[CHANGGYU P.O.V]
"I.M. I.M bangun, pergi sekolah."
-senyap.
Eh? Mana dia ni?
Tombol pintu dipulas kemudian kepalanya dijengukkan ke dalam bilik. Bunyi air pancut yang berasal dari bilik air sedikit-sebanyak melegakan hati aku.
"Mandi cepat sikit." aku terus melangkah keluar dari bilik I.M. Pintu biliknya aku sengaja biarkan terbuka.
Langkah diatur ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
• • • • • • •
Dua pinggan diletakkan di atas meja makan di tengah ruang dapur. Aku kembali ke dapur. Semangkuk Spaghetti Carbonarra beserta jag yang dipenuhi air oren disusun rapi di atas meja makan. Aku tersenyum bangga. Hari ni birthday I.M, jadi aku cadang nak buat surprise. Dah lama dia tak sambut birthday dia sejak omma dengan appa meninggal.
Oh ya, cakap pasal I.M takkan lah dia tak siap lagi. Jam ODM putih susu dipergelangan tangan kiri dikerling. 7:08 pagi.
Seriously, Im Changkyun?
Aku mendaki anak tangga ke tingkat atas. Aku berhenti di depan bilik I.M yang pintunya masih terbuka bermaksud I.M belum keluar bilik air sejak 20 minit tadi.
Tanpa menunggu masa, aku terus menerjah masuk ke dalam bilik air di mana bunyi air pancut masih galak kedengaran. Mata aku membuntang. I.M yang basah kuyup pengsan di lantai bilik air.
Telefon di poket belakang aku tarik keluar dan nombor ambulans aku dail.
'Hello. 9** ada apa-apa yang boleh saya bantu?'
'Adik saya. D-dia pengsan.'
'Bertenang, encik. Kami perlukan alamat encik dan kami akan hantar bantuan dengan segera.'
• • • • • • •
"Kenapa dengan adik saya, doktor?"
Doktor itu meletakkan pen yang sebentar tadi dilarikan di atas sehelai Borang Pesakit. "Boleh saya tahu. Pesakit ada apa-apa masalah mental?"
Aku mengangguk. "Ada, doktor."
Doktor itu turut mengangguk. "What kind of?"
"Past-Traumatic Stress Disorder."
"Lagi?"
Kening aku hampir bertaut. "Apa maksud doktor dengan 'lagi'?"
Doktor itu menunduk dan mengeluh. "Begini. Dengan keputusan mental yang telah kami jalankan, adik encik tak menghidapi penyakit Past-Traumatic Stress Disorder."
"Tapi, saya ada dokumen yang sahkan adik saya hidapi masalah PTSD, doktor."
Doktor itu tersenyum. "Memang adik encik hidapi PTSD tapi penyakit tu dah pun sembuh. Tapi maafkan saya." Doktor itu memandang aku kemudian mengeluh. "Adik encik menghidapi Bipolar Disorder semenjak umurnya meningkat ke 13 tahun."
Aku tergamam.
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .