[HAEMI P.O.V]
"Be strong, awak." aku menongkat dagu memandangnya.
Aku terasa kecewa dengan diri sendiri. Entah apa yang tiba-tiba merasuk fikiran aku sampai aku rasakan bibirnya yang kemerahan sangat seksi untuk ditenung.
Tangan aku mengusap pipinya perlahan sambil mata aku menjelajah sepuas-puasnya permukaan kulit muka Changkyun. Oh tidak. Aku tak mampu hentikan daripada memanggilnya Changkyun. Tak apa, itu semua nanti aku fikirkan. Sekarang ini, fikiran dan mata aku hanya tertumpu pada wajahnya. Baru aku sedar, dia terlalu polos untuk bersikap kejam dengan orang sekeliling. Mengapa aku tak perasan tentang perkara ni.
Tanpa aku sedar, jari aku sedang mengusap bibirnya. Entah apa yang mendorong perasaan ini, aku menciumnya-- bukan! Aku hanya melekapkan bibirnya aku padanya.
Lama. Sangat lama sehingga air mata aku jatuh menitis di pipinya. Aku teresak dalam waktu itu. Aku terus menangis tanpa henti sehinggalah bahu aku ditolak menjauhinya. Aku membuntang saat mata aku bertemu dengan mata beriris coklatnya.
Dia bersuara dengan lemah. "K-kau cium aku. Tapi.... kenapa kau m-menangis?"
"Tak. Saya.... saya cuma erm itu errr tadi." aku buntu jadi aku mula bercakap perkara yang aku sendiri tak tahu apa yang aku katakan. Tahi.
"Hey. Urghh sini." dia menarik aku ke dalam pelukannya. Dan saat itu, tangisan aku kembali kuat.
"Awak. S-saya minta maaf."
"Shhh berhentilah. Aku rasa bersalah sebab aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang."
Dia mencium lembut ubun-ubun kepala aku. Sedikit demi sedikit, tangisan aku semakin perlahan. Aku selesa dalam pelukan dia. Bau badan dia, buat aku semakin tenang. Perlahan-lahan aku mengetatkan pelukan di badannya.
Changkyun menarik pinggang aku untuk baring di atas katil bersama dan aku hanya turutkan.
"Aku nak kau pejamkan mata. Tidur. Aku tau kau penat menangis." aku mengangguk.
Dan aku tertidur dalam pelukan dia sambil dia menyanyikan lagu Taylor Swift-Safe and sound.
Sekarang aku sedar, perasaan aku pada dia mulai berubah.
Aku cintakan dia.
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .