeluh apabila Jooheon kembali berdiam dan tidak jadi untuk bercakap.

"Look. Aku tahu kau orang semua sedih dengan apa yang jadi tapi iyalah. Aku pun sedih. Tapi bukan ini yang patut kita lakukan sekarang. Duduk dalam bilik kedap bunyi ini tanpa suara, lansung tak makan Chicken Chop ini walaupun aku betul-betul digoda nafsu makan, tidak berbuat apa melainkan terus dengan emosi kau orang. Apa kau ingat ini yang Haemi perlukan sekarang?"

Mereka memandang aku dengan wajah yang penuh tahi lagikan pucat. "Jangan tenung aku dengan ekspresi itu. Aku rasa mahu tumbuk kau semua pula." Lalu aku menjeling mereka.

"Jadi, kau nak kitorang buat apa?" soal Minhyuk yang sedari tadi tunduk.

"Harap duit je banyak tapi macam tak ada otak!" Aku menepuk kuat dahi aku lalu mendengus. "Pergi melawat dia lah, bodoh!"

---

Guys, aku tengah bercadang nak move on ni tapi setiap kali aku scroll Facebook, Twitter, Chapter Wattpad, Youtube dan Wechat. Aku jadi berbelah-bahagi bila terlihat foto Jonghyun. Aku hargai bagi Shawols di KL yang berkumpul dekat dengan Masjid Jamek untuk beri penghormatan terakhir bagi Jonghyun cuma, tidak kah ia melebih? Kau lihat? Ramai rakyat Malaysia yang kecewa bila anak muda sibuk meratapi artis korea berbanding rakyat palestin dan syria terkorban. Itu apa yang aku kumpulkan dari 'mereka-mereka' ini. Aku faham yang kau orang sayang sangat pada Mendiang Jonghyun ini, aku juga, tapi cukup sekadar kau doakan yang baik-baik dan tidak melebih. Jika yang bukan Islam, aku tak kisah sangat tapi banyak yang Islam. Ini hakikat dan kitaran kehidupan.

" Yang hidup pasti akan mati. "

Jadi, atas alasan apa untuk terlalu sedih. Dia pergi atas kehendak dia dan aku juga terkejut. Kita cuma perlu terima yang dia tak ke mana-mana tetapi kembali kepada pencipta manusia.

Moga dia tenang, itu sahaja.

Riyana ❤

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now