Aku duduk di sebuah bangku yang terletak kemas di tepi taman hospital itu. Jari-jemari aku digenggam kemas dan mata aku dikerdipkan berkali-kali untuk menghalang air mata daripada jatuh. Hati aku.... sakit sangat.Apa yang aku dah buat?
Apa yang kau dah buat Haemi?
Aku berdehem kuat lalu tanpa sengaja, aku bersenandung sebuah lagu.
"Sejak bila awak suka lagu ini?" satu suara menerpa dari belakang aku. Pantas aku memandangnya lalu melakarkan satu senyuman.
"Lagu apa?"
"Stay With Me. Ost Goblin." dia terdiam sekejap lalu memandang ke arah sebuah pohon pelam yang redang. "Changkyun suka lagu itu. Boleh saya duduk?"
Aku mengangguk. Keadaan sunyi dan aku kembali termenung. Memikirkan semula tindakan aku tadi. Apa yang aku buat ni betul? Kenapa aku sanggup buat macam itu? Oh Tuhan apa yang telah aku lakukan. Aku betul-betul buntu.
Suara Changgyu memanggil nama aku mengejutkan aku dari lamunan. Aku memandangnya dengan riak yang serba salah. "Sorry, awak cakap apa tadi?"
Dia berdecit. "Berangan lah lagi. Tadi. Apa yang jadi sebenarnya?"
Aku terdiam. Patut ke aku ceritakan pada Changgyu? Lagipun Changgyu kan abang Changkyun. Tak salah kan jika dia tahu apa yang terjadi? Baiklah.
"Sebenarnya--"
"Cik Soo Haemi."
Aku berpaling ke arah suara itu. Kening aku terjongket saat satu wajah asing menyapa pandangan aku.
"O-om--omma?!"
Mata aku membulat memandang Changgyu yang memanggil wanita yang menyebut nama aku tadi dengan gelaran 'omma'. Tahi apakah ini? Aku keliru.
*****
Hari ini aku ke sekolah setelah beberapa hari bercuti. Mujur sahaja pengetua tidak membuang aku. Langkah di atur dengan malas lalu aku duduk di tempat aku. Kelas sunyi, sesunyi hidup aku sekarang.
"Haemi?"
Aku memandang ke pintu utama kelas lalu figura 6 orang lelaki yang berwajah serius dan keliru membuatkan aku tersenyum. Hyungwon maju ke hadapan dengan muram.
Aku berdiri. "Lama tak jumpa."
Maka, sesi mencarut bagi skuad biawak bermula. Mereka mula mengutuk aku malah memaki aku kerana hampir sebulan aku tidak bersekolah. Ada juga yang mengatakan bahawa lagak aku seolah-olah sekolah ini hasil penubuhan bapa aku. Lihat. Bapa aku juga yang disalahkan. Namun sesi mencarut diakhiri dengan satu sesi baru. Group hug.
"Taik. Kitorang rindukan kau macam nak mati. Mana kau pergi huh?" Jooheon menampar lengan aku. Mereka marah, aku tahu. Jadi aku biarkan mereka memukul, mencubit aku. Aku salah kali ini, jadi aku layak.
"Mana Changkyun?" soal Minhyuk yang kini rambutnya diwarnakan kepada putih. Tak guna, sekarang siapa yang berlagak seolah-olah sekolah ini bapanya yang tubuhkan? Tapi, dengarkan saja pada soalannya, aku jadi kelu untuk bersuara.
"Dia dah pindah kan?" jawab Shownu sambil bergerak ke mejanya untuk meletakkan beg dan menyusun buku di bawah meja.
Aku lega kerana selepas itu, skuad biawak tidak mempersoalkan tentangnya lagi. Mereka mula melakukan aktiviti mereka sendiri dan sekarang tinggal aku dan Hyungwon.
"Kau apa khabar?"
Aku memandangnya dengan menjengkelkan. "Apa kau ini?"
Dia mengeluh lalu mengetuk kepala aku menggunakan pensel yang terletak di hujung mejanya. "Ia pelik tahu kalau kau tak bertanya khabar tentang orang yang kau dah lama tak jumpa. Jawablah soalan aku." dia mencebik lalu meletakkan pensel tadi ke meja dengan kasar.
"Eiii." Aku tergelak kecil lalu mengangguk. "Aku sihat. Malah aku rindukan korang. Aku rindukan kau, Hyungwon."
Dia tersenyum lembut. "Aku lagi rindukan kau." mata dia memandang tepat ke dalam mata aku. Jantung aku berdegup kencang sebelum dia berpaling.
"Sudahlah, Haemi. Kau boleh buat aku tak tidur malam tahu tak?"
Aku terkaku lalu terus mencium pipinya. "Jadi jangan tidur. Eheheheh."
YOU ARE READING
It's Mine + 'Im Changkyun'
FantasyPast Traumatic-Stress Disorder. Tch, are you sure? "Apa yang aku tahu, it's mine." -I.M "I need you, Han Haemi." START : 6 Julai 2017 END : p/s ; you'll regret for being a kopiket 🌚😹 HAK CIPTA DAN TERPELIHARA © .