- thirty three

15 3 0
                                    


Aku sudah menghentikan aktiviti aku berjumpa dengan Changkyun malah minggu lepas, Changgyu ada datang berjumpa aku semata-mata untuk mengatakan yang aku tak perlu melawat Changkyun dan tak usah menunggu lelaki itu. Kesannya semakin bertambah saat ibu angkat kepada Changkyun dan Changgyu yang aku jumpa di hospital pada hari yang lepas turut menghalang aku berjumpa dengannya. Dia meminta aku supaya berserah pada takdir dan mendoakan yang baik-baik sahaja.

Sekarang aku fikir. Apa aku patut move on dari Changgyu dan lupakan segala rebel yang pernah dia lakukan kepada aku? Lupakan ciumannya? Pelukannya? Bagaimana? Mungkin.....

Aku patut sukakan Hyungwon semula.

*****

"Haemi!"

"ARGHHHHHHHTAHII! KAU KENAPA?!" aku memarahi Kihyun yang tiba-tiba sahaja muncul di kaki lima ini. Baru tadi aku pusing ke belakang dan tiada siapa-siapa dan sekarang, dia tiba-tiba ada belakang dan ia urgghhhhh lupakan.

Dia menggaru kepalanya dengan wajah yang bersalah. "Saja nak surprise, tak tahu pula yang kau makin sensitif sekarang. Ya lah, dulu kalau aku baling telur pun kau masih boleh gelak walaupun balik nanti aku jumpa 20 biji telur busuk dalam beg aku. Hmm aku rindu waktu itu je." dia menunduk dan menggentel hujung kemeja sekolahnya.

Aku terdiam. Mungkin betul apa yang Kihyun cakap. Makin lama aku makin sensitif. Makin berubah dari aku yang dulu. Aku jadi pendiam. Kalau dulu, aku selalu merangkak dekat bawah meja dari satu meja ke meja yang lain. Sebab itu mereka gelarkan aku biawak. Bila mereka rapat dengan aku, aku cadangkan nama 'Skuad Biawak' walaupun mereka bangkang. Aku tersenyum kelat. Aku tak patut kecewakan mereka.

Aku pandang Kihyun yang tidak berhenti menggentel hujung kemejanya. Tabiat budak ini tidak pernah berubah. Aku tepis tangannya yang menggentel bajunya. Dia pandang aku dengan mata yang membulat. Aku tarik hidungnya lalu menjuihkan bibir. "Cuba ubah tabiat pelik kau itu, Hyun. Kelakar aku tengok." .

Dia mengetap bibir dengan mata yang mengecil. "Tak gunaa kauu!!" aku terus berlari bila dia cuba menarik hidung aku.

Ya, aku patut pulihkan keadaan.

*****

Aku rasa hidup aku dah kembali seperti biasa. Proses move on pun berjalan dengan lancar. Seperti nasihat yang aku dapat dari Pak Cik Google.

"Buang segala barang yang buatkan kau teringat dekat dia atau barang yang ada kenangan dengan dia atau gambar dia atau lagu yang dia nyanyikan untuk kau atau kau buang je lah apa-apa yang ada kaitan dengan dia. Kalau makanan ada yang dia belanja pun kau muntahkan je balik haa senang cerita."

Dan terima kasih sebab cara ini berkesan dan aku dah jadi macam dulu. Rehat dengan skuad biawak, outing dengan skuad biawak dan macam-macam aktiviti yang aku buat dengan diorang jadi fikiran aku terhadap Changkyun 100% teralih, syukurlah.

Dan hampir 2 bulan berlalu dan aku tak pernah berjumpa dengan Changgyu lagi. Dia juga dah pindah rumah. Banyak effort yang mereka taburkan untuk elakkan aku bertemu dengan Changkyun. Aku beruntung juga sebab aku dapat hidup dengan lebih tenang sekarang. Minggu lepas, aku baru mahu menghubungi Changgyu tapi aku terasa remuk apabila sedar bahawa Changgyu sudah block aku di aplikasi Whatsapp, Wechat, Instagram dan KakaoTalk. Biarlah dia, mungkin dia betul-betul tak mahu aku ada kaitan dengan hidup dan ahli keluarganya lagi. Dan Hyungwon pula, dia semakin romantik dari hari ke hari. Dia tahu ke yang aku pernah suka dia dul-- oh aku pernah memalukan diri aku dengan tulis surat cinta padanya dulu. Hahahaha memories.

Aku memakai baju oversized t-shirt bewarna ungu bersama seluar jeans pendek lalu aku menggayakan badan aku di hadapan cermin. Sedikit counselor di calitkan di bahagian bawah mata yang bengkak dan sembap. Rambut aku biarkan lepas dan kasut sneakers yang dihadiahkan oleh Minhyuk bewarna ungu gelap aku gayakan sepadan dengan baju. Entah faktor apa, aku semakin malas mahu membawa beg tangan jadi aku hanya membawa duit dan telefon yang diselitkan di poket belakang seluar pendek aku.

Ting!

Bunyi mesej yang menembusi peti masuk mengejutkan aku daripada mengunyah biskut kering.

Hyungwonnie
Sayang, tunggu luar.
Aku ambil kau naik motor ya?
Tunggu tau, aku otw 😘

Pipi yang terasa panas aku sentuh. Lelaki ini boleh buat aku jadi gila.

Heyhaemi 🌚
Okay.
Be safe 💕

Hyungwonnie ❤
Sure 💞

Aku tarik nafas dan hembus. Hari ini merupakan official date aku dengan Hyungwon.

Ganbatte Haemi!

It's Mine + 'Im Changkyun'Where stories live. Discover now