"Kau okey?" bahu aku ditepuk perlahan. Aku tersenyum kelat ke arah Baekhyun. "Okey." balas aku pendek.
"Tapi, kenapa aku rasa kau tak okey?" Baekyun mencengkam bahu aku dengan lebih kuat. Aku mendecit marah.
Baekhyun di sebelah kiri aku kerling sekejap. "Perasaan kau je tu. Aku okey."
Baekhyun terdiam sekejap. "Changkyu--"
"Stop calling me that."
Dia mengeluh. "Fine. I.M."
"Apa?"
"Kau.... mimpikan peristiwa ngeri tu lagi kan?" kepalanya disenget menghadap aku. "Kan?" soalnya lagi.
Aku mengeluh dengan lebih keras. "Haah."
• • • • • • •
[HAEMI P.O.V]
Aku mengetuk-ngetuk meja menggunakan pen di meja. Tangan kiri menongkat kepala aku yang disengetkan.
Aku tak tau apa yang aku patut fikir sekarang dan aku sendiri tak tau apa yang aku rasa sekarang ni. Kenapa semuanya mengelirukan? Yeah life is complicated. Aku mengeluh. Kepala aku dibaringkan ke meja sambil memerhati Hyungwon di sebelah yang sedang melukis anime. Hati aku rasa berbelah bahagi. Kenapa sekarang? Aku memejamkan mata rapat.
"Haemi."
"Ya, saya." aku berpaling ke arahnya.
"Aku ermm nak cakap sikit."
Aku mengangguk sambil melihatnya duduk di atas bangku di luar makmal sains.
"Jangan jadi patung. Duduk sini." dia menepuk ruang di bangku sebelahnya. Aku melangkah dengan teragak-agak ke arahnya.
"A-apa dia?"
Tiba-tiba, dia menggenggam tangan aku dan diletakkan ke atas kakinya. Dia memandang aku dengan senyuman yang kelat. Aku terdiam sambil memerhatikan wajahnya.
Baru aku perasan, terdapat segaris parut nipis di pipinya. Matanya sembap, hidung dan pipinya merah. Oh, telinga dia turut kelihatan merah.
"Tolong aku."
Aku terpinga-pinga. "H-huh? Awak nak saya tolong apa?"
Dia menarik nafas dalam dan mula tersenyum sinis.
"Aku--"
"Mi?"
"Woii Mi!" suara Hyungwon mengejutkan aku dari lamunan.
"Hah? Y-ya? Apa? Kenapa?" soal aku sambil duduk dengan tegak.
"Dekat lima kali aku panggil kau. Apa yang kau berangankan?" dia meletakkan penselnya dan mula fokus dengan aku.
"Errr a-aku ermm..." aku menunduk. Takkan aku nak cakap apa yang jadi? Takkan aku nak cerita? Seriously? Takkan aku nak bagitau yang--
"Aku tanya ini. Jangan buat aku rasa macam dinding pula."
Aku mula berkira-kira untuk mereka jawapan palsu.
"Err aku cuma tengah risau."
Keningnya hampir bertaut. "Tentang?"
"Aku.... Hah! Aku tertinggal buku matematik hari ni."
Mukanya makin melakar ekspresi pelik. "Kau tau? Hari ini tak ada matematik."
Aku mula gelisah. Dan akhirnya aku terjumpa jalan keluar apabila aku terpandang ke luar kelas. Aku memandang Hyungwon semula dan terus berdiri berhadapan dengan satu kelas yang mula memandang aku.
Ada yang sedang berlari-lari, meniru kerja rumah, melipat origami roket, dating, dan errr tidur.
"Cikgu Ju-On dah sampai!" maka satu kelas bertempiaran lari duduk di kerusi masing-masing dan mula melakukan kerja yang paling pro mereka boleh lakukan. Buat bodoh. Aku pandang ke Hyungwon di sebelah kanan sambil buat muka tak bersalah. Hyungwon mengeluh dan membebel dalam bahasa Jerman.
Aku pandang ke sebelah kiri pula. Mata aku menatap tempat kosong di sebelah Kai.
I.M absent, cikgu!
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasíaPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .