Sara pandang aku dengan mata yang membulat lalu dia tergelak. "Apa you ni?"Pinggannya aku tarik ke arah aku membuatkan matanya memandang mata aku sedalamnya. "Saya maksudnya."
Sara mengeluh dengan perlahan lalu garfu pada pengangannya diletakkan di tepi. Dia pandang aku dengan mata yang redup sehingga aku hampir sahaja bertindak memeluknya. Aku cuma rasa aku perlu tenangkannya.
"Hyungwon look. Kalau you rasa perkahwinan ini perlukan rasa cinta, jangan risau. I akan buat you jatuh cinta dengan i lepas kita kahwin nanti. Dan kalau diikutkan secara jujurnya, i tak pernah expect sesuatu yang lebih dalam persahabatan kita dari kita kecil dulu. Tarikh perkahwinan dah dibuat dan kad kahwin dah ditempah, Hyungwon. I tak kisah kalau you rasa terbeban dan you terpaksa batalkan majlis ini cuma satu i nak cakap. Ini perkahwinan sebenar, bukan main pondok-pondok. You dah fikir masak-masak?"
Aku perasan Sara yang menyeludup tangannya ke bawah meja lalu aku pantas menunduk. Aku tak mahu kalah dengan pandangan matanya. Matanya buat aku rasa bersalah setiap kali aku bertindak untuk menyakiti hatinya. "Iya. Saya dah fikir masak-masak."
"Tapi kenapa?"
Aku menarik nafas seketika. Lebih cepat perkara ini selesai, lebih cepat beban yang aku pikul selama ini akan terlepas.
"Saya cuma sedar yang Haemi dah lama tunggu saya. Dan.. Saya baru sedar yang saya pun sayangkan dia."
Sara menyepi sambil menarik tangannya keluar dari bawah meja lalu meletakkan sesuatu dihadapan aku. Tangannya yang menekup objek itu diangkat untuk menunjukkan cincin pertunangan kami yang tidak lagi tersarung pada jari manisnya.
"Sara pulangkan balik cincin pertunangan yang Hyungwon bagi. Kita putus." Sara tersenyum nipis sambil menyangkutkan beg tangannya pada lengan kiri lalu dia bangun dari kerusinya.
"Awak nak pergi mana?" soal aku yang terpinga-pinga.
"Sara nak balik. Naik teksi."
"Habistu ini." aku menunding ke arah pizza yang tidak disentuh. "Siapa nak habiskan?"
Sara menjelirkan lidahnya lalu tergelak memandang aku. "Habiskan lah sorang-sorang. Hyungwon sakai, jahat! Dah lah sakitkan hati Sara. Bye!" Sara tersenyum lembut sebelum berjalan pergi.
Aku sedikit terasa dengan kata-kata Sara sebentar tadi. Sedar bahawa hatinya agak sakit dengan keputusan mendadak aku dan aku masih lega apabila Sara masih bersikap terbuka kerana dia memahami aku malah menerima keputusan aku.
Setidaknya, aku sudah hilangkan satu beban.
*****
"Hyung!"
Chanyeol yang sedang mengambil gambar terkejut lantas telefonnya terjatuh ke atas pasir pantai. Diurut-urut dada yang berdegup kencang lalu menarik nafas untuk bertenang. "Aku campak kau dekat laut kang!"
Aku tersengih lalu menolak-nolak bahunya. "Eleh. Sorry lah. Kyun saja je nak mengeratkan hubungan silaturahim."
"Silaturahim tahi kau!" Chanyeol menjeling aku lalu merampas keropok pedas pada pegangan aku. Kemudian, entah dari mana tiba-tiba perangai khinzir lelaki ini muncul. Dia menjerit ke arah lelaki yang hidupnya dipenuhi dengan boxer bercorak bunga iaitu abang aku. "Changgyu! Kyun kata kau tonggek!"
Mata aku terus membulat memandang Chanyeol dengan keterjutan yang aku tak mampu sembunyikan. Changgyu yang sedang membangunkan kilang pasir dan diletakkan bendera sotong di atasnya memandang aku dengan muka sotongnya. "APA DIA?!"
Dengan rasa memaki yang membuih-buih aku pandang Chanyeol yang sedang tertawa kecil sambil memakan keropok pedas tadi dengan muka yang aku paling banggakan. Muka ketam berbuih. "Aku... Betul-betul bencikan kau, hyung."
Langkah aku pantas dibuka apabila terperasan Changgyu sedang berlari ke arah aku dengan muka sotongnya dan sebaldi sotong yang dicandat subuh tadi.
Dalam larian itu, aku sempat terdengar Chanyeol menjerit ke arah aku. "Iya, aku sayangkan kau juga, Kyun!" lalu dia tergelak.
Tahi babi.
"Woi Changkyun! Sini kau! Oh bontot aku tonggek ye? Mari aku lekatkan sotong ini pada bontot kau dan lihatlah bontot kau yang hitam itu aku tukarkannya menjadi warna merah malah lebih bengkak dan tonggek dari aku." Changgyu semakin melajukan langkah mengejar aku malah aku sudah mencapai tahap maksima larian aku. Aku cuma mampu pasrah pada takdir.
"Changgyu, aku DIFITNAH!"
Tiba-tiba aku terasa seperti ada objek yang lembik dan lembap seperti slime melekat pada betis aku. Dan satu lagi aktiviti membuatkan saraf aku menghantar maklumat ke otak untuk menggambarkan aktiviti tersebut seolah-olah objek lembik tadi sedang menyedut-nyedut betis aku.
Aku tersedar apabila Changgyu tidak lagi mengejar aku malah aku terdengar suaranya tergelak dengan terkawal dan tangan kanannya berada di udara seperti dia baru sahaja membaling sesuatu. Mengapa hati aku kuat menyatakan bahawa dia berjaya membaling sotong kepada aku apabila melihatkan hidungnya yang kembang kempis serta senyuman sengetnya.
Dengan refleksi yang kalah siput babi, aku memeriksa betis aku dan ia membuatkan aku hampir saja termuntah di situ.
"Sotong tak guna! Jangan sedut betis aku lah, babi sotong!" aku menyepak-nyepak udara dengan bersunguh-sungguh untuk membuang sotong yang terlekat pada betis aku. Namun usaha aku sungguh sia-sia dan hati aku bertambah sakit apabila memandang muka sotong ini yang mengejek aku padan-muka-kau-lembik-dan-tak-mampu-lepaskan-diri-dari-aku. Wah, aku mampu membaca riak sotong malah aku tidak menyangka seekor sotong akan jadi menyebalkan seperti ini.
"Sotong, lepaskan aku! Kalau kau lepaskan aku, aku janji tak akan makan sotong lagi." rayu aku dengan penuh dramatik pada sotong ini sambil memegang betis aku yang disedutnya. Dan dengan satu keajaiban yang bagi aku sangat menakjubkan, sotong tadi menjatuhkan dirinya ke pasir lalu perlahan-lahan merangkak masuk ke dalam laut dan hidup aman bahagia bersama keluarga.
Aku tergamam lalu tangan aku menjadi sejuk menyebabkan muka aku juga jadi pucat. Kaki aku yang menggigil tidak mampu menampung badan aku lagi lalu aku terduduk di atas pasir laut. Suara Changgyu dan Chanyeol yang mentertawakan aku lansung hilang dari pendengaran aku. Aku jadinya fobia dengan sotong.
Oh hari ini penuh dengan sotong.
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .